Friday, July 4, 2014

Intipati Khutubah Jumaat - Puasa Ramadan



INTIPATI KHUTUBAH JUMAAT – 6 RAMADAN 1435H
 Masjid Mukim Panji, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ikhwanilmuslimin,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh  melaksanakan segala perintah Allah, samada berupa suruhan atau larangan, ketahuilah bahawa hidup tanpa taqwa adalah sia-sia kerana syurga Allah itu disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Salah satu daripada  perkara-perkara sangat berkesan untuk membentuk manusia yang taqwa menurut ajaran Islam ialah dengan melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah SWT maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu  berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada para hambaNya kita diizinkan bertemu lagi di dalam bulah Ramadan, penghulu segala bulan, didalam bulan ini Allah telah menurukan Al-Quran dan didalam bulan ini juga terdapat Malam Qadar yang terlebih baik daripada seribu bulan. Alllah SWT menjadikan bulan Ramadan sebagai musim dan peluang untuk memperbanyakkan pahala amal ibadat dan kebajikan. Bulan ini sangat berharga bagi orang-orang mukmin yang cerdik dan berwawasan. Kerana dalan bulan Ramadan pahala puasa dan segala amal ibadat yang diakukan dengan betul dan ikhlas akan dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT dan menjadi bekal akhirat yang berkekalan. Sabda Rasulullah SAW : ertinya: “Wajib atas kamu berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiak ada bandingan.”

Allah mewajibkan puasa Ramadan dan menjadikan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Umat Islam sudah bermaufakat mengatakan bahawa puasa Ramadan adalah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang termaklum dengan senangan dan mudah, sesiapa yang meninggalkan puasa atau mempersendakan kefarduannya jadi kafir, Muratad dan terkeluar daripada agama Islam. 

Sesiapa daripada orang Islam yang tidak berpuasa Ramadan bererti ia telah melakukan dosa bersar mencabul kehormatan Ramadan.  Sabda Rasulullah SAW ; maksudnya “ sesiapa berbuka (tidak berpuasa) satu hari (disiang hari Ramadan)  tanpa keuzuran atau sakit maka ia tidak dapat ganti dengan berpuasa seumur hidup senadainya ian berkuasa.

Alangkah ruginya orang yang diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan tetapi tidak dapat berpuasa dan berqiam Ramadan dengan amal ibadat dan kebajikan. Para sahabat RA menjadi contoh kepada kita, mereka telah memenuhi tuntutan Ramadan dengan berpuasa, