BUDU
@ SOS BILIS @ FISH SAUCE
Khasiat:
Budu yang berasal dari negeri
sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat
perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[2],
[3], [4].
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan
tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser. [5]
Budu didapati berpotensi untuk
melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah
terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis,
koroner jantung,
penyakit kencing manis,
kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [6].
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab
cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah,
pencegah penyakit jantung dan hipertensi[7].
Budu memiliki zat gizi yang lebih
mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [8]
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam
waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ
kepada sesiapa yang memakannya [9],
kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[10]
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria
raffinosa dan stokiosa,
penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut
bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut
air (vitamin B
kompleks) dan vitamin
larut lemak (vitamin A, D, E dan K). [11]
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin),
vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat,
asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara
saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh
bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari
mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain[12].
vitamin B12 ini perlu untuk
pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu/(ikan bilis)
adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu
hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan
manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet
(jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang
tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan
8.05 mg bagi setiap 100 gram ikan bilis/budu[13],
[14]. Budu juga mengandungi zat antioksidan
dalam bentuk isoflavon[petikan diperlukan].
[15]
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid,
isoflavon
juga merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih
elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas
didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi
di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan
radikal bebas tersebut.[16]
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis
ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein
dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11
(6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti
North Carolina, Amerika Syarikat[petikan diperlukan]menemukan
bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat
mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[17]
Penyakit
jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh
darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu
keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia,
pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan
kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang
aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan,
mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat
menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang
berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber)
yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10%
bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang
dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan
atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana
ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas
sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan
nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu
seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh
badan.
Budu dan mempelam.
Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat
dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang
agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut,
kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut
kronik.
" MARILAH PAKAT MAKE BUDU WEH BELAKO, BANYOK KOSIAT DIA"
Saurce : Wekipedia