Tanda
pasangan ikhlas bercinta:
Suatu hari anda ditanya oleh
pasangan, “Awak sayang saya ?” Hati si dia memang unik dan sulit dimengerti.
Takkanlah saya tak sayang awak, anak-anak yang tujuh orang tu tak boleh jadi
bukti ke? Sebenarnya apa yang anda telah capai bersama pasangan sekarang ini
masih jauh dari matlamat perkahwinan. Jangan berpuas hati dulu dengan
kebahagiaan kini, bahkan anda mesti sentiasa berwaspada, boleh jadi anda berdua
kurang ikhlas mencinta.
Keikhlasan boleh luntur sedikit demi
sedikit kerana sikap negatif masing-masing. Hari-hari dalam perkahwinan
bagaikan melihat jatuhnya ‘snow ball’ yang mengutip satu-satu insiden buruk
yang dilakukan kedua-dua pasangan. Bola salji itu semakin hari semakin besar
dan akhirnya menghancurkan segala yang dibina. Tiada lagi keikhlasan mencintai
satu sama lain, masing-masing telah berputus asa dan membiarkan sikap-sikap
buruk pasangan menghantui diri.
Akibat hilang keikhlasan, hidup jadi
tak berkat. Kasih sayang semakin luntur, hati anda menjerit: Suamiku tak sayang
lagi atau isteriku tak cinta lagi. Pelik tapi benar, ada isteri yang menyuruh
suami mencari yang baru semata-mata kerana malas melayan kerenah suami. Ada
pula suami yang bosan hidup bersama lantas memisahkan diri dari keluarga,
menyibukkan diri dengan kerjaya, tak mahu terlibat dengan urusan isteri dan
anak yang selalu menyusahkan kononnya. Perkahwinan itu memang masih wujud tapi
tidak bahagia, hilang kemanisannya, menanti pecah dan terbelah.
Oleh itu setiap pasangan mesti
meneliti hati masing-masing, adakah masih wujud keikhlasan dalam mencintai?
Berikut tanda-tanda ikhlas dalam perkahwinan.
1. Cinta dan benci kerana Allah SWT
Keikhlasan mesti dijaga, disemai
dalam hati dan jangan dibiarkan mati. Suami dan isteri yang ikhlas berusaha
mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah. Mereka mengambil berat
tentang ‘konsep kahwin untuk ibadah’. Misalnya ketika melayan kerenah suami
bukan kerana anda sayangkannya atau takut dia mencari yang lain, tetapi dengan
niat kerana mahukan keredaan Allah.
Suami yang memberi nafkah pun beriktikad
bahawa Allah yang mewajbkannya memberi hak isteri, apabila dia menyimpan apa
yang menjadi hak isteri maka dia telah berkhianat kepada Allah SWT.
Dosa dan
pahala hendaknya menjadi wali percintaan sepanjang masa. Mereka takut
mengkhianati pasangan kerana takut kepada Allah SWT. Mereka saling menghormati
dan menjaga hati kerana Allah, oleh sebab itu Allah menyatukan hati keduanya.
Sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:
“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal ayat: 63)
2. Susah atau senang, cinta tak
berubah.
Susah atau senang, sihat atau sakit, derita atau bahagia dijalani bersama dengan reda. Kadang-kadang apa yang kita anggap suatu keberuntungan boleh jadi membawa musibah begitu juga sesuatu yang pada pandangan mata kasar adalah musibah namun ia membawa nikmat pada akhirnya. Semasa susah, suami dan isteri berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Apabila sudah berjaya, masing-masing berubah sikap. Suami mula mencari cawangan baru, isteri pula mengada-ngada dengan perangai OKB (orang kaya baru).
Susah atau senang, sihat atau sakit, derita atau bahagia dijalani bersama dengan reda. Kadang-kadang apa yang kita anggap suatu keberuntungan boleh jadi membawa musibah begitu juga sesuatu yang pada pandangan mata kasar adalah musibah namun ia membawa nikmat pada akhirnya. Semasa susah, suami dan isteri berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Apabila sudah berjaya, masing-masing berubah sikap. Suami mula mencari cawangan baru, isteri pula mengada-ngada dengan perangai OKB (orang kaya baru).
Kalau diuji dengan kemiskinan mereka
bersabar tetapi jika diuji dengan kekayaan jarang yang mampu bersabar. Ramai
yang luntur iman jika hidup senang dan kembali ingat Tuhan apabila hidup susah.
Al-Quran telah merakamkan seksaan bagi kaum yang bermaksiat ketika hidup
dipenuhi kesenangan.
“Maka tatkala mereka melupakan
peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua
pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan
apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan serta merta.
Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Surah Al-An’am ayat: 44)
Susah atau senang hati mereka tidak
pernah berubah, membajai cinta dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.
3. Berdua atau sendiri, tetap setia.
Pernahkah anda melihat seorang suami yang dihadapan isteri nampak alim, berbudi bahasa lagi bersopan. Tetapi apabila dia bersendirian barulah nampak belangnya, buas nafsunya bak buaya darat. Isteri pun apa bezanya, jika bersama suami suka memuji tetapi di belakang suami selalu mengeji, mengaibkan perangai suami dalam majlis gossip sana-sini.
Pernahkah anda melihat seorang suami yang dihadapan isteri nampak alim, berbudi bahasa lagi bersopan. Tetapi apabila dia bersendirian barulah nampak belangnya, buas nafsunya bak buaya darat. Isteri pun apa bezanya, jika bersama suami suka memuji tetapi di belakang suami selalu mengeji, mengaibkan perangai suami dalam majlis gossip sana-sini.
Namun, bagi pasangan yang ikhlas
tiada sifat munafik dalam diri mereka. Jika bersama semaraklah cinta, sendirian
pun menggebu-gebu rindu di jiwa. Semakin lama terpisah semakin membeku
kejujuran dalam hati mereka. Jujur dan setia kepada pasangan hanya dapat
dibuktikan oleh orang yang merasai kehadiran Allah SWT. Dimana saja dia berada
sesungguhnya Allah Maha Melihat, malaikat mencatat dan kitab sentiasa mengira
hitungan pahala dan dosa.
Berdua atau sendiri tidak selamat
tanpa hati yang merasai pengawasan Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik lelaki mahu pun perempuan yang mereka lakukan di atasnya. Bumi mengatakan: Dia telah berbuat begini dan begitu pada hari ini dan hari itu. Inilah yang diberitakan bumi.” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
Semua di sekeliling kita menjadi
saksi apa yang dikata oleh lisan, dirasa oleh hati, difikir oleh akal dan
dihembus-hembuskan oleh hawa nafsu
Pengalaman Realiti Khidupan:
Saya sememengnya bersetuju dengan
pendapat yang di utarakan oleh YBhg Dr. Juanda. Apa yang diamalkan dalam
kehidupan kami suami isteri adalah didasarkan kepada ketaatan perintah Perintah
Allah. Melakukan sesuatu untuk mendapat keredaan Allah dan menghindarkan diri
dari melakukan sesuatu kemungkaran kerana takut kepada Allah.
Jika sebegini prinsip suami isteri
dalam melayari bahtera rumah tangga dan mengotakan segala cinta yang dilafaz
dan dijanjikan semasa mula di ijabkabulkan dahulu, sudah pasti akan berkekalan,
kerana masing-masing akan menjaga diri untuk sentiasa mentaati perentah Allah.
Bila ini terjadi cinta suami isteri akan tetapi setia dan jitu sepanjang masa
tanpa kira suasah dan senang.
Saya dan
isteri sendiri telah alami perkara ini, kerana pada awal perkahwinan kami saya
yang sakit lutut, isteri yang sentiasa membantu dan menjaga saya. Setelah lebih
20 tahun kahwin isteri pula yang sakit (lumpuh sebela tubuh) saya dapat
menerimanya kerana ia di anggap adalah ketentuan Allah. Sehingga kini saya
menjaga isteri sakit hampir 15 tahun. ( membantu isteri dalam serba serbi
kehidupan seharian) tetapi semarak cinta kami tetap kekal dan bahagia sepanjang
masa. Malah kami rasakan sebagai pasangan yang baru kahwin, sentiasa mesra dan
penuh dengan kasih sayang.
Keslimpulan
dari isu-isu yang dikemukan oleh Dr. mempunyai kebenaran jika cinta suami
isteri didasarkan kepada iman dan taqwa. Bila ada perasaan takut dan taat
kepada perintah Allah, masing-masing suami dan isteri akan pastikan mereka
sentiasa menjaga diri masing-masing dari terlibat daripada perbuatan yang di
murkai Allah.
Sumber :
Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis )