SABAR MENEMPUH UJIAN
ALLAH…….
Pada
tarikh 21 ogos 1980, merupakan tarikh keramat bagi kami yang dalam alam
percintaan. Kerana pada tarikh inilah kami telah diijabkabulkan secara sah
sebagai suami isteri. Maka berakhirlah
alam pertungan kami yang menjangkau satu tahun lamanya. Selepas majlis akad
nikah yang dilangsungkan secara sederhana sahaja. Disusuli pula dengan Majlis
Perkahwinan di rumah pengantin perempuan pada 26 Ogos 1980. Di hari inilah kami
telah diletakkan di atas pelamin sebagai Raja Sehari untuk diumumkan kepada
sanak saudara dan juga para dif-dif jemputan di sebelah keluarga pengantin wanita
dan lelaki.
Diikuti
pula pada 1 September 1980, saya telah melapur diri sebagai Pegawai Tadbir
Negeri. Saya telah di ‘ posting’ ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha
Kerajaan, menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan).
Bermula pada tarikh tersebut (berkebetulan tarikh hari ulangan tahun kelahiran
saya) hidup kami berdua yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang amat
membahagiakan.
Setelah
hampir setahun perkahwinan kami, Allah telah kurniakan seorang bayi puteri sebagai
penyeri dan pengikat kasih sayang kami. Tarikh yang bertuah itu jatuh pada 9
June 1981. Diringkaskan cerita, pada tahun berikutnya di kurniakan seorang
bayi putera pula pada tanggal 13 Oktober
1982. Setelah dikurniakan dua orang cahaya mata
puteri dan putera dalam tempoh dua tahun lebih, kebahagiaan rumah tangga
kami begitu terselah sekali. Saya sebagai ketua keluarga, Alhamdulillah dapat
mengendalikan rumah tangga kami dengan sebaiknya dan isteri pula telah
berperanan sebagai isteri dan ibu yang perihatin kepada keperluan keluarga.
Sungguhpun
begitu, “Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujang di tengah hari”. Ini
semua telah ditakdirkan Allah untuk
kami, Kebahagian dan kerukunan rumah tangga kami telah di uji oleh Allah
dengan memberi sedikit kesakitan kepada saya pada tahun 1984, Saya telah
mengalami sakit lutut kanan yang serius, ianya merupakan sakit lama di tahun
1960an dahulu menyerang kembali.
Menyebabkan saya dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan beberapa bulan
lamanya.
Bermula
tarikh inilah rumah tangga kami mengalami saat getir di mana isteri terpaksa
menjaga saya yang sakit dan tidak dapat berjalan. Kaki disimen dengan” Plaster
of Paris” (POP). Isteri terpaksa berkerja keras untuk menjaga saya seperti
membersih air kecil dan air besar, memandikan saya dan juga menyediakan makanan
dan ubat untuk saya. Setelah satu bulan lebih di hospital, saya telah
dibenarkan pulang dan di beri cuti rehat selama satu bulan. Namun kaki saya
masih di simen ‘POP’ secara berterusan selama setahun, bagi mempastikan sendi
lutut yang rosak dapat sembuh kembali dan saya boleh berjalan seperti. Selepas
tamat tempuh cuti sakit saya dikehendaki membuat rawatan lanjutan dengan pakar
ortopedik. Setelah diperiksa, doktor dapati sakit lutut saya masih perlu kepada
POP dan saya diberi cuti sakit untuk berehat di rumah selama enam bulan.
Semasa
saya ditimpa musibah kesakitan ini saya dapati isteri saya memang seorang yang
baik dan jujur kepada suami. Dia menjaga saya dengan sepenuh hati tampa
sebarang rungutan dan keluh kesah. Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya
jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati. Setelah melewati masa
lapan bulan, balutan simen lutut saya dibuka dan saya dah mula boleh berjalan
tetapi perlu di bantu dengan tongkat. Kesan kepada prosidur rawatan lutut saya
itu, kaki kanan saya tidak dapat dibengkok sepenuhnya, ia hanya boleh digerakkan lebih kurang 25% sahaja,
menyebabkan saya terpaksa berjalan seperti orang memakai kaki palsu. Bermula
tarikh itulah saya mula dilihat sebgai seorang yang cacat anggota, berjalan
dengan kaki yang cacat seperti memakai kaki palsu, apabila solat,semasa duduk
antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir kaki kanan terpaksa di bawa ke
hadapan secar belunjur. Ini semua dapat saya lalui dengan penuh keinsafan dan
tabah hati kerana sudah ditakdirkan Allah, mungkin untuk menguji keimanan dan
ketaqwaan saya kepadaNya. Masa berlalu dengan pantas, dan saya dapat
mengadoptasikan kesakitan kaki kanan sebagi satu takdir yang telah diberi
kepada saya dan keluarga. Namu begitu kebahgaian rumahtangga kami tetap utuh
seperti sebelumnya.
Masa
tetap bergerak pantas menuju destinasinya.
Dalam tempuh perkahwinan kami
1981 hingga 1995 kami telah dikurniakan tujuh orang anak, lelaki empat orang
dan perempuan tiga orang. Tempuh berkenaan adalah masa yang kami alami
kebahagian berumah tangga tanpa sebarang krisis besar berlaku. Saya sebagai
ketua keluarga memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, di atas
rahmat dan hidayahNya membolehkan rumah tangga kami berkembang dengan baik
sekali. Walaupun Allah telah menduga kebahagian rumah tangga kami dengan
memberi penyakit lutut kepada saya.
Sungguhpun
begitu Allah telah memberi ujian kali kedua kepada saya, mungkin ujian ini
ditakdirkan berlaku setelah ujian pertama saya dapat menghadpinya dengan tenang
sekali. Ujian ini bermulai pada 2 Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib
isteri memberitahu yang ianya mengalami sakit kepala yang amat sangat. Saya
terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa doktor. Mengikut ujian doktor keadaan
tekanan darah isteri adalah normal. Doktor memberi ubat suntikan dan juga ubat makan bagi melega kesakitan.
Malam itu kesakitan isteri terkawal.
Pada
tengah hari keesokannya, isteri
memaklumkan kaki dan tangan disebelah kanan terasa macam kebas dan agak lemah untuk
bergerak. Setelah hampir waktu solat magrib isteri, muntah-muntah dan sekali lagi saya membawa
isteri berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan
didapati keadaan masih normal, tetapi oleh kerana isteri mengalami
muntah-muntah, doktor memberi surat untuk mendapat rawatan lanjut di hospital.
Setelah
selesai solat isyak, saya detemani oleh anak lelaki kedua menghantar isteri ke
Hospital. Kami sampai di Jabatan
Kecemasan lebih kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran dan menunggu
lebih kurang 2 jam kerana pada masa itu ada kes kemalangan serius. Doktor memanggil isteri saya masuk ke
bilik pemeriksaan. Saya mengiringi isteri
ke bilik pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan
supaya isteri di masukkan ke wad supaya dapat menjalani pemeriksaan lanjut oleh
doktor pakar. Isteri telah dimasukkan ke wad lebih kurang jam 1 pagi. Setelah
selesai urusan kemasukan isteri ke wad. Saya memaklumkan kepada isteri yang
saya terpaksa pulang kerumah untuk berehat dan anak lelaki kami( Nik Mohd
Rashdan)yang akan menjaga mamanya di hospital.
Keesokan
harinya saya seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh, untuk membuat
persiapan bagi mengerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan
saya terus mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara anak lelaki dalam
keadaan cemas “ Dady kena datang segera ke hospital , mama tak sedar diri dekat
subuh tadi” saya menjawab sepontan “ Ok abang, tunggu mama dulu, dady nak solat
subuh, dady akan kesana selepas solat subuh”. Berkebetulan azan subuh mula
bergumandang, setelah selesai bercakap dengan anak lelaki, saya terus
menunaikan solat subuh, dan setelah selesai saya bergegas ke hospital.
Sesampai
di hospital saya dapati anak lelaki keseoranggan di wad, menunggu di sisi katil
mamanya. Saya dimaklumkan oleh anak bahawa mamanya telah di bawa ke bahagian X
ray untuk menjalani X ray dan juga menjalani angiogram. Lebih kurang pukul 7
pagi isteri telah selesai menjalani prosidur pemeriksaan dan dia masih dalam keadaan koma. Isteri telah
dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x ray dan juga laporan angiogram diperolehi, doktor
memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami pendarahan dalam otak dan
ianya menyebabkan isteri koma, dia
juga perlu diberi bantuan alat
pernafasan bagi membolehkan oksigen disalur secukupnya. Doktmor seterusnya memaklumkan
bahawa isteri saya perlu menjalani pembedahan segera sebelum darah yang berada
dalam otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini berlaku
berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan
pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta di hospital kerana pakar neurosurgeon
tidak ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kata doktor lagi pada masa ini hanya bantuan untuk
mestabilkan keadaan kesakitan pendarahan dalam otak saha dapat dilakukan, semoga dengan rawatan yang diberi pada masa
itu dapat menstabilkan keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan
kepada semua keluarga terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada
perkiraan doktor dia sudah kritikal, mungkin sudah hampir tiba masa isteri saya
akan pergi selama-lamanya dalam masa
terdekat.
Bila
mendengar makluman doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya menjadi serba
salah, saya bawa berbincag dengan bapa saya. Sekiranya isteri meninggal dunia
dimanakah jenazahnya akan dikebumikan nanti. Bapa pada masa itu menasihatkan
saya supaya bertenang dan banyak bersabar, serta perbanyakkan solat hajat dan
minta pertolongan Allah semoga isteri
dapat diselamatkan . Selepas solat zohor saya solat hajat memohon kepada Allah
semoga diberi jalan penyelesaian bagi menyelamatkan isteri yang sedang tenat.
Dengan
tidak disangka-sangka saya dimaklumkan oleh kakak, bahawa ada tetamu VIP akan
datang melawat isteri saya pada jam lebih kurang 2 petang. Bila tetamu VIP datang dia meminta kerjasama doktor untuk memberi
ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP berkenaan telah
menelefon kakaknya seorang VVIP, dan dimaklumkan kakaknya akan melawat pada jam
3 petang.
Tepat
jam 3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang Besar Negeri telah datang
melawat isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan doktor
menghantar isteri saya ke Hospital Swasta, di Kuala Lumpur untuk membuat pembedahan segera.
Susulan itu saya diminta oleh pihak pengurusan hospital supaya membeli sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan
isteri saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam
nanti.
Saya
bersama rakan sekerja (seorang Mejar Bersara Tentera Udara D Raja Malaysia)
pergi ke Air Port. Setiba di sana saya
dimaklumkan bahawa tiket telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi tiket untuk
tempuh 2 hari berikutnya. Saya terduduk dan sebak bila mendengarnya, penuh
dengan perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada Allah supaya diberi jalan untuk
menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu. Semasa memandu kereta bersama rakan ke hospital,
kawan saya memberi cadangan untuk cuba menelefon TUDM di Sugai Besi bagi mendapat
Penerbangan Ehsan TUDM. Bila kami
telefon kepada TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP telah membuat
permohonan supaya TUDM membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar seorang
pesakit dari kota Bharu ke kuala Lumpur. Bila mendengar berita yang mengembirakan
itu, saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi jalan bagi saya
mengatasi masalah yang begitu meruncing dan buntu serta dengan suasana
kesuntukan masa yang diperlukan.
Pihak
TUDM meminta saya bersiap sedia pada jam 7.30 malam untuk berlepas ke KL. Untuk
itu juga pihak hospital meninta supaya saya membeli tiket kapal terbang untuk
pulang dari KL ke Kota Bharu kepada dua orang kakitangan hospital ( 1 doktor
dan 1 Jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan. Pada jam 8.50
malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki Ambulan untuk
ke Lapangan Terbang bagi menaiki kapal terbang tentera yang sedang menunggu di
sana.
Lebih
kurang jam 9.25 malam pesawat CN235 TUDM
telah berlepas ke Kuala Lumpur, semasa dalam perjalan lebih kurang 30 minit di
udara, doktor memeriksa keadaan isteri saya yang koma dan dibantu dengan system
pernafasan secara manual yang dipam oleh Jururawat dengan menggunakan tangan untuk menolong
pernafasan isteri saya. Saya yang duduk disebelah isteri memerhati gelagak
merka berdua. Tiba-tiab laptop yang digunakan oleh doktor kehabisan bateri
menyebabkan doktor tidak dapat mengawal tekanan darah, pernafasan dan denyutan
nadi kerana paparan monitor kumputer telah
padam. Doktor mula kelihatan gelisah dan cemas, saya yang duduk di sebelah
katil isteri tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus
membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berdoa. Apabila doktor cuba memeriksa nadi isteri di pergelangan
tangan tatapi doktor tidak dapat mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng
kepalanya di perhatikan oleh jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya
mula gelisah dan terfikir diminda bahawa
isteri akan meninggalakan saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata
mengalir membasahi pipi tanpa di sedari. Apa yang mampu saya lakukan ketika itu hanyalah berdoa kepada Allah dan membaca beberapa ayat Al Quran yang saya hafal iaitu ayat qursi dan
ayat seribu dinnar.
Dalam
tempuh beberapa saat saya dalam keadaan cemas, tiba-tiba dikejutkan oleh suara
doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya dengan isyarat OK, dan kelihatan
wajahnya mula tenang dan kembali ceria diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh
jururawat pengiring. Pada jam 10.30
malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM
penerbangan kami akan sampai di Lapangan Terbang Subang sekejap lagi.
