KAREIR
CEMERLANG
CEMERLANG
Setelah tamat pengajian di menara gading dan di anugerahkan segulung ijazah, sememangnya kita menanam harapan untuk mendapat karier yang cemerlang. Mereka yang mempunyai motivasi akan berusaha untuk memperolehi karier yang sepadan dengan kelulusan akadamik dan juga serasi dengan minat dan kemahiran.
Untuk mencapai impian dalam kerjaya, bukanlah semudah yang diperkatakan, kita perlu berkerja kerjas dan mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mencapai impian dan seterusnya menjadi pekerja yang cemerlang.
Bersama ini disertakan panduan yang mungkin dapat membantu untuk menjadi pekerja cemerlang.
1. MEMPUNYAI SIKAP POSITIF:
Sentiasa mempunyai sikap yang positif dalam diri. Orang yang bersikap posotif tidak mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan. Kegagalan yang dihadapi dianggap sebagai satu cabaran yang perlu di atasi dan teruskan usaha untuk mengatasi segala halangan dan ringtangan bagi mencapai kejayaan.
Jika sikap postif yang ada dalam diri disertai dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi merupakan adunan sikap postif yang terbaik untuk mempercepatkan lagi mencapai matlamat karie cemerlang. Memandangkan sikap cemerlang ini akan menjadikan dirinya sorang yang kuat berkeja, bersemangat dalam menyiapkan tugasan, mempunyai pemikiran kreatif bagi mencarai jalan penyelesaian bagi sesuatu halangan yang dihadapi. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu tugasan.
Jika pekerja meliliki sikap positif sudah pasti akan menjadi pekerja cemerlang yang disukai oleh bos dan juga rakan sepejabat.
2. AMALKAN SIKAP INGIN BELAJAR:
Mempunyai sikap ingan belajar adalah satu sikap yang dapat membantu kita mencapai kerier cemerlang. Pekerja yang sentiasa ingin belajar akan dapat mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan peribadi, membolehkanya menjadi pekerja “Pelbagi - Tugas”. Mampu mejalankan pelbagai tugas dan berupaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Jika ada perkara baru yang belum mahir ia akan belajar untuk memahirkan diri melalui kursus-kursus yang berkaitan. Pekerja yang berkemahiran akan menghasilkan kerja yang bermutu dengan cekap. Pekerja yang cekap dan berkemahiran adalah asset penting bagi oraganisasi, Ia sentiasa mendapat sokongan bos bila sahaja ada peluang untuk kenaikan pangkat.
3. MEMPUNYAI INTERGRITI YANG TINGGI:
Mempunyai itergriti yang tinggi dalam diri seseorang pekerja adalah berkait rapat dengan sifat keperibadiannya. Orang yang berintergriti adalah seorang yang tinggi nilai keiman dan taqwa. Mereka ini setiasa patuh kepada perintah Allah teruatmanya dalam menyempurnakan solat lima waktu. Mempunyai sifat amanah yang tinggi, takut melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh ajaran agama seperti, rasuah, pecah amanah, menipu dan berbohong, penyalah gunaan kuasa dan lain-lain sifat keji. Pekerja yang punyai intergriti akan sentiasa menjaga amanah yang berikan kerana ianya mempunyai kepecayaan yang tinggi bahawa setiap penipuan dan pecah amanah akan medapat azab yang amat pedih dialam neraka jahanam di akhirat kelak. Pekerja yang tinggi intergriti akan menjadikan kerjanya sebagai ibadah bagi mendapat keredaan Allah.
4. SENTIASA MESRA:
Keperibadian sentiasa mesra adalah satu asset penting bagi mencapai pekerja cemeralang atau karier cemerlang. Jika sifat mesra dimiki oleh seseorang pekerja ianya akan menjadi popular dikalangan pekerja dari pelbagai lapisan. Orang yang mesra akan sentiasa menjaga batasan pergaulan dengan rakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mempunyai sifat pemaaf dengan rakan sepejabat. Orang yang mesra tidak suka cari gaduh, suka kepada pemaufakatan. Sentiasa bersedia untuk membantu dalan semua perkara. Pekerja yang mesra akan menjadi sanjungan majikan dan rakan seorganisasi. Pekerja yang mesra dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang terbaik.
5. LAKUKAN YANG TERBAIK:
Sifat lakukan yang terbaik bagi setiap tugasan adalah sifat terpuji pekerja cemerlang. Sifat ini bukanlah satu lakunan yang di ada-adakan, ianya adalah sifat peribadi seseorang, mereka yang mempunyai sifat sebegini tidak akan berpushati jika kerja yang dilakukan tidak mencapai tahap yang terbaik. Mereka yang punyai sifat ini akan mempastikan setiap kerja dilakukan dengan penuh teliti untuk mencapai piawaian yang ditetapkan dari segi kos, kualiti, masa dan boleh gunaannya. Pekerja yang mepunyai budaya kerja lakukan yang terbaik akan dapat membantu organisasi mencapai matlamat sifar kesalahan (zero defect).