Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera.................
Sekarang penulis dalam proses untuk menerbitkan sebuah buku tentang kisah benar kehidupan penulis. Kisah berkisar tentang dugaan Allah semasa remaja, gigih berusaha untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke Menara Gading, Setelah berkerjaya dan berkahwin diduga pula dengan sakit lutut kanan, Selepas 20 tahun kemudian isteri pula lumpuh sebelah tubuh dan beliau menjaga isterinya sehingga ke hari ini hampir 15 tahun. Di samping itu juga beliau menjaga keuda-dua ibu dan ibu mertua yang telah berumur lebih 80 dan 90 tahun.
Sebarang hebahan dan penerbitan buku akan dikemaskini melalui blog ini. Diceritakan secara ringkas tentang buku pertama penulis.
" CINTA SAMPAI KE SYURGA............" InsyaAllah.
Pada tarikh 21 ogos 1980,
merupakan tarikh keramat bagi kami yang dalam alam percintaan. Kerana pada
tarikh inilah kami telah diijabkabulkan secara sah. Maka berakhirlah alam
pertungan kami yang menjangkau satu tahun lamanya. Selepas majlis akad nikah yang
dilansungkan secara sederhana sahaja.
Disusuli pula dengan Majlis Perkahwinan
di rumah pengantin perempuan pada 26 Ogos 1980. Di hari inilah kami telah diletakkan atas pelamin sebagai Raja Sehari untuk diumumkan kepada sanak saudara dan juga
para dif-dif jemputan di sebelah keluarga perempuan dan lelaki'
Diikuti pada tarikh 1 September
1980, saya telah melapur diri sebagai Pegawai Tadbir Negeri. Saya telah di ‘
posting’ ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan, menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan). Bermula pada tarikh tersebut
hidup kami berdua penuh dengan cinta dan kasih sayang yang amat
membahagiakan. Setelah hampir setahun perkahwinan kami, Allah telah kurniakan
seorang bayi puteri sebagai penyeri dan pengikat tali kasih sayang kami.
Tarikh yang bertuah itu jatuh pada 9 June 1981. Diringkaskan cerita, pada tahun
berikutnya di kurniakan seorang bayi
putera pada 13 Oktober 1982. Setelah dikurniakan dua orang cahaya mata puteri dan putera dalam tempoh dua tahun
lebih, kebahagiaan rumah tangga kami begitu terselah sekali. Saya sebagai ketua
keluarga, Alhamdulillah dapat mengendalikan rumah tangga kami dengan sebaiknya.
Sungguhpun begitu, “Ku
sangka panas sampai ke petang rupanya hujang di tengah hari”. Ini semua telah ditakdirkan
Allah untuk kami, pada tahun 1984 saya
telah mengalami sakit lutut kanan yang serius, ianya merupakan sakit lama yang pernah menimpa saya pada
tahun 1960an dahulu, menyerang kembali.
Menyebabkan saya dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lebih 1 bulan,
Bermula tarikh inilah rumah tangga kami mengalami saat getir di mana isteri
terpaksa menjaga saya yang sakit dan tidak dapat berjalan. Kaki disimen dengan
Plaster of Paris (POP). Isteri terpaksa berkerja keras menjaga saya seperti
membersih air kecil dan air besar, memandikan dan juga menyediakan makanan
dan ubat untuk saya. Setelah satu bulan lebih di hospital, saya telah
dibenarkan pulang dan di beri cuti rehat selama satu bulan. Namun kaki saya
masih di simen ‘POP’ secara berterusan selama setahun, bagi membolehkan sendi
lutut yang rosak dapat disembuhkan dan saya boleh berjalan kembali. Dalam
tempoh enam bulan saya diberi cuti sakit oleh doktor dan berehat. di rumah isteri saya yang melakukan semua kerja rumah untuk kami sekeluarga.
Semasa saya ditimpa musibah kesakitan ini, saya dapati isteri memang seorang yang baik dan jujur kepada suami. Dia menjaga saya dengan sepenuh hati tampa sebarang rungutan dan keluh kesah. Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati. Setelah melewati masa lapan bulan, balutan simen lutut saya dibuka dan saya dah mula boleh berjalan tetapi perlu di bantu dengan tongkat. Kesan daripada prsidur rawatan lutut saya itu, kaki kanan saya tidak dapat dibengkok sepenuhnya, ia hanya boleh digerakkan lebih kurang 25% sahaja, menyebabkan saya terpaksa berjalan seperti orang memakai kaki palsu.
Semenjak saat ini, saya mula dilihat sebgai seorang yang cacat anggota, apabila solat, semasa duduk antara dua sujud dan tashud awal dan akhir kaki kanan terpaksa di bawa ke hadapan secar belunjur. Ini semua saya terpaksa menerimanya sebagai satu takdir Allah, mungkin untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya kepadaNYA. Walaupun kaki kanan saya mengalami kecacatan kesan daripada rawatan sakit lutut, Namun saya dapat meneruskan kehidupan kami sekeluarga seperit juga orang lain, kami dapat menikamati kebahagian suami isteri dan saya dapat terus berbakti kepada negera melalui kerjaya saya sebgai Pegawai Tadbir Negeri. Alhamdulillah beberapa peracngan projeka pembangunan yang saya kemukakan telah dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri.
Sehinggalah pada tahun 2001, keluarg akami sekali lagi diuji olehNya. Bermula dengan deik-detik cemas yang menimpa isteri pada 2 Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib isteri memberitahu ianya mengalami sekit kepala yang amat sangat. Saya terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa doktor. Mengikut ujian doktor keadaan tekanan darah isteri adalah normal. Doktor memberi ubat suntikan dan juga ubat untuk dimakan bagi meredakan kesakitan. Malam itu kesakitan isteri terkawal. Pada tengahari keesokanya, isteri memaklumkan kaki dan tangan disebelah kanan terasa macam kebas dan agak lemah untuk berjalan. Setelah hampir magrib isteri saya muntah-muntah dan sekali lagi saya membawa isteri berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan didapati keadaan masih normal, tetapi oleh kerana isteri saya mengalami muntah-muntah doktor memberi surat untuk mendapat rawatan lanjut di hospital yang jaraknya lebih kurang 4 km dengan rumah kami.

Setelah selesai solat isyak,
saya detemani oleh anak lelaki kedua
menghantar isteri ke hospital . Kami sampai di Jabatan Kecemasan lebih
kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran dan menunggu lebih kurang
hampir 2 jam lebih, barulah doktor memanggil isteri saya masuk ke bilik pemeriksaan. Saya mengiringi isteri ke bilik
pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan supaya
isteri di masukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar
bagi menentukan apakah punca penyakit. Isteri dimasukkan ke wad lebih kurang
jam 1 pagi. Setelah dimasukan ke wad, saya memaklumkan kepada isteri kerana terpaksa balik ke rumah
untuk berehat dan anak lelaki kedua kami yang akan menjaga mamanya di hospital.
Keesokan harinya saya
seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh, untuk membuat persiapan bagi
menggerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan saya terus
mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara anak lelaki dalam keadaan cemas
“ Dady kena datang segera ke hospital , mama tak sedar diri dekat subuh tadi”
saya menjawab sepontan “ ok abang, tunggu mama dulu, dady nak solat subuh
dahulu, dady akan ke sana selepas solat subuh”. Berkebetulan azan subuh mula
bergumandang, setelah selesai bercakap dengan anak lelaki, saya terus
menunaikan solat subuh, dan setelah selesai
bergegas ke hospital.
Sesampai di hospital saya
dapati anak lelaki keseoranggan di wad,
menunggu disisi katil mamanya. Saya dimaklum oleh anak bahawa isteri di
bawa ke bahagian X ray untuk menjalani X ray di kepala dan juga menjalankan
angiogram. Lebih kurang pukul 7 pagi isteri telah selesai menjalani prosidur
pemeriksaan dan dia masih dalam keadaan
koma,isteri telah dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x
ray dan juga laporan anjiogram
diperolehi, doktor memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami minor
stroke, dan kini terdapat darah dalam otaknya yang menyebabkan ianya koma dan
perlu kepada bantuan alat pernafasan bagi oksigen disalur secukupnya. Juga
dimaklumkan bahawa isteri saya memerlukan pembedahan segera sebelum darah yang
berada dalam otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini
berlaku berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan
pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta kerana pakar neurosurgeon tidak
ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kita hanya
berdoa semoga dengan rawatan yang diberi pada masa itu dapat menstabilkan
keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan kepada semua keluarga
terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada perkiraan doktor
dia sudah sampai masa dan meungkin akan pergi selama-lamanya dalam masa
terdekat.
Bila mendengar makluman
doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya menjadi serba salah, saya bawa
berbincag dengan bapa saya tentang keadaan isteri yang kritikal. Bapa pada masa itu menasihatkan saya supaya bertenang dan banyak
bersabar, serta perbanyakkan solat hajat dan berdoa minta pertolongan Allah supaya diselamatkan isteri. Selepas solat zohor saya lakukan solat hajat memohon kepada Allah
semoga isteri dapat diselamatkan.
Semasa saya kembali ke wad, dengan tidak disangka-sangka
saya dimaklumkan bahawa ada tetamu VIP akan datang melawat isteri saya, pada
jam lebih kurang 2 petang, tetamu VIP datang hampir tepat pada masa ditetapkan, sesampainya di wad, dia meminta kerjasama doktor
untuk memberi ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP
berkenaan telah menelefon kakaknya seorang VVIP, dan memaklumkan kepada tentang keadaan isteri yang kritikal. Kakanya akan melawat pada jam 3 petang. Tepat jam
3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang pembesar negeri telah datang melawat
isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan doktor menghantar
isteri saya ke Hospital Swasta di Kuala
Lumpur untuk membuat pembedahan segera. Susulan itu saya diminta oleh
pihak pengurusan hospital supaya membeli
sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan isteri
saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam nanti.
Saya bersama rakan sekerja
(seorang mejor bersara Tentera Udara D Raja Malaysia) pergi ke Air Port Sultan
Ismail Petra Pengkalan Chepa. Setiba di sana saya dimaklumkan bahawa tiket
telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi tiket yang belum dijual untuk tempuh 2
hari berikutnya. Saya terduduk dan sebak bila mendengarnya, penuh dengan
perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada Allah supaya diberi jalan untuk
menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu. Dalam masa memandu kereta bersama
rakan ke hospital, rakan saya memberitahu dia akan cuba menelefon TUDM di Sugai
Besi untuk mendapat Penerbangan Ehsan TUDM untuk membawa pesakit ke Kuala
Lumpur. Bila kami telefon kepada TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP
telah membuat permohonan supaya TUDM membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar
seorang pesakit dari Kota Bharu ke kuala Lumpur. Bila mendengar berita
yang mengembirakan itu, saya bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi
jalan bagi saya mengatasi masalah yang begitu meruncing dan buntu, serta dengan
suasana kesuntukan masa yang diperlukan. Pihak TUDM meminta saya bersiap sedia
pada jam 7.30 malam untuk berlepas ke KL. Untuk itu juga pihak hospital meninta
supaya saya membeli tiket kapal terbang untuk pulang dari KL ke Kota Bharu
kepada dua orang kakitangan hospital yang akan mengiringi isteri ( 1
doktor dan 1 jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan. Pada
jam 8.50 malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki
Ambulan untuk ke Lapangan Terbang untuk menaiki kapal
terbang tentera yang sedang menunggu di sana.
Lebih kurang jam 9.25 malam
pesawat CN235 TUDM telah berlepas ke
Kuala Lumpur, semasa dalam perjalan lebih kurang 30 minit di udara, doktor memeriksa
keadaan isteri saya yang koma dan dibantu dengan system pernafasan secara
manual yang dipam oleh Jururawat dengan
menggunakan tangan untuk menolong pernafasan isteri saya. Tiba-tiab laptop yang
digunakan oleh doktor kehabisan bateri menyebabkan doktor tidak dapat mengawal
tekanan darah, pernafasan dan denyutan nadi kerana paparan monitor telah padam. Doktor
mula kelihatan gelabah dan cemas, saya yang duduk di sebelah isteri tidak
dapat berbuat apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus membaca ayat-ayat
suci Al Quran dan berdoa. Apabila doktor
cuba memeriksa nadi isteri di pergelangan tangan tatapi doktor tidak
dapat mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng kepalanya di perhatikan oleh
jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya mula gelisah dan terfikir
diminda bahawa isteri akan meninggalakan
saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa
di sedari. Apa yang mampu saya lakukan
ketika itu hanyalah berdoa kepada
Allah dan membaca beberapa ayat Al Quran
yang saya hafal iaitu ayat qursi dan ayat seribu dinar.
Dalam tempuh beberapa saat
saya dalam keadaan cemas itu, tiba-tiba dikejutkan oleh suara
doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya dengan isyarat OK, dan
kelihatan wajahnya mula tenang dan kembali ceria, diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh
jururawat pengiring. Pada jam 10.40
malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM
penerbangan kami telah sampai di Lapangan Terbang Subang.
Di sana telah menanti
sebuah ambulan untuk membawa kami ke Hospital Swasta di Ampang. Perjalanan dari
lapangan terbang ke hospital mengambil masa hampir 1 jam. Semasa dalam
perjalanan ke hospital, kenderaan kami
terpaksa berjalan perlahan akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya
hanya mampu berdoa kepada Allah semoga perjalanan kami di permudahkan dan
isteri tercinta dapat diselamatkan.
Ketika tiba di hospital,
doktor pakar neuroseurgeon
telah menunggu, isteri saya di masukkan ke wad, doktor
terus membuat pemeriksaani. Kemudian doktor yang dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam
(neurosurgeon) telah memberitahu saya bahawa keadaan isteri adalah stabil.
Beliu pada masa itu sedang menjalani pembedahan yang di jangka siap pada jam 2
pagi. Beliau memberi tahu jika saya bersetuju pembedahan kepala isteri saya
akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi. Saya lantas bersetuju dengan saranan
doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil. Doktor juga memberi tahu
kepada saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya mungkin mengalami lupuh
di sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan selajutnya doktor memberi tahu berkemungkinan juga
isteri saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan menjadi pendek dan kaku’.
Semasa menyelesaikan dokumen pendaftaran kemasukan ke wad, saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00. Terperanjat juga saya dibuatnya apabila mendengar sejumlah itu perlu di bayar segera, nasib baik saya memepunyai kad kredit dapat digunakan untuk menjelaskan deposit seperti diminta, terfikir juga di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak berkemampuan bagaimana hendak mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu.

Seterusnya saya mula membuat
perhitungan bahawa jika isteri tidak dibedah, peluang beliau untuk hidup adalah
tipis. Dia terpaksa bergantung kepada
mesin pernafasan. Jadi saya telah tekad supaya isteri di bedah untuk membuang
darah di dalam otaknya. Saya menjangka jika di buat pembedahan kita ada peluang
50 % samada hidup atau mati. Jadi saya membuat kiraan akal seorangan bahawa
perlu di buat pembedahan kerana 50 % peluang hidup itu jika dicampur peluang
untuk terus hidup 50% selepas pembedahan, bermakna kita mempunyai peluang
berikhtiar 50% + 25 – 30% peluang untuk Berjaya melalui pembedahan. Setelah
mengambil perkiraan kemungkinaan risiko pembedahan dan peluang untuk sembuh
selepas pembedahan adalah lebih baik, jika kita mengambil kuputusan tanpa
apa-apa tindakan hanya berserah kepada takdir Allah sahaja.
Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya berjumpa doktor dan memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran membuat pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya memberitahu kepada doktor “ I gave mandate to you to do anything just to save her life, I will pray to The God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya terus membuat panggilan telefon kepada beberpa orang kenalan seperti SS Dato’ Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti, SS Dato’ Khadi Besar dan bebrapa orange ustaz lagi bagi memaklumkan situasi isteri saya yang koma dan akan di bedah keesokan harinya saya mohon mereka supaya mereka adakan solat hajat minta selamat dan di permudahkan segala urusan pembedahan.

Setelah semuanya selesai
saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada malam itu. Sesampai di Semenyeh,
jam telah menunjukkan pukul 4 pagi. Pada malam itu saya tidak dapat tidur
dengan lena, fikiran teringat akan isteri yang masih koma, dan cuba bayangkan
apa akan terjadi kepada kami sekeluarga sekiranya isteri tercinta tidak dapat
diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal apa akan jadi kepada tujuh orang anak saya yang sedang
membesar di alam persekolahan, yang amat memerlukan kepada kasih sayang seorang ibu dan juga
penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi bila dikenangkan bagaimana masa depan anak
bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya dapat membesar seperti
anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat selama-lamanya, dan apa akan
jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat mencurah kasih sayang dan penjagaan
keperluan kehidupan seharian, bagi menggantikan isteri yang tiada, mungkin
terpaksa kawin lain, dan apa akan jadi kepada struktur keluarga kami
sebelum ini yang membahagiakan.
Bagi memenuhi masa terluang sebelum jam lapan pagi keesokannya, untuk menanti isteri di buat pembedahan, saya bersama bapa saudara dan sepupu mengerjakan solat hajat, memohon pertlongan Allah supaya segala urusan bagi menyelamat isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna dan selamat.

Keesokan harinya hampir jam
7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di hospital menanti di wad pembedahan.
Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan pembantunya membawa isteri ke bilik
pembedahan. Saya dengan penuh debaran menunggu di luar bilik pembedahan.
Pembedahan dijangka mengambil masa diantara 3 hingga 4 jam. Semasa menunggu selesai pembedahan, saya
hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon kepada Allah
semoga pembedahan berjaya. Pada jam 11.50 pagi
isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dibawa masuk ke wad ICU.
Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya akan sedar kembali dalam
tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di ruang legar bilik ICU dan
hanya mampu melihat melalui tingkap cermin sahaja. Setelah beberapa jam selepas pembedahan
isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah normal dan
terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat bertugas
untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.
Setelah berada di sisi
isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri mula dapat mengerak-gerakan
tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam 4.15 petang isteri mula dapat
membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan lemah diantara sedar dan tidak
sedar. Saya dengan tabah hati menunggu perkembangan isteri di sisi katilnya
sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu dinar. Pada jam lebih kurang 4.25
petang isteri saya membuka mata dan mengeluarkan perkataan “lapar”.
Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan kepada
isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang suami yang diberitahui oleh doktor
bahawa isterinya mungkin tidak dapat bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa
Allah Maha Besar, dan dia mengatasi kuasa semua makhluk lain di dunia ini.
Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Perkembangan positif ini
saya maklum kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga isteri saya.
Jururawat memberitahu saya adakah air jampi yang ingin diberi kepada isteri
saya, dia akan membantunya. Terkedu hati ini mendengarnya kerana dia seorang
berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang suci cuba membantu pesakit dan
keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain memberi rawatan melalui remedi
perubatan moden. Lantas saya memberi kepada jururawat air zam-zam yang telah
dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini.
Seterusnya di hari hari
berikutnya isteri telah dapat memperlihat pemulihan yang cepat dan saya tidak
pernah leka menjaganya saban masa, kecuali pada satu atau dua jam sehari akan
pulang ke ruamah anak saudara yang tidak jauh dari hospital untuk mandi manda
dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan sehingga ke hari 29. Isteri telah
dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan lanjut di hospital Kota Bharu.
Semasa saya menjaga isteri
di hospital saya telah didatangi oleh seorang doktor dan juga pegawai
pengurusan hospital, semasa berbual-bual, doktor berkenaan berkata,
sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf otak yang di bedah untuk
membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang bersangkutan dengan”
memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan isteri awak hilang
ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back kata-kata doktor pakar
bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap. Betapa bersyukurnya
saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan masih memberi hidayah
bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu perkara lagi doktor
berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri awak dari kesakitan yang
di alami adalah banyak di bantu oleh sikap awak sebagai suami sentiasa berada
di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat sembuh. Secara berjenakan doktor mengatakan bahawa awak adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri sehingga
isteri cepat sembuh. “bukan senang nak cari suami yang
setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas seyuman sahaja
terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah.Saya tidak ada apa-apa.
Semasa saya bersiap siap
untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya diberi tahu oleh pihak
pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan isteri saya adalah sebanyak
RM25,530.00. Namun begitu pihak Majikan saya telah memberi surat jaminan untuk
membayar semua kos yang terlibat melalui skim takaful Syarikat. Jika melebihi
jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa tanggung sendiri.
Pada hari ke 29 isteri telah
dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta Ampang, dan diminta meneruskan rawatan
lanjut di Hospital di Kota Bharu. Untuk membawa pulang isteri saya telah membeli tiket kapal
terbang MAS dari Lapangan Terbang Subang ke Kotah Bharu. Semasa membawa naik
isteri ke kapal terbang isteri perlu di gendung kerana masih tidak boleh
berjalan.
Daripada detik-detik cemas
yang saya lalui bersama isteri tersayang, suasana rumah tangga kami yang sebelum
ini penuh dengan cinta dan kasih sayang, telah mula muram kerana isteri yang
sakit perlu kepada orang lain membantunya
bagi membolehkkan ianya mendapat keperluan seharian. Bermula pada tarikh
tersebut saya mula berfikir bagaimana saya hendak menjaga isteri yang sakit
serta memerlukan penjagaan sepanjang masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi
membesar anak-anak yang kesemuanya masih belajar. Pelbagai fikiran bercelaru
dalam minda saya ketika itu dan hanya berserah kepada Allah supaya segala
urusan saya dan keluarga di permudahkan. . Amin………………..
Dengan izin Allah, saya berbekalkan sedikit kemahiran memasak yang dipelajari semasa remja dahulu di tahun 70an, saya mampun mengurus keperluan isteri yang lumpuh, menyediakan segala kerperluan asas isteri seharian, makan, minun, mandi-manda,persiapan untuk mengerjakan solat dan lain-lain keperluan peribadinya. Disamping itu saya juga menjaga ibua mertua (90 tahun) yang tinggal bersama kami semenjak isteri jatuh sakit ( kerana ibu begitu rapat dengan isteri). Begitulah rutin seharian saya menjaga isteri yang sakit lumpuh yang kini telah melewati masa hampir 15 tahun. Perit getir yang dilalui dalam mengurus keperluan isteri seharian dan juga keperluan rumah tangga kami , telah mendewasa dan mematangkan saya tentang selok belok mengurus dan menjaga pesakit kronik. InsyAllah segala pengalaman yang diperolehi sepanjang tempuh 14 tahun lebih itu akan saya ceritakan dalam buku kecil ini untuk dibaca oleh masyarakat umum, sebagai satu rujukan atau iktibar dalam mengurus keluarga yang mengidap penyakit kronik secara berpanjangan.

"Kesimpulan dari cerita yang
saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan segala-galanya
kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang untuk mendapat
kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala perancangan
kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang kita harapan.
Sungguhpun begitu ia ada hikmahNya, untuk menguji sejauhmana kita beriman
dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa adakah kita mengadapNya
untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran dengan sebaik
mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan akan merasa
redha terhadap apa jua ketentuan Allah, kita sebagai manusia hanya berusaha dan
berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap penyakit akan ada ubatnya dan setiap masalah akan ada jalan penyelesaiaannya".
Berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui dalam menempuh hidup semasa remaja yang didugai dengan penyakit yang berpanjangan telah menghalang diri ini daripada menikmati kehidupan zaman remaja seperti insan lain, sungguhpun begitu dengan berbekalkan sedikit kecekalan semangat dan ketabahan hati semua dugaan zaman remaja dapat dilalui seadanya, dan terus dilalui dengan zaman berkeluarga dimulai dengan suasana kegembiraan untuk beberapa tahun awalannya, dan diikuti dengan ujian kali kedua apabila kes akitan lama berulang dengan senrangan yang lebih serius, mengakibatkan dari seorang yang sempurna bertukar menjadi insan yang cacat anggota, dan diikuti dengan kegigihan usaha untuk memperbaiki staus kerjaya. Setelah mampu menikmati kedudukan kerjaya yang lekbih mantap di sektor swasta, dengan tidak disangka-sangka isteri tersayang pula ditimpa musibah dengan pembedahan kepala dan kesan dari prosidur pembedahan itu, kini isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan - tangan dan kaki). Sekali lagi diuji dengan kesakitan isteri yang perlu kepada penjagaan dan pertolongan pada setiap masa. sungguhpun begitu diri ini amat bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah swt untuk melalui semua kesusahan itu dengan seadanya dan dapat diuruskan semampu mungkin dan kini telah menjangaku hampir 15 tahun lamanya,
Bila diteliti dari pengalaman suka duka yang dilalui oleh kami suami isteri, satu pengajaran dapat di jadikan iktibar bahawa kebahagian rumah tangga dan hidup berkeluarga adalah faktor utama terletak kepada suami sebagai peneraju utama. Jika ianya mempunyai niat yang betul semasa mula mendirikan rumah tangga dan diikuti denggan tindakan yang penuh tanggung jawab untuk berperanan sebagai suami dan ketua keluarga, insayaAllah akan mendapat hidayah daripada Allah bagi membolehkanya melalui segala ujian dan rintangan dalam membina bahtera rumahtangga hingga mencapai segala cita-cita yang diidamkan untuk mencapai kebahagian cinta suami iseteri selama-lamanya hingga ke syurga.

0 comments:
Post a Comment