Saturday, November 15, 2014

CARA-CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI



10 Cara Terhebat Untuk Motivasi Diri Sendiri:

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.

Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau..Jom semak 10 cara terhebat memotivasikan diri sendiri seperti di bawah.

Kita sebagai manusia memang dah jadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang anda boleh cuba.
"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga - sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari" Zig Ziglar

1. Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.


2. Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga target anda bila anda tulis ia di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?


3. Gunakan Sistem Hadiah

Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.

Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.


4. Kisah Inspirasi Orang lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

5. Fokus dengan apa yang anda fikir.

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda guna ia. Jika anda fikir pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, tapi mungkin susah nak apply pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi. Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak. Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.




MOTIVASI DIRI




Kata-kata Hikmah  - untuk motivasi diri:

1.    “Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.”

2.    “Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”

3.    “Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.”

4.    “Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.”

5.      “Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.”

6.      “Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.”

7.    “Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.”

8.    “Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”

9.    “Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”

10.  “Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.”

11. “Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-'kadang menumpahkan darah.”

12.  “Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.”

waLLAHU' ALAM

Friday, November 14, 2014

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT - " MENGHAYATI ISLAM SEPENUHNYA DALAM KEHIDUPAN"



INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – (Masjid Mukim Panji, Kota Bharu, Kelantan)

Saya berpesan kepada para Jemaah sekalian, khususnya kepad diri saya sendiri, marilah kita bertaqwa kepada Allah  swt dengan menyempurnakan perintah-Nya dan menjauhkan larangan-Nya. Kita yakin bahawa dengan iman, taqwa dan amal jualah kita akan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.

Firman Allah: 
” Sesiapa mencari agama selain dari agama Islam (untuk dianutinya) maka tiddak diterima (Allah) dan di akhirat dia akan termasuk gulungan orang-orang yang rugi”. – (Al –Imran : 85)

Ikhwan Muslimin,

Yakinlah bahawa Islam sahajalah agama yang benar dan diakui oleh Allah SWT. Sementara agama selain dari agama Islam semuanya tidak benar dan sesat belaka. Ketahulah bahawasanya iman dan Islam merupakan dua nikmat yang sangat mulia dan berharga. Dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba pilihan-Nya. Tanpa iman dan Islam segala amal soleh yang dikerjakan oleh seseorang tidak diterima oleh Allah SWT. 

Islam agama rahmat untuk sekelian alam , ia dapat memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia dan di akhirat apabila dihayati ajaran-Nya dengan ikhlas dan sempurna.

Dalam kandungan umat Islam hari ini, terdapat mereka yang merasakan tidak penting hidup beragama Islam atau mengharati ajarannya.  Ini boleh dilihat pada kelakuan dan tindakan  mereka, kerena itu mereka tidak menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya,mereka lebih mengutamakan kerja—kerja keduniaan semata-mata atau memilih ajaran yang sesuai dengan kehendak nafsu dan tuntutan hidup keduniaan mereka. Mereka banyak mengabaikan amalan-amalan yang difardukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW baik di segi ibadat, muamalat dan sebagainya. Dengan kata lain mereka banyak mengabaikan kebajikan dan tanggungjawab terhadap Allah, terhadap diri sendiri dan terhadap manusia khusus-Nya terhadap orang-orang yang terdekat dengan mereka. Apa lagi melakukan ibadat sunat yang dianjurkan di dalam Islam atau untuk di ajak berjuang pada jalan Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mereka masuk ke dalam ISLAM  dengan sempurna dan keseluruhannya dan melarang mereka mengikut jejak langkah syitan.
Firman Allah SWT ertinya: “Wahai orang-orang yang berimn ! masukah ke dalam ISLAM secara keseluruhannya dan janganlah kamumenjejak langkah syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu musuh yang nyata. “ ( Al – Baqarah : 208).

Awas dan jagalah diri masing-masing jangan sampai di perdaya oeh syaitan kerana kerja syaitan itu menyuruh  manusia berbuat jahat dan keji dan mengajak pengikutnya supaya menjadi peghuni neraka. Sebenarnya tipu daya syaitan itu sangat lemah dan tidak mampu menghadapi orang-orang yang sempurna imannya dan menghayati ajaran Islam dengan ikhlas dan sempurna.

Ajaran Islam sangat lengkap dan sempurna. Ia mencangkupi seluruh kehidupan manusia rohani dan jasmani serta memenuhi keperluan mereka.

Islam adalah agama ciptaan Allah SWT yang suci. Ia sangt serasi dan sesuai dengan sifat kemanusiaan yang bersih, ini kerana Allah telah menciptakan manusia di atas agma Islam yang suci. Firman Allah SWT 

Ertinya: “ Maka hadaplah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah di atas agama) ciptaan syuci Allah yang telah menciptakan manusia menurut (agama) fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah Allah(itulah). agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti. 

Siapa yang paling sempurna menghayati ajaran Islam maka menjadi petanda kepada kesempurnaan sifat fitrah kemanusiaan, sebaliknya jika ia tidak menghayati Islam bererti  terhapuslah sifat kemanusiaan, maka jatuhlah ia ke tempat yang  serendah-rendahnya.  

Tanpa Islam, nilai manusia dan pembangunan ciptaannya akan jatuh menjunam kelembah kehinaan dan kesengsaraan. Maka dikal itu tidak bermanafaat lagi harta dan pembangunan yang dimiliki.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya kemudian kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus (  At tiin : 2-4).

Ikhwan Muslimin,

Masuklah kedalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dengan ilmu, yakin, ikhlas, rela hati, serta tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT, yakinlah bahawa agama Islam didatangkan kepada manuisa membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman  Allah :   “ Dan tidak Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan membawa rahmat bagi sekelian alam”. 

Oleh itu janganlah takut menghayati ajaran Islam dengan semurna pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Kerana pada melaksanakan ajaran itulah terletak rahsia kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sumber ; MAIK
Powered by Blogger.