- Long Gaffar
- Bermula pada 1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II
- Mangkat pada awal 1780-an
- Long Seri
- Pada masa pemerintahannya Patani jatuh ke tangan Siam
(1785)
- Mangkat pada usia 137 tahun
- Long Demor
- Pemerintahannya berpusat di Jeram
- Tengku Chik Pandak
- Engku Besar Tun Ahmad
- Bermula ketika kemasukan pengaruh Inggeris
- Tamat selepas peristiwa Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915
- Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu Reman
Long Gaffar menguasai Kelantan
(ketika itu dipanggil “Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan
Kembang). Setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang
tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang
bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh
(Narathiwat sekarang).
Puteri tersebut bernama Puteri Neng
Mas(Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar
dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki “kain Cindai”
yang bernama “Cepa Melaka” yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain
cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang
Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah
dibunuh dengan kejam, dimana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas
belakang gajah yang bernama “Neng Malai” yang dihadiahkan
oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman
dan Raja Legeh.
Gelaran
“Long”
“Long” berasal dari perkataan “sulong” iaitu anak sulung. Sudah
menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, anak sulong dipanggil “long”, “kak
Long” atau “abang long”. Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu pula,
putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong
Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailandhingga Hulu Perak sekarang).
Ada juga pendapat yang mengatakan
bahawa perkataan “Long” itu berasal daripada perkataan Siam “Luang” yang
bererti “Putera”. Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi
pangkal nama “Long” tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. (Ini berbeza
dengan Long Jaafar di Perak kerana adiknya ialah Ngah Ibrahim). Anak-anak
perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau “Nan” atau “Nang” di
Terengganu (dipercayai dari perkataan “Nae” bererti “puteri’ dalam bahasa
Siam).
Keturunan
Raja Jembal
AImarhum Haji Nik Mat bin Raja
Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan
dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri
Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah
kampung lain di dalam jajahan Kota Bharu.
Sejarah Raja Jembal telah ditulis
oleh Almarhum Dato’ Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik
Ismail (ayah Dato’ Nik Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.
Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya telah dijadikan buku bacaan ilmu
sejarah bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.
Antara ahli kerabat Raja Jembal yang
terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah
di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu.
Asal-usul atau salsilah keturunan
Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja
Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai Lalat,
kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa
dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan
Puteri Mani Kemian. Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal
dari ‘buluh betung’ dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari ‘buih’. Dan
ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak
memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak
dulu hingga sekarang.
Tetapi fakta tentang cucu-cicit Raja
Jembal zaman sekarang sudah dikaburi dengan cerita yang dianggap dongeng dan
sudah tidak percaya lagi dengannya. didapati kini tiada lagi keturunan Raja
Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang
mereka dari buluh betung dan buih.
Cerita yang mengatakan bahawa Raja
Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari
buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif
tentang sejarah dan salasilah Raja Jembal. Walau bagaimanapun, dikatakan
terdapat wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya
memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat
rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung.
Anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama
ikan sekacang.
Sejarah keturunan Raja Jembal itu
bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya
anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah
dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa
daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri
Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera
dan puteri lagi.
Keturunan Raja Jembal yang ada
sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah
kemangkatan Raja Kecil Sulung (puteri Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah
kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara puteranya
iaitu Raja Abdul Rahman dengan adindanya, Raja Pah (adik Raja Kecil Sulung yg
bernikah dgn Long Bahar Datuk Pengkalan Tua putera Raja Patani).
Akibat daripada perebutan kuasa itu,
Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal
ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long
Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan
telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar (Long
Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.
Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang
mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan
Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun
pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud
dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah
dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an.
Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
Sebuah sekolah menengah di Kedai
Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah
di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.
Dikatakan yang kerabat keturunan
Raja Jembal kini berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di
daerah-daerah lain di Kelantan dan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau
bahasa istana dalam pertuturan antara sesama mereka. Perkataan ‘ku’, ‘patik’,
‘kanda’, ‘bonda’, ‘ayahanda’, ‘berangkat’, ‘cerat’, ‘mangkat’ dan sebagainya
masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat
biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan. Ini bererti bahawa
pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang
masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga
abad yang lalu.
Persatuan Kebajikan Keluarga Raja
Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat
Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai
oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan
Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin
Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan
Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah
diberitahu tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara
panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk
mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur
dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan ‘raja’, iaitu Raja Banjar.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah
orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz, datuknya suka merantau meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu.
Apabila beliau pulang, dikerjakannya tanah dengan menanam kelapa dan getah
secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah
terbuang disebabkan merantau itu.
Kekaburan
Sejarah Kelantan
Terdapat pihak yang mengatakan
terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini.
Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan
itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku “Ringkasan Cetera Kelantan” oleh
Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an.
Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan
ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu “Iktisar
Sejarah Kelantan” yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah “Pengasuh”
keluaran MAIK.
Dikatakan, ramai yang tidak
menyedari bahawa selepas kejatuhan “Kota Lubang Kubu” akibat Perang Kota Lubang
Labu II pada tahun 1762 di antara Long Mohamad yang memerintah Kota Lubang Labu
dengan Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman dan bukannya
anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas), negeri ini
kemudiannya telah diperintah oleh Long Gaffar dan keturunannya.
Pusat pemerintahan utama semasa
pemerintahan Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada
masa yang sama seorang tokoh iaitu Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang
merupakan sahabat baik Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long
Gaffar. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Gaffar dari
kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala
Kemasin dan Di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Walau
bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan
kes-kes jenayah adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di
kota Limbat. Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama “Kelantan”, yang
dikatakan berasal dari perkataan “Negeri yang Dikerat Lintang” antara Raja yang
memerintah iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long
Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.
Fakta tersebut dikatakan cuba
diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan
peristiwa (menyatakan Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan
bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan Long Gaffar dalam
lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, dipercayai Long
Gaffar berjaya berperang dan mengalahkan Long Mohamad yang dibantu oleh Long
Deraman.
Semasa pemerintahan baginda Long
Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud di Kelantan. Di antara
tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan
hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan
keturunanan Raja Jambu Patani yang asal. Keturunannya kemudian
mengasaskan pondok Bukit Abaldan salah seorang dari keturunannya
muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru
Haji Daud Bukit Abal.
Pemerintahan keturunan Long Gaffar
di Kelantan berakhir selepas peristiwa pemberontakan Tok Janggut pada tahun
1915 iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram
iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh. Peristiwa
yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan Long Gaffar ini dipercayai
mempunyai kaitan dengan keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam di negeri Kelantan. Akibat
mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan Long Yunus
kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan.
PENENTANGAN TERHADAP BRITISH DI
KELANTAN
Dipetik dari buku ‘MERDEKA
– Obor Suatu Perjuangan’ Terbitan: JABATAN
WARISAN NEGARA, MALAYSIA
Detik awal penentangan terhadap
pentadbiran British di Kelantan ialah kebangkitan Tok Janggut menentang
British di Pasir Puteh. Kebangkitan ini lebih dikenali sebagai Perang
Tok Janggut yang berlaku di antara 29 April 1915 hingga 24 Mei
1915.
Tok Janggut dilakar dalam sejarah
penentangan orang Melayu terhadap British sebagai tokoh pejuang patriotisme
yang karismatik kerana beliau boleh menarik pengikut yang ramai. Antara
rakannya yang setia ialah Engku Besar bin Engku Ngah (Kampung Jeram),
Penghulu Adam bin Mat Noh (Kampug Kelubi), Saleh (Kampung
Sareng), Sulung Tasik (Kampung Kok Berangan), Ibrahim bin
Awang (Kampung Batu Hitam), Ishak bin Muda atau Sahak Merbol,
Haji Said bin Haji Chik (Kampung Nering), Sasa (Kampung
Tok Berangan), dan Tok Janggut Mat Amin (Kampung Gong Garu).
Campur tangan British di Kelantan
bermula dengan termetrainya Perjanjian Inggeris – Siam pada tahun 1902
yang membawa kepada perlantikan William Armstrong Graham sebagai Penasihat
dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai 1903. Pihak
British telah memperkenalkan sistem percukaian yang begitu asing kepada
penduduk tempatan. Selain daripada cukai kepala, rakyat jelata
termasuk pembesar-pembesar perlu membayar cukai tandan kelapa, cukai
junjungan sirih dan cukai tanah mengikut kelas. Setiap
bidang tanah sama ada dikerjakan atau tidak, dan ada hasil atau tidak,
wajib dibayar cukai. Sistem cukai ini bercanggah dengan amalan
biasa dan pembesar-pembesar hilang keistimewaan mereka.
Ketua Jajahan yang dilantik British,
Encik Latiff, bukan orang tempatan tetapi didatangkan dari
Singapura, dan kurang menggunakan budi bicara apabila berhadapan dengan
orang tempatan yang ingin membayar cukai. Malahan beliau tidak dapat
menyesuaikan kaedah pentadbirannya dengan sikap dan minda masyarakat setempat.
Beliau terlalu keinggerisan dan tidak suka bercampur dengan orang Melayu
tempatan.
Pada tahun 1915, berlakulah
Perang Tok Janggut yang dipimpin oleh Tok Janggut (nama sebenar
Haji Mat Hassan bin Munas) dan rakan setianya. Pada 28 April 1915,
Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Puteh mendapat berita
bahawa Tok Janggut mengatur strategi untuk menyerang Pasir Puteh. Pada
29 April 1915, Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib.
Antara mereka yang hadir ialah Tok Janggut, Penghulu Adam,
Haji Said dan Che Sahak Merbol. Mereka bersama-sama
memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan British. Mesyuarat ini juga
bersetuju memulaukan pembayaran hasil dan menyerang pekan Pasir Puteh.
Sementara itu, Andul Latiff,
pegawai daerah Pasir Puteh telah mengarahkan Sarjan Sulaiman (Che
Wan) dengan beberapa orang mata-mata menangkap Tok Janggut. Pertengkaran
berlaku antara kedua-dua pihak dan berakhir dengan Sarjan Che Wan
ditikam oleh Tok Janggut. Mata-mata lari menyelamatkan diri dan membuat
laporan kepada Abdul Latiff. Ketegangan yang wujud di Pasir Puteh ini
menyebabkan Encik Abdul Latiff dan kakitangan kerajaan mengundurkan diri ke
Kota Bharu. Peristiwa pembunuhan ini mencetuskan penentangan bersenjata
rakyat Kelantan di Jeram.
Encik Latiff cuba bertindak dengan
menghantar pasukan mata-mata untuk menangkap Tok Janggut, tetapi berpatah
balik ke Kota Bharu dengan menaiki bot melalui Kuala Semerak apabila mendapat
berita bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang bergerak untuk menyerang Pasir
Puteh.
Angkatan Tok Janggut serta
pejuang-pejuang yang lain, iaitu Engku Besar Jeram dan Penghulu Adam
serta Che Sahak Merbol melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
Mereka tinggal di Pasir Puteh selama 3 hari. Mereka membakar
pejabat kerajaan, menawan balai polis dan merosakkan bangunan
kerajaan, rekod dan melepaskan orang salah. Engku Besar
Jeram Tuan Ahmad dilantik sebagai pemerintah atau Raja Jeram, dengan Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri serta dibantu oleh Haji Said dan Che
Sahak Merbol sebagai Pegawai Daerah. Mereka menubuhkan kerajaan
sementara di Pasir Puteh.
Penasihat British Kelantan, W.
Longham-Carter, meminta bantuan tentera dari Singapura. Pasukan
bantuan di bawah Leftenan Kolonel C.W. Brownlow dengan kapal S.S.
Kaka dan pasukan di bawah Kapten Marryat dengan H.M.S Cadmus
tiba di Tumpat, Kelantan pada 5 Mei 1915. Bantuan tambahan Malay
States Guides tiba dengan kapal S.S. Calypso pula tiba
pada 12 Mei 1915. Pasukan British ini mara ke Gunong pada 5 Mei 1915,
seterusnya ke Bukit Jawa pada 8 Mei 1915 dan tiba di Pasir Puteh
pada 9 Mei 1915. Pasukan ini tidak menerima sebarang tentangan kerana
Tok Janggut dan penyokongnya telah pun meninggalkan pekan Pasir Puteh untuk
menyelamatkan diri dan berundur ke dalam hutan.
Sultan Kelantan dengan nasihat
Penasihat British, menurunkan tandatangan pada surat perisytiharan
memaklumkan lima orang pemimpin iaitu Tok Janggut, Engku Besar Jeram Tuan
Ahmad, Penghulu Adam, Che Sahak Merbol dan Haji Said supaya
menyerah diri dalam tempuh tujuh hari dan sekiranya ingkar, rumah mereka
akan dibakar. Hanya Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok
Janggut, Haji Said dan Sahak Merbol dibakar.
Pada 23 Mei 1915, pihak
perisikan British mendapat maklumat bahawa Tok Janggut dan penyokongnya akan
melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh pada 24 Mei 1915. Pasukan
British terdiri daripada 50 orang Sikh dan tujuh orang Eropah di bawah Mejar
Borton mara ke Jeram iaitu tempat berkubu Tok Janggut dan para pengikut pada 24
Mei 1915. Pertempuran kemudiannya berlaku antara kedua-dua belah pihak
di Kampung Dalam Pupuh. Tok Janggut dilaporkan terkorban manakala Engku
Besar Jeram Tuan Ahmad yang mengalami kecederaan di paha diselamatkan oleh
Awang Deraman dan dibawa ke Reman, Selatan Thailand. Mayat Tok
Janggut diarak keliling Pasir Puteh, lalu dibawa ke Kota Bharu dengan
kereta lembu. Di Kota Bharu, mayatnya diarak pula sekeliling
bandar kemudiannya digantung dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang
Merdeka, sebelum dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
Dengan terkorbannya Tok Janggut di
medan tempor di Jeram, gerakan menentang British di Kelantan menjadi
suram seolah-olah kehilangan hala tuju. Tokoh seangkatan Tok Janggut
juga menyepi tetapi semangat perjuangan mereka menjadi iktibar kepada generasi
kini.
Sumber : KELANTAN DARULNAIM