Thursday, September 11, 2014

SUAMI PERLU MENDAHULUKAN ISTERI DARIPADA ORANG LAIN


Apabila seorang lelaki muslim berkahwin ianya bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin serta asas pendidikan Islam, dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Sungguhpun begitu tanggung jawab terhadap kedua ibu bapaya juga tidak boleh di abaikan dan ia masih terikat dengan amanah tersebut. Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

 Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

 Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam pemberian nafkah,  Islam menetapkan seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anaknya.

Dalam kehidupan berkeluarga, saya sering utamakan keperlua  isteri daripada orang lain.  Rasionalnya  kerana ianya adalah tuntutan syariaat di sampingg itu isteri adalah orang yang paling dekat dan utama dalam memenuhi keperluan hidup saya berbanding dengan orang lain. Isteri sebagai teman hidup yang paling hampir dengan kita. Susah senang kehidupan kita. Isterilah  orang yang pertma bersama-sama menanggungnya.  Sedangkan orang lain akan bersama kita apabila kita senang, dan bila kita susah dan meminta pertolongan mereka akan memberi pelbagai alasan. Begitulah adat dunia, semasa senang ramai kawan dan bila susah kita keseorangan.

Dalam hidup ini kita perlu tahu yang mana prioriti dan yang mana kurang penting, Oleh itu keperluan isteri adalah amat penting di dipenuhi dan didahulukan, lebih-lebih lagi jika kita pada peringkat awal berumah tangga yang kemampuan kita adalah bergitu terhad, dengan gaji yang cukup-cukup untuk kita dan isteri sahaja. Akan menjadi beban ketidak cukupan wang jika kita memberi keutamaan kepada orang lain, sebagai contoh bagi suami yang kurang bertanggung jawab dan tidak mendalam didikan agama, kebiasaanya akan menunjuk  serta ego dirinya sebagai orang kaya, lebih-lebih lagi jika berpangkat pula, mereka sebegini kadang kala suka menunjukan kemewahan kepada orang lain, terutamanya kepada teman wanita sepejabat. Perbuatan ini akan mendorong dirinya untuk belanja “besar” kepada kawan tetapi bila dengan isteri ianya kedekut dan berjimat. Bila jumpa dengan kawan-kawan boleh belanja makan di restoran hotel lima bintang, tetapi untuk makan bersama isteri saya hanya makan di warung dan pasar malam sahaja. Bila ditanya kenapa dia berkelakuan sedemikian, selamba dia mengatakan makan di hotel lima bintang untuk meraikan klien bisnes, tapi bila berasama keluarga kita perlu berjimat dan control bajet belanja bulanan. Kerana betapa susah kita unuk mendapat wang

Tindakan memberi keutamaan kepada isteri dalam apa jua perkara adalah perlu memandangkan saya mempunyai sifat belas kesihan yang amat tinggi terutamanya semasa isteri mengandug 9 bulan lebih untuk melahirkan anak. Pada masa itu saya tidak dapat bayangkan betapa susah payah  isteri menanggung penderitaan seperti, alahan, pening dan muntah-muntah, biasanya isteri saya mengambil masa 4 hingga 5 bulan untuk satabil keadaan alahan. Begitualah kesusahan ditanaggung si isteri bila sarat mengandung.  Saya amat kasihan melihat kesakitan di tanggung oleh isteri semasa saat untuk melahirkan bayi.  Pernah isterinya berada di dewan bersalin di hospital lebih satu hari, kerana proses melahirkan bayi amat perlahan.

Sabagai seorang suami yang perihatin dan bertanggung jawab ianya memberi kesan yang amat mendalam, kerana isteri banyak berkorban untuk kebahagian keluarga. Oleh itu jika kita ingin menjadi  suami  mithali yang  memenuhi amanah yang dituntut oleh Islam, kita perlu memberi keutamaan kepada isteri dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesan kepada tindakan dan layan yang ditunjukkan oleh si suami dengan memberi keutaman kepada keperluan isteri, maka akan lahirlah perasaan kasih sayang yang begitu kuat di naluri isteri terhadap suaminya, situasi ini akan memberi impak yang amat penting kepada institusi rumah tangga. Kebahagiaan rumah tangga akan  membolehkan isteri mendidik anak-anak dengan suasana ceria dan sengan hati. Akhirnya akan memberi impak yang amat baik kepada proses pembesaran bayi. Bayi yang dibesarkan di bawah jagaan ibu yang mempunyai emosi ceria dan bahagia akan menjadi kanak-kanak yang sihat dan aktif,  perkembangan minda cerdas dan mantap  apabila besar kelak.


Pengajaran  dan iktibar:

1.        Suami sememangnya perlu memberi keutamaan untuk isteri dahulu dalam segala hal. Keranan ianya adalah tanggung jawab penting dalam melangsaikan nafkah suami kepada isteri. Peranan suami menjaga keperluang ibu bapa yang sudah tua juga perlu di tunaikan mengikut kemapuan.

2.       Keutamaan kepada isteri adalah sebagai tanda kasih  sumai dan juga tanda penghargaan dan terima kasih suami kepada isteri yang banyak berkorban semasa mengandung dan melahirkanb bayi dan seterunya membesar dan mendidik anakpanak mereka.

3.       Isteri yang diutamakan oleh suamil semasa saya senangan akan menjadi teman setia yang   membantu suami apabila berlaku kesusahan dan musibah. Sebalikanya jika kita memberi keutamaan kepada orang lain sedangkan isteri dan keluarga di ketepikan atau kurang di beri perhatian, maka akan timbul perhubungan kekeluargaan yang bermasalah, akan timbul perasaan cemburu dan  iri hati isteri dan anak-anak kepada suami sebagai  ketua keluarga. Jika situasi ini wujud dalam sesebuah rumah tangga tunggulah masanya rumah tangga berkenaan akan runtuh berkecai. Bila berlaku perceraian akan memberi impak kepada pembesaran dan perkembangan pendidikan anak-anak.


4.       Suami yang perihatin terhadap keperluam agama untuk menjaga amanah sebagai ketua keluraga, akan mempastikan isteri dan anak-anak mendapat keperluan asas kehidupan seperti nafkah zahir dan batin diberi secara sempurna.

5.       Suami yang memberi keutamaan kepada keperluan isteri dan anak-anak apabila saya menjangkau usia tua (warga emas) akan mendapat penjagaan yang sempurna dari anak –anak dan cucu mereka.

6.       Mengikut sunatullah jika kita membuat jasa baik kepada isteri dan anak-anak, apabila tiba masanya kita memerlukan pertolongan mereka, akan diberi dengan sebaik mungkin. Perlu di ingat segala sumbangan kita kepada isteri dan anak-anak jika diberi dengan niat ikhlas dan sebagai memenuhi tuntutan agama, kita akan mendapat ganjaran pahala yang tindak ternilai daripada Allah di akhirat kelak. Sebenarnya ganjaran syurga jannah oleh Allah terhadap hambanya yang beriman dan bertaqwa serta membuat kebajikan kepada keluarga dan orang yang memerlukan adalah satu asset yang amat penting di padang mahsyar dan di akhirat kelak.















0 comments:

Powered by Blogger.