“ PANIK dan tidak tahu apa yang perlu
dilakukan. Begitulah reaksi jika ada antara ahli keluarga anda tiba-tiba
diserang strok. Insan yang tersayang kini tidak mampu bergerak mahupun
menguruskan diri.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu proses pemulihan pesakit strok.
Selain itu, kemahiran yang betul dapat membantu pesakit strok pulih dan berasa lebih selesa.
Bagi membantu orang perseorangan mempelajari teknik penjagaan pesakit strok, sebuah pusat dikenali dengan nama Akademi Energy menawarkan kursus yang berkaitan.
Pengasasnya, Datin Ramona Suleiman memberitahu, pengalaman menjaga ibunya yang diserang strok memberi idea kepadanya untuk menganjurkan kursus tersebut.
Kebetulan Pengarah Eksekutif Akademi Energy, Rahatul Baney bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini kerana ramai pesakit strok kurang selesa disebabkan penjaga mereka tidak tahu apa sebenarnya keperluan pesakit.
Akademi itu memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti kursus penjagaan khusus untuk pesakit strok dan diabetes.
"Rupa-rupanya di Malaysia tidak ada kursus yang dijalankan secara profesional tentang penjagaan pesakit strok. Kebanyakan penjaga tidak mempunyai pengalaman. Keadaan ini menyebabkan pesakit tidak selesa," jelasnya Datin Ramona.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan penjaga adalah pemeriksaan darah, mengemas katil pesakit, memindahkan pesakit dari kerusi roda ke katil dan senaman seperti fisioterapi.
Berkongsi pengalamannya, Ramona memberitahu tidak mudah menjaga pesakit strok. Apatah lagi jika pesakit mempunyai berat badan yang lebih daripada penjaga mereka.
"Namun, saya yakin jika kita melakukannya dengan teknik yang betul, kita dapat memberi keselesaan kepada pesakit. Mereka akan lebih positif dan bersemangat," jelasnya.
Antara silibus menarik di akademi itu adalah mempelajari senaman yang betul untuk pesakit strok.
Bagi Baney pula, kaedah senaman atau fisioterapi akan menjadi lebih berkesan sekiranya penjaga mempunyai pengetahuan mengenai otot, saraf dan tulang pesakit strok.
"Ini penting untuk diadaptasikan dengan teknik senaman yang memberi keselesaan kepada pesakit strok. Dalam masa yang sama, kita boleh membantu pelancaran aliran darah dalam badan mereka," ujarnya.
Tambah Baney, teknik ini melibatkan sentuhan manusia kerana ia penting dan setiap orang memerlukannya.
Dengan teknik yang betul, katanya, boleh meredakan kesakitan, memberi ketenangan serta mengurangkan tekanan.
Ia berbeza dengan senaman menggunakan mesin, penjaga yang terdiri daripada ahli keluarga pesakit tidak dapat berinteraksi dan bersentuhan. “

Cerita di atas adalah artikel yang saya
daptkan di salah satu blog bagi mereka yang mempunyai pengalaman menjaga dan
merawat pesakit strok dari kalangan ahli keluarga terdekat yang kita sayangi.
Pengalaman saya pada hari pertama menghadapai isteri yang strok sebelah tubuh
akibat (AVM) 15 tahun lalau memang begitu cemas sekali. Pertamanya diri kita
akan diselubungi dengan pelbagai perasaan takut dan tidak ketentuan untuk
menghadapi masalah isteri yang di sayangi dan juga ibu kepada 7 orang anak-anak
saya yang masih bersekolah lagi. Lebih merisaukan tentang masa depan anak bongus yang baru
berusia 4 tahun yang tidak mengerti apa-apa lagi.
Bagi membuktikan “sentuhan keluarga”
adalah amat penting untuk membantu pesakit strok memulihkan keadaan sakit dari
segi mental dan fizikal. Yang paling penting kita yang akan menjagi pesakit
mestilah bersedia dengan mental dan fizikal untuk membantukan mereka yang
sakit. Perlu di lakukakan dengan seikhlas-ikhlasnya kerana ini adalah penting,
pengalaman saya jika semasa lakukan bantuan kepada pesakit saya lakukan dengan
ikhlas kerja-kerja kita akan jadi mudah dan respon dari pesakit juga mudah. Sebaliknya
pada masa-masa tertentu saya ada perasaan bosan atau malas semasa membantu
pesakit, reaksi dari pesakit memang boleh nampak dimana dia kelitahan tidak
selesa dan mudah memberi respon yang negetif, contohnya semasa mencuci najis,
jika dilakukan tanpa ikhlas menyebabakan pergerakan tangan kita semasa membasuh
dan mencuci naji agak kasar dan ini dapat di rasa oleh pesakit.
Sebaliknya semasa kita berkeadaan emosi
yang baik dan dapat lakukan kerja
membantu pesakit akan dilakukan dengan pergerakan yang perlahan dan
berhati-hanti dan ini akan dirasi oleh pesakit dan seterusnya dia akan memberi
respon yang positif dan memperlihatkan keselesaan serta pesakit berwajah senyum
atau ceria. Jika ini menjadi suasana keceriaan dalam kehidupan seharian pesakit
strok IsyaAllah peluang untuk kembali sembuh adalah lebih cepat kerana mindanya
sentiasa dalam keadaan tenteram dan ceria akan memberi kesan amat positif
keatas pertumbuhan tisu-tisu otak yang rosak dalam proses penyembuhan
semulajadi.
Walahualam.
Sumber : Pengalaman peribadi ; info
kesihatan