Saturday, December 6, 2014

PESAKIT STROK ADA PELUANG SEMBUH - InsyaAllah.



Pesakit strok ada peluang sembuh 
MENDAPAT serangan strok bukan bermakna kehidupan anda akan berakhir. Orang yang lumpuh akibat strok masih ada harapan untuk berjalan semula jika segera mendapatkan rawatan pemulihan.

Serangan strok tidak memilih mangsa. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), strok adalah punca kematian utama selepas penyakit kardiovaskular di dunia, sama ada di negara membangun atau maju, pada kadar 200 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Di Malaysia, kira-kira 60,000 kes dikesan, menjadikannya pembunuh nombor tiga selepas penyakit jantung dan kanser. Kadar kematian akibat strok sangat tinggi, iaitu kira-kira 10 peratus pesakit meninggal dunia dalam masa seminggu selepas serangan pertama.

Kadar kematian ini meningkat kepada 20 peratus dalam masa 30 hari, 30 peratus (dalam tempoh setahun) dan 60 peratus bagi tempoh lima tahun.

Menurut Pegawai Perubatan Residen, Pusat Penjagaan dan Pemulihan ColumbiaAsia di Shah Alam, Selangor, Dr Ramnan Jeyasingam, peluang untuk pulih sentiasa ada jika pesakit mendapat rawatan segera.

Katanya, strok terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama ialah Ischemic, yang berlaku apabila aliran darah ke otak tersekat akibat kewujudan ketulan darah atau arteri menjadi terlalu sempit untuk membenarkan aliran darah ke otak, menyebabkan kerosakan pada otak. Jenis ini lebih lazim dan senang berlaku (jika ada risiko yang tertentu).

Strok Hemorrhagic pula berlaku apabila salur darah pada otak menjadi lemah dan pecah disebabkan tekanan darah tinggi atau saluran darah tidak normal.


Biasanya strok menyerang mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun. Bagaimanapun, ada pesakit dalam lingkungan lebih muda turut mendapat strok, terutama yang menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung.

Simptom lazim

Antara simptom lazim serangan strok adalah rasa berdenyut-denyut, kebas, lemah, lumpuh separuh badan, hilang keupayaan mengimbangi badan, berjalan, bercakap, menelan atau pandangan menjadi kabur secara tiba-tiba. Ia boleh hilang dalam masa beberapa jam atau menjadi semakin teruk, katanya.

Jika berlaku kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pertuturan, pesakit akan kehilangan kebolehan bertutur, mungkin tidak dapat memahami percakapan atau berinteraksi.

Jika serangan membabitkan bahagian otak yang mengawal kemahiran, pesakit lazimnya tidak mampu menggerakkan tangan, kaki atau lumpuh separuh badan. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk melakukan rutin harian. Pada keadaan teruk, pesakit mungkin koma sepanjang hayat.

Bagaimanapun, kesan serangan strok berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada bahagian dan luas kawasan otak yang terjejas. Serangan strok boleh berlaku berulang kali sepanjang hayat pesakit.

Dr Ramnan berkata, pesakit perlu menjalani rawatan pemulihan secepat mungkin, setelah selesai menerima rawatan peringkat awal.

Walaupun tidak mungkin pulih sepenuhnya, pemulihan maksimum mampu dicapai jika pesakit mendapatkan rawatan dalam tempoh enam bulan pertama selepas serangan.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merawat strok adalah ubat tPA (tissue plasminogen activator) untuk menghalang pembentukan ketulan darah, pencair kelikatan darah seperti heparin, aspirin dan coumadin.

Rawatan tPA memerlukan penelitian pakar neurologi dan radiology dalam tempoh tiga jam dari masa kesan strok bermula. Bagaimanapun, rawatan tPA mempunyai risiko tertentu dan tidak boleh digunakan bagi semua kes.

Di Pusat Pemulihan dan Penjagaan, punca strok perlu dikenalpasti terlebih dulu sebelum pesakit dirujuk ke unit penjagaan yang sesuai dengan masalah mereka.

Pesakit yang ada penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi atau sakit jantung mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.



Latihan fisioterapi perlu, walaupun bagi mereka yang lumpuh seluruh badan atau koma. Ini penting bagi membina otot dan memastikan otot pada bahagian lumpuh tidak menjadi kejang dan kaku. Ia juga mengelakkan kejadian Deep Vein Thrombosis dan Pneumonia.

Jurupulih akan mengajar mereka untuk memaksimumkan fungsi bahagian terbabit bagi membolehkan pesakit melakukan rutin harian. Perkara mudah seperti memegang pensil atau membuka pintu mungkin mudah kepada kita, tetapi payah bagi mereka.

Pesakit strok juga diajar berinteraksi melalui senaman muka bagi merangsang kebolehan bertutur dan menelan. Paling penting adalah mendidik ahli keluarga cara menjaga pesakit. Sokongan dan motivasi keluarga juga penting untuk membantu pesakit kerana kebanyakannya hilang semangat untuk meneruskan kehidupan apabila terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain, katanya.



Sumber : Artikel Pilihan

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA BANGUN DARI TIDUR DI WAKTU MALAM



TIPS PENJAGAAN KESIHATAN:
Penting untuk diambil perhatian!!! Tiga kali (1/2) minit
YB Dr Daroyah Alwi menulis:

Assalamualaikum,
Saya  nak kongsi very good tips – bagi yang terbangun dari  tidur untuk buang air  bacalah panduan ini . ia amat PENTING!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)MINIT.

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 kali 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 kali 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)InsyaAllah.

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal dunia,

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Knapa "3 kali1/2 minit" amat penting?

Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1.Bila terbangun daripada  tidur  jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit;

3.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 kali 1/2 minit yang dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini daripada dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk buang air kecil, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tidak boleh bangun dari katil, punggungnya mengalami luka-luka.
.
Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share untuk orang-orang yang  kita sayang untuk menghindari perkara-perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Tapi haru di ingata, kita hanya berusaha dan berikhtiar untuk mencegah sesuatu tetapi yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT.

Sharing is caring.

Suber : Raqillah Home Nursing-   (Khairul Anuar )

SEMARAKAN HUBUNGAN CINTA APABILA BERJAUHAN



BEBERAPA  CARA UNTUK SEMARAKKAN CINTA JARAK JAUH:

Mencaari rezeki yang halal untuk memberi makan minum dan keperluan asas kehidupan yang lain kepada keluarga adalah satu ibadah yang di tuntut oleh Islam. Kadang kala suami isteri terpaksa berpisah untuk beberapa waktu kerana berlainan kerjaya dan tempat kerja. Pepatah Melayu ada mengukirkan “Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”.  Perumpamaan ini  mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan suami isteri.

Disini dikemukakan beberapa tip yang di harap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun mereka berjauhan.

Tip 1: Elak Cemburu Buta Dalam situasi berjauhan:

Kepercayaan adalah elemen paling penting hubungan suami isteri. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat:

Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu ditakdirkan, maka  terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini

Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja. Menggunakan teknologi terkini ipad phone seperti televedio adalah salah satu keadah berkkomunikasi diantara suami isteri yang berjauhan. Dengan itu keakrabang dan kejituan jalinan kasih sayang suami dapat di eratkan

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah:

Sentiasa amalkan sikap berkongsi masalah diantara suami isteri adalah  di antara cara terbaik untuk mengeratkan hubungan kasih sayang. Sebaliknya sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh:

Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.


Tip 6: Rancang Kejutan:

Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk si dia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya lakukan kejutan ringkas sudah cukup bermakna. Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.


Tip 7: Sentiasa Berdoa Kepada Allah:

Realiti kehidupan kita hanya mempu meracang sesuatu yang terbaik untuk segala aktiviti kehidupan, Sesungguhnya natijah baik buru sesuatu tindakan itu adalah bergantung kepada restu-Nya. Iaitu semuanya berlaku dengan takdir kada dan kadar Allah. Oleh itu untuk mempastikan semua perkara yang kita rancang akan berlaku dengan sebaiknya maka kita hendaklah sentiasa mendekati Allah dengan melakukan segala amal ibadat yang di fardukan dan juga melakukan amalan sunat serta juga sentiasa berbuat baik sesama insan.

Jika kita sentiasa mengiganti-Nya, mudah-mudahan segala keperluan kita tentang kehidupan di dunia ini akah dijaga oleh-Nya. Insya Allah.


Sember:  pelbagai artikel internet.



Powered by Blogger.