Saturday, February 14, 2015

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Friday, February 13, 2015

KENAPA PEREMPUAN CURANG ?




Sebab Mengapa Perempuan Curang
Fitrah manusia sememangnya perlu kepada pasangan untuk hidup dengan sempurna. Allah jadikan semua makhluk di dunia ini berpasangan. Bertujuan supaya kehidupan yang berpasangan itu dapat melahirkan zuriat dan seterusnya meramaikan umat manusia di dunia supaya meraka dapat saling bantu di natara satu sama lain bagi membolehkan kehidupan manusia  dengan keperluan individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
Sebab Mengapa Perempuan Curang | Kenapa Perempuan Curang?
 Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum perempuan.walaupun ada juga kaum lelaki yang curang ,  tetapi kali ini saya  ingin bercerita mengenai kenapa perempuan curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab perempuan berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa perempuan sering curang dengan pasangannya..

1. Merasakan dirinya terlalu cantik .
Merasakan diri terlalu cantik  dan over konfiden selalunya terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya terlalu cantik apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka  cantik bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan suami isteri. Setia kerana muka  cantik? Tidak mungkin berlaku jika perempuan itu tidak pandai menjaga hati suami. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan cantik atau lawa untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa, janganlah terlalu merasakan diri terlalu cantik

2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang perempuan. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri manusi, tapi bagi perempuan lebih kuat egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki  mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai lelaki lain menyukainya.
Perempuan akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai lelaki lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai lelaki lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu juga,perempuan juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh” untuk mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.

4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai perempuan yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh lelaki juga antara penyebab perempuan membalas dendam. Mereka merasakan lelaki patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat membalas dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh ayahnya dan sebagainya.

6. Kurang ilmu agama
Diantara punca  mereka yang berlaku curang dengan pasangannya adalah cetek ilmu agama, bagi mereka bersiafat curang dalam perhubungan bukanlah satu kesalahan. Mereka bebas melakukan apa sahaja mengkut keinginan nafsu mereka. Sedangkan dalam Islam perbuatan curang adalah satu perkara yang dikutuk dan ianya merupakan dosa, apatah lagi curang itu berlaku diantara pasangan suami isteri. Bagi mereka yang beriman tidk akan beralaku curang kerana takut akan azab Allah di akhirat kelak.

Wednesday, February 11, 2015

KENDURI KAHWIN YANG DIANJURKAN ISLAM



Kenduri Kahwin Cara Islam

Menjadi kebiasaan Masyarakat Melayu mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran atas alasan untuk menjaga status dan juga ianya merlupakan sekali dalam seumur hidup pasangan suami isteri. Jika diteliti menjadi tren masa kini kenduri kahwin diadakan secara besar-besaran dan megikut adat budaya Melayu yang penuh dengan ciri-ciri kesenian dan hiburan. Mereka menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya.

Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini.

Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas yang ditetapkan syariat Islam. Diadakan secara sederhana dan tidak membazir serta bukan untuk bermegah-megah.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam sebuah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau yang dihadiri Rasulullah, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu. Ini bermakna, jenis makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu bergantung kepada kemampuan.

Pun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya secara melampau batas syariat. Antaranya menyerlahkan sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada kewangan apabila melakukan pembaziran wang ringgit dan harta benda, membuat pinjaman bank dan berhutang.


Firman Allah dalam surah al-Isra bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Sudah menjadi budaya masyarakat kita, apabila orang daripada golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis itu.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.

Dari segi memenuhi tuntutan sebagai orang yang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah menyatakan dalam hadis baginda yang diriwayatkan Bukhari bermaksud: Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis itu.

Walau apapun, jika diteliti hadis di atas, menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin adalah dituntut agama sebagai sunat muakad. Dalam sebuah kitab yang ditulis Syed al-Bari ada menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
i. Orang yang mengundang itu adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.
ii. Tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja.
iii. Orang yang mengundang beragama Islam.
iv. Tidak ada kemungkaran(pergaulan bebas,nyanyian,joget dll) di majlis itu.
v. Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.

Janganlah mencemarkan kenduri dengan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pertuturan keji dan lucah, nyanyian dan tarian yang melalaikan, senda gurau yang melampau adalah contoh beberapa situasi yang sering berlaku dalam majlis kenduri kahwin.

At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.

Daripada mafhum hadis itu, sama-samalah kita menepati kehendak sebenar syariat apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan agar ia tidak tercemar dengan unsur yang ditegah agama.

Agama hendaklah didahulukan daripada Budaya, kerana dalam budaya belum pasti ada kebaikan dan kejayaan dari Allah s.w.t Tuhan Semesta Alam, Budaya adalah rekaan nenek moyang kita semata. Jangan tertipu dengan kata-kata "Biar mati anak, jangan mati adat" . Ada ketika kita terpaksa melawan adat, kerana bila beradat kita terpaksa melanggar perintah Tuhan, dan membuat larangan-Nya.

Biarlah masyarakat sekeliling memanggil kita dengan panggilan cerewet sekalipun, asalkan kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, mereka yang mencaci adalah mereka yang jahil mengenai Islam. Ramai orang yang saya perhatikan sangat cerewet dalam pemakaian, adat melayu, makanan dan adab bertutur, tetapi bila bab syariat Islam, langsung tak diendahnya. Semoga kita dijauhi dari sifat tersebut.


Sumber : Fawwaz.
Powered by Blogger.