Sentiasa menyimpan rahsia
rumah tangga:
Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada
nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan
bahagia akan mampu menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang
berkualiti. Untuk itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya
berkenaan ilmu rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga.
Betapa tidak, rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan
rumah tangga mereka.
Cukuplah sekadar menyediakan makan pakai serta
menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan
merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah kes
perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang sudah tua.
Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini menyebabkan
pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak, sumbang
mahram dan seumpamanya.
Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah
tangga adalah aspek yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga
kerana di antara unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan
pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali
rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka
menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.
Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan
sebenarnya adalah terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui
kedudukannya seperti:
1. Rahsia khusus: Rahsia-rahsia khusus adalah
hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada
pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam
kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah
Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu
ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan
dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang
dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara
mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.
2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan: Mungkin
ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan
menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala
maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya
harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya
akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri
Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh
hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur
atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan
pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat
terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.
3. Rahsia Harta Benda: Harta benda dan
kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh
isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah
tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga
yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami
melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga
kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.”
(at-Thabrani)
Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya
adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi
tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu,
Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain
tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika
ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan
batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.” (Bukhari dan
Muslim)
4. Rahsia Bilik Tidur: Inilah rahsia yang
paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang
berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya
menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya
sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada
pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri.
Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur
anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka
supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik
ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam
al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada
waktuwaktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang
berehat, bersantai atau tidur.
5.
Rahsia Berhubung Soal Maruah: Maruah
melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang
maksudnya: “Adapun wanita wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang
patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya
sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34) Dalam hal ini banyak
perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku
curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.
6. Rahsia Berhubung Nafkah: Dalam hal ini
suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri
dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai
dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu
boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan
nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan
sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri atau pun umpatan orang
lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.
Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar)
adalah yang paling utama mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi
suami atau isteri. Tidak seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri
bertindak meluahkan perasaan dan menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar
sebelum cuba menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan
tidak ditemui jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa
diluahkan kepada pihak ketiga.
Contohnya sebagaimana
peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang wania
mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Pada awalnya,
Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh dikenakan qisas (pukul dibalas
pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun wahyu yang membolehkan suami
memukul isterinya dalam keadaan tertentu iaitu dengan tujuan mendidik
(bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul kerana geram). Secara tidak
langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan
menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.
Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan
bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat
demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul
masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat
diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri
merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan
penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain,
rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa
perkara harus diambil kira iaitu:
i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai
Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal
dalaman rumah tangga kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang
tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi
jikalau ia melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu
itu adalah orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah
dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin
menjadi penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman
rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh
membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam
membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.
ii) Membuka Rahsia yang sesuai
Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap
merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua
rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan
dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan
disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.
iii) Merujuk kepada Hakam
“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami
dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan
pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di
mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu
menyelesaikan kes yang dihadapi.
Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang
maksudnya: “Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya
(suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang
hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)
Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke
atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan
kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang
mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil,
boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di
mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan.
Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu
untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara
kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan
memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada mahkamah.
iv) Merujuk kepada mahkamah
Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan
penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah
“hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah
boleh
membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga
tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan
hakim atau mahkamah.
Mengambil Iktibar:
Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman
Rasulullah s.a.w. seperti kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga
rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’
di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya
kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada
sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi
tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri,
Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid.
Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima
perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang
diterimanya.
Biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal
rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan
memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat
sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping
itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita.
Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”
Bagi saya isteri
adalah yang terbaik dalam kehidupan keluarga kami, namun begitu setiap insan
yang bergelar manusia mesti ada kelemahanya, Cuma bezanya peratus kelemahan
seseorang adalah berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Secara reality dalam
kehidupan hanya Baginda Nabi Muhammad SAW yang sempurna segala-galanya. Pun
begitu baginda sentiasa beristighfar lebih 70 kali dalam sehari semalam
(hadis).
Bagi mempastikan
perhubungan diantara suami dan isteri sentiasa aman, damai dan harmoni, saya
mengamalkan tabiat suka menyimpan rahsia tentang kelemahan dan keburukan isteri.. Semua
rahsia ini disimpan untuk diri saya sahaja dan sebagai pedoman untuk saya mencari
kaedah terbaik bagaimana untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada
isteri. Semoga dia akan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dan tidak lagi mengamalkan perangai
yang buruk dalam hidupnya di masa hadapan.
Satu amalan yang saya
sentiasa praktikkan ialah saya tidak
memberi tumpuan sangat sifat buruk isteri, kerana bagi saya sifat itu hanya
dalam lingkuan kurang 10 - 15% sahaja daripada keseluruhan sifat-saifat baik
yang terdapat pada isteri. Islam juga mengajar umatnya untuk melihat kebaikan bukan keburukan
seseorang. Lagipun agama Islam mengajar
umatnya supaya menjadi pemaaf. Kerana Allah semanagnya mempunya sifat Maha Pemaaf
dan Pengampun. Apabila kita menjadikan diri kita sebagai seorang yang sentiasa
berfikiran positif, jika ada kelemahan yang dilakukan oleh isteri, saya akan membuat
analisa terlebih dahulu dan dapatkan punca kenapa ianya berlaku, apakah faktor yang
menyebakan isteri membuat perkara yang
tak baik, juga dianalisa kesalahan itu sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Sehingga kini tidak
ada kesalahan dosa besar yang dilakukan oleh isteri saya. Sekali sekala ada
dilakukan kesalahan kecil yang boleh
dimaafkan. Disamping itu saya akan bertindak
untuk memberi nasihat secara bijaksana
supaya isteri dapat memperbaiki dirinya.
Sebagai seorang suami, jika kita berjaya mendidik isteri yang melakukan
kesilapan, untuk balik ke pangkal jalan dan bertaubat terhadap kesilapan yg
dilakukan. Mungkin ia lakukan tanpa disengajakan atau disebabkan oleh
kejahilannya. Suami patut beri peluang kepada isteri untuk memperbaiki
kesilapan, dan bantulah isteri untuk memperbetulan kesilapannya itu supaya
dapat dikembalikan kepada landasan agama yang betul.
Saya berperinsip,
jika kita ingin orang lain membuat perkara baik ke pada kita, diri kita terlebih
dahulu perlu menjadi baik untuk orang lain, berpekerti mulia didasarkan kepada
acuan agama Islam. Jika diri kita sendiri dapat mengamalkan segala suruhan
agama pada setiap masa. Maka isteri kita juga akan mengikut tingkah laku kita
dan akan menjadi isteri yang sangat menghormati suami dan punyai budi pekerti
yang baik dan mulia.
Hasil amalan sebegini menjadikan hubugan suami isteri kami
berdua selalu intim dan mesra, malah suasana kehidupan seharian kami ibarat
sumi isteri yang baru sahaja mengalami kehidupan malam pertama perkahwinan dan
membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang tidak pernah pudar di telan zaman. Sungguhpun perkahwian kami telah
melewati tempoh 34 tahun.
jika kita sentiasa
mengamalkan sikap berpandangan positif, hidup kita menjadi ceria pada setiap
masa. Kerana bagi saya jika terdapat
sesuatu masalah dalam rumah tangga saya lebih cepat membuat tindakan untuk
menghisbah diri – direnungi kepada diri
saya dahulu, tentang apakah kesalahan yang dilakukan menyebabkan Allah memberi
musibah. Setelah itu barulah dilihat keluar tentang kelemahan isteri dan
anak-anak. Kita juga mestilah mempunyai sangkaan
baik terhadap musibah yang Allah berikan kepada kita dengan tanggapan bahawa
Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan kita, bagi membolehkan Allah
meningkatkan lagi darjat kita. Kerana firman Allah. “ Adakah manusia itu akan
memperolehi kebaikan nikmat dari Ku sebelum mereka di uji “ (Quran). “ Selepas
kesusahan akan tiba kerahmatan dan kenikmatan Allah.” Ini diantara prinsip yang
dipengang oleh saya dalam kehidupan ini. Oleh itu, bila kita sentiasa berserah
diri kepada Allah setelah kita berikhtiar untuk lakukan sebaik mungki.
InsyaAllah kita akan memperolehi hasil yang
baik dengan pertolongan dari Allah.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Sisuami perlu sentiasa menjaga kerahsiaan
keburukan si isteri. Inilah sifat seorang suami yang akan mendapat keredaan
Allah. Kerana Islam mengajar penganutnya supaya menjaga rahsia orang lain
terutama kelemahannya.
2.
Suami sebagai ketua
keluraga adalah menjadi tanggung jawab untuk menjaga rahsia tentang keburukan
isteri dan anak-anaknya. Kerana keburukan pekerti isteri dan anak-anak adalah
menjadi tanggung jawab suami untuk memberi nasihat dan juga mendidik mereka supaya menjadi baik dan
tidak mengalami kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
3.
Islam mengajar
umatnya supaya sentiasa menjaga kerahsiaan dan keburukan orang lain yang kita
ketahui. Tujuannya supaya tidak timbul fitnah dalam kehidupan sehairan
masyarakat. Jika banyak berlaku fitnah memfitnah dalam kehidupan masyarakat,
akan timbul perhubungan kemasyarakatan yang agak tegang dan dalam tempoh
jangkan panjang akan berlaku permusuhan yang lebih besar. Oleh itu Islam
menganggap ‘fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh’ (rujukan hadis).
4.
Jika sisuami
merahsiakan kelemahan isteri daripada pengetahuan orang lain, maka sifat ini
juga akan diikuti oleh si isteri dan anak-anak mereka, Keadaan senbegini yang
wujud dalam sesuatu keluaraga akan melahirkan suasana perhubungan kekeluargaan
yang lebih baik kerana ahli keluaraga
mempunyai tabiat suka menyimpan rahsia keburukan orang lain. Akhirnya akan
melahirkan sistiasi persikataran keluraga yang harmoni dan ceria. Dan
suasana beggini jika dapat diwujudkan
dalam sesebuah keluarga itu, maka
matlamat untuk mewujud kan konsep ‘Rumah Ku Syurga Ku “ akan wujudkan.
5.
Perhubungan yang
mesra dan erat dalam sesbuah keluarga itu, akan menjadikan perisai kepada syaitan trerutamanya dan juga manusia
lain daripada mempengaruhi pemikiran dalam ahli keluarga. Jika situasi sebegini dapat diwujudkan dalam
setiap isi rumah, maka akan tercapailah cita-cita kita semua untuk menjadikan
Keluarga Bahagia dalam sesebuah Negara.