Setiba
di lapangan Terbang Subang, kelihatani ambulan telah menanti untuk membawa kami
ke Hospital Swasta di Kuala Lumpur. Perjalanan dari lapangan terbang ke
hospital Kuala Lumpur mengambil masa
hampir 1 jam. Semasa dalam perjalanan ke hospital, kenderaan kami terpaksa berjalan perlahan
akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah
semoga perjalanan kami di permudahkan dan isteri tercinta dapat diselamatkan.
Ketika
tiba di hospital, doktor pakar neuroseurgeon telah
menunggu dan sebaik sahaja tiba isteri saya di masukkan ke wad, doktor terus
membuat pemeriksaan rapi. Kemudian doktor yang
dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam (neurosurgeon) telah memberitahu saya
bahawa keadaan isteri adalah stabil. Beliau pada masa itu sedang menjalani
pembedahan yang di jangka siap pada jam 2 pagi. Doktor memberitahu, jika saya
bersetuju pembedahan kepala isteri saya akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi.
Saya lantas bersetuju dengan saranan doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil.
Doktor juga memberitahu kepada saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya
mungkin mengalami lupuh di sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan
selajutnya doktor memberitahu
berkemungkinan juga isteri saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan menjadi pendek dan kaku’.
Seterusnya
saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00. Terperanjat juga saya
dibuatnya apabia mendengar sejumlah itu perlu di bayar deposit, terfikir juga
di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak berkemampuan bagaimana hendak
mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu. Nasib baik saya mempunyai kad
kredit. Deposit dijelaskan melalui kad kredit.
Seterusnya
saya mula membuat perhitungan bahawa jika isteri tidak dibedah, peluang beliau
untuk hidup adalah Tipis. Dia terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan. Jadi saya telah
tekad supaya isteri di bedah untuk membuang darah di dalam otaknya. Saya menjangka
jika di buat pembedahan kita ada peluang 50 % samaada hidup atau mati. Jadi saya
membuat kiraan akal sendirian bahawa perlu di buat pembedan kerana 50 % peluang
hidup itu jika dicampur peluang untuk terus hidup 50% selepas pembedahan,
bermakna kita mempunyai peluang berikhtiar 50% + 25 – 30% peluang untuk berjaya
melalui pembedahan. Setelah mengambil perkiraan kemungkinaan risiko pembedahan
dan peluang untuk sembuh selepas pembedahan adalah lebih baik, jika kita
mengambil kuputusan tanpa apa-apa tindakan hanya berserah kepada takdir Allah
sahaja. Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya berjumpa doktor dan
memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran membuat
pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya memberitahu kepada doktor “ I
gave mandate to you to do anything just to save her life, I will pray to The
God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya terus membuat panggilan telefon
kepada beberapa orang kenalan, seperti SS Dato’ Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti,
SS Dato’ Khadi Besar dan beberapa orange ustaz lagi memaklumkan situasi isteri
saya yang koma dan akan di bedah keesokan harinya dan mohon mereka supaya diadakan
solat hajat minta selamat dan di permudahkan segala urusan pebedahan.
Setelah
semuanya selesai saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada malam itu.
Sesampai di Semenyeh, jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Pada malam itu
saya tidak dapat tidur dengan lena, fikiran teringat akan isteri yang masih
koma, dan cuba bayangkan apa akan terjadi kepada kami sekeluarga sekiranya
isteri tercinta tidak dapat diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal apa akan jadi kepada tujuh orang anak saya yang masih
membesar di alam persekolahan, perlu kepada kasih sayang seorang ibu dan juga
penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi dikenangkan bagaimana masa depan anak
bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya dapat membesar seperti
anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat selama-lamanya, dan apa akan
jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat mencurah kasih sayang dan penjagaan
keperluan kehidup seharian, bagi menggantikan isteri yang tiada, mungkin terpaksa
kawin lain, dan apa akan jadi kepada struktur keluarga kami yang sebelum ini sangat membahagiakan. Bagi memenuhi masa
terluang sebelum jam lapan pagi keesokannya, saya bersama bapa saudara dan sepupu
mengerjakan solat hajat memohon pertlongan Allah supaya segala urusan bagi
menyelamatknan isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna dan
segala-galanya selamat.
Keesokan
harinya hampir jam 7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di hospital menanti
di wad pembedahan. Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan pembantunya membawa isteri
ke bilik pembedahan. Saya dengan penuh debaran menunggu di luar bilik
pembedahan. Pembedahan dijangka mengambil masa diantara 3 hingga 4 jam. Semasa menunggu selesai pembedahan, saya
hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon kepada Allah
semoga pembedahan Berjaya. Pada jam 11.50 pagi
isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dibawa masuk ke wad ICU.
Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya akan sedar kembali dalam
tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di ruang legar bilik ICU dan
hanya mampu melihat melalui tingkap cermin sahaja. Setelah beberapa jam selepas pembedahan
isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah normal dan
terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat bertugas
untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.
Setelah
berada di sisi isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri mula dapat
mengerak-gerakan tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam 4.15 petang
isteri mula dapat membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan lemah diantara
sedar dan tidak sedar. Saya dengan tabah hati memeharti perkembangan isteri di
sisi katilnya sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu dinnar. Pada jam lebih
kurang 4.25 petang isteri saya membuka mata dan mengelurakan perkataan “lapar”.
Alhandulillah saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan kepada
isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang suami yang diberitahui oleh doktor
bahawa isterinya mungkin tidak dapat bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa
Allah Maha Besar, dan dia mengatasi kuasa semua makhluk lain di dunia ini.
Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Perkembangan positif ini
saya maklum kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga isteri saya.
Jururawat memberitahu saya adakah air jampi yang ingin diberi kepada isteri
saya , dia akan membantunya. Terkedu hati ini mendengarnya kerana dia seorang
berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang suci cuba membantu pesakit dan
keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain memberi rawatan melalui remedi
perubatan moden. Lantas saya memberi kepada jururawat air zam-zam yang telah
dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini.
Seterusnya
di hari hari berikutnya isteri telah dapat memperlihat pemulihan yang cepat dan
saya tidak pernah leka menjaganya saban masa, kecuali pada satu atau dua jam
sehari akan pulang ke ruamah anak saudara yang tidak jauh dari hospital untuk
mandi manda dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan sehingga ke hari 29. Isteri
telah dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan lanjut di hospital, Kota Bharu.
Semasa
saya menjaga isteri di hospital saya telah didatangi oleh seorang doktor dan
juga pegawai pengurusan hospital, semasa mereka berbual-bual dengan saya doktor
berkenaan berkata, sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf otak yang
di bedah untuk membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang bersangkutan
dengan” memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan isteri awak
hilang ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back kata-kata doktor
pakar bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap. Betapa
bersyukurnya saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan masih
memberi hidayah bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu
perkara lagi doktor berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri saya
dari kesakitan yang di alami adalah banyak di bantu oleh sikap saya sebagai
suami sentiasa berada di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat
sembuh. Secara berjenakan doktor
mengatakan bahawa saya adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri
sehingga isteri cepat sembuh. “bukan senang nak cari suami yang
setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas senyuman
sahaja terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah. Kita
sebagai hambaNya tidak ada apa-apa kelebihan pun.
Semasa
saya bersiap siap untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya diberi tahu
oleh pihak pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan isteri saya
adalah sebanyak RM25,000.00 lebih. Namun begitu pihak majikan saya telah
memberi surat jaminan untuk membayar semua kos yang terlibat melalui skim
takaful Syarikat. Jika melebihi jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa
tanggung sendiri.
Pada
hari ke 29 isteri telah dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta Kuala Lumur,
dan diminta meneruskan rawatan lanjut di hospital di Kota Bharu. Untuk membawa
pulang isteri saya telah membeli tiket kapal terbang MAS dari Lapangan Terbang
Subang ke Kota Bharu. Semasa membawa naik isteri ke kapal terbang isteri perlu
digendung kerana belum boleh berjalan.
Daripada
detik-detik cemas yang saya lalui bersama isteri tersayang, suasana rumah
tangga kami yang sebelum ini penuh dengan cinta dan kasih sayang, telah mula
muram kerana isteri yang sakit perlu kepada orang lain membantunya bagi membolehkkan ianya mendapat
keperluan seharian. Bermula pada tarikh tersebut saya mula berfikir bagaimana
saya hendak menjaga isteri yang sakit serta memerlukan penjagaan sepanjang
masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi membesar anak-anak yang kesemuanya
masih menutut. Pelbagai fikiran bercelaru dalam minda saya ketika itu dan hanya
berserah kepada Allah supaya segala urusan saya dan keluarga di permudahkan. .
Amin………………..
Kesimpulan
dari cerita yang saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan
segala-galanya kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang
untuk mendapat kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala
perancangan kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang
kita harapkan. Sungguhpun begitu ianya ada hikmahNya, untuk menguji sejauhmana
kita beriman dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa itu adakah
kita mengadapNya untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran
dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan
akan merasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah, kerana mereka yakin kepada janji
Allah bahawa setiap kesusahan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan diganti
dengan kegembiraan dan keseronokan bila tiba masanya. Kita sebagai manusia
hanya berusaha dan berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap penyakit
akan ada ubatnya, setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.