Kehidupan manusia sememangnya memerlukan wang dan
harta benda bagi membolehkan kita hidup dengan sempurna bersama keluarga. Oleh
itu mencari rezeki oleh seorang suami adalah perkara yang wajib bagi
membolehkan ianya menunaikan amanah untuk menyara isteri dan keluarganya. Islam
menanggap kerja mencari rezeki yang halal mengikut syaariah adalah satu ibadat
yang akan memperolehi ganjaran pahala dari Allah.
Sungguhpun
begitu rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang insan bergantung
kepada usahanya dan bagaimana ianya bersyukur
diatas rezeki kurniaan Allah itu. Ada
beberapa rahsia untuk murah rezeki tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah adalah
satu kaedah yang di anjurkan oleh Islam untuk menjadi kita murah rezeki dan
kaya.. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang
itu akan murah rezeki dan boleh menjadi
kaya.
Sedekah
Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
Sedekah mengundang rahmat Allah dan
menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki
hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya
Allah menyedikitkan baginya.” H.R.
ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Ganjarant bagi orang yang bersedekah
dengan ikhlas amat besar seperti mana
terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat
mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah
akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka
dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.
Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha
luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah akan Lipat-gandakan Ganjaran
orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang
bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah
pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka;
dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Firman Allah s.w.t.: “Dan barang siapa
yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar.
Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan
barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah
akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan
oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai
umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah
mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah
hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya
(berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan,
nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan
digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang
berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa
ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan
dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan
dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan
Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas
dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah
berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi
Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa
keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki
yang dikurniakan oleh Allah.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus
diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan
kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat
kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta
tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan
jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak,
terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam
Sembunyi dan Terang.
Hadis berikut ini pula menyeru kita
agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan
melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu
mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan
hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir)
kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan,
nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu
Majah.
Realiti Kehidupan tentang murah
rezeki:
Hari ini
penulis telah mengalami sendiri bagaimana sedekah akan dapat memurahkan rezeki.
Ceritanya begini. Pada pagi ini penulis hanya mempunyai wang untuk kegunaan
keluarga hanya RM25.00 sahaja. RM10 telah diberi kepada anak untuk belanja
makan di tempat kerjannya (kerana dia baru bekerja dan belum mendapat gaji).
Kira-kira waktu tengah hari seorang pekerja Syarikat Telikomunikasi datang ke
rumah penulis untuk membaiki internet yang rosak beberap hari lalu. Setelah dia
selesaikan kerja-kerja pembaikian lebih kurang satu jam talian internet telah
dapat berfungsi seperti biasa.
Penulis
menjemput beliau minum kerna menjadi kelaziman penulis menghidangkan sedikit
minuman ringan bagi sesiapa yang berkunjung kerumah, ini juga satu amalan yang
dipesan oleh orang tua bahawa tatamu yang datang ke rumah kita akan membawa
pintu rezeki. Oleh kerana pekerja berkenaan mahu cepat untuk pergi ke lokasi
lain untuk baiki satu lagi aduan kerosakan. Ia tidak sempat minum. Oleh itu
bagi membolehkan ianya minum penulis
memberi RM10.00 kepadanya sebagai belanja minum air. Pada mulanya memang dia
tidak mahu ambil wang berkenaan, tetapi setalah di minta berkali-kali olah
penulis ia mengambilnya walaupun kelihatan diwajahnya amat berat sekali.
Dengan
pemberian itu, bagi duit yang ada dalam dompit penulis hanya RM5.00 sahaja.
Penulis hanya mengharapkan cek yang belum di cashkan akan dapat mendanpung
perbelanjaan untuk esok dan hari-hari berikutnya. Sungguhpun begitu Allah telah
memperlihatkan kepada penulis bahawa apa yang diceritakan di dalam Al-Quraan
tentang bersedekah akan di bukakan pintu rezeki. Telah di buktikan kepada
penulis kebenaran ayat-ayat Allah itu kerana pada sebelah petang jam 6 petang.
Anak penulis yang pulang dari tempat kerjanya datang membawa wang tunai
RM1,500.00 yang dikirimkan oleh kawan penulis sebagai duit yang dijanjikan
untuk dipinjamkan beberapa hari lepas. Subahanallah. Betapa benarnya ayat-ayat
Allah yang di catit di dalam Al-Quraan.