Friday, December 26, 2014

AMALAN UNTUK KETENAGAN JIWA



AMALAN UNTUK MENDAPAT KETENANGAN JIWA

Semua insan yang hidup di dunia ini sentiasa mengharapkan untuk mendapat ketenangan. Hidup dengan ketenangan jiwa akan membolehkan segala urusan dilakukan dengan baik dan berkualiti. Keluraga yang hidup dalam suasan tenang dan gembira akan membersar dengan sempurna dan boleh memberi sumbangan yang berfaedah dan bermunafaat kepada masyarakat dan Negara.

Sebaliknya jika hidup tidak tenang, jiwa tertekan dan suasana persekitaran yang kelam kabut membuatkan kita menjadi stress, mudah panas baran, mudah bertengkar dan melakukan perkara-perkara yang di luarg tabie semulajadi manusia. Oleh itu kita perlu menghindarkan keadaan yang membolehkan kehidupan menjadikan jiwa tidak tenteram.

Artikel ini akan memberikan beberapa amalan yang membolehkan hidup kita mencapai ketenteraman dan ketenan jiwa sebagaiman di anjurkan oleh Islam.

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

1. Membaca dan mendengarkan Al-Quran.
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.


Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah SAW itu.

2. Menyayangi orang miskin.
Rasulullah SAW memerintahkan kepada muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya ALLAH! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperolehi dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada ALLAH.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas.
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian ALLAH meskipun ianya  sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada ALLAH.

4. Menjaga silaturahim.
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah SAW diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah SAW bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“.
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan ALLAH dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan ALLAH akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit.
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana ALLAH.
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada ALLAH.

8. Tidak meminta kepada orang lain.
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah SAW yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi hutang.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah SAW juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu berfikir positif.
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan ALLAH pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang. Bila menghadapi dugaan bersabar dan selalui ingatk kepada Allah, kerana setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang ada hikmah untuk kita.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?




Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

PETUA DIDIK ANAK YANG DEGIL



PETUA MENANGANI MASALAH ANAK DEGIL

Dibawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil.

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 12 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )

Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.

Sumber:
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

BUAT RENUNGAN SUAMI YANG SUKA MENGABAIKAN ISTERI




BUAT RENUNGAN KEPADA SUAMI YANG MENGABAIKAN ISTERI

v  Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu. Berlaku adillah kerana isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu. Isterimu adalah ratu bagi mu semasa malam pertama dahulu dan sebab itulah kamu memilihnya untuk dijadikan isterimu.

v  Jika engkau marah boleh tidak menegur isterimu, boleh tidak berbicara dengan isterimu, boleh tidak menemani tidur isterimu, tapi berusahalah untuk tidak memukulnya.Marah  bilarlah berpada kerana setiap insan pasti ada silapnya bahkan diri kita sendiri pun pernah buat silap sekali sekala.

v  Ingatlah jantung rumah tangga adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti murah dan tidak bermaya. Sepi kerana tiada canda tawa, manja, perhatian. Sayangi isterimu agar dia bahagia. Maka engkau akan merasa seperti di taman surga. Isteri yang bahagia akan membuatkan anak-anakmu terjaga dengan sempurna dan membesar hingga menjadi insan yang soleh dan solehah, ingatlah anak-anak soleh akan menjadi pembela kita semasa di alam kubur dimana doanya dapat meringankan seksa azab kubur.InsyaAllah.

v  Besar kecilnya penghasilanmu, jangan pula membuat besar kecilnya kasih sayangmu kepada isterimu. Seorang isteri tetap ingin diperhatikan seperti ketika isterimu selalu menyambutmu kepulanganmu dengan penuh kasih sayang.Isterimu adalah insan yang sering berdoa untuk kejayaan mu, sebab itulah Islam menetapkan dalam harta suami ada bahagia sepencarian isteri.

v  Hidup dalam satu atap yang telah diikat dengan akad, tidak perlu merasa lebih tinggi, suka bertingkah ketika kaya, bukan juga siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kerana hidup bersama bukan bertujuan untuk bertanding melainkan sebagai teman hidup yang selalu mesra bersanding. Kebahagian rumah tangga dalah terletak kepada saling kasih sayang suami isteri dan saling cintai mencintai. Contohilah Rasulullah SAW bagaimana untuk melayan isteri saban masa.

v  Diluar sana mungkin masih ada wanita yang mencintaimu atas dasar apa yang sudah engkau punya sekarang. Bukan seperti isterimu yang selalu setia menemanimu dikala masa sulit. Jika kamu temukan wanita seperti itu maka abaikanlah. Lebih baik rawatlah apa yang sudah engkau miliki yaitu isterimu. Dan insaflah semasa dijabkabulkan dahulu isterimulah yang telah bertekad untuk bersama mu pada setiap masa walapun pada masa itu kamu belum ada apa-apa kekayaan seperti hari ini. Insaflah .

v  Mungkin diluar sana masih banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mungkin mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan. Kerana jika itu terjadi maka akan sulit sekali untuk kembali. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

v  Jagalah isterimu dengan sebaik-baiknya. Kerana dia adalah tulang rusukmu yang selalu setia mendampingimu. Menjaga yang dikandung adalah lebih mudah daripada menjaga yang belum pasti dan masih dalam ilusi.

Wallahu’alam.
Powered by Blogger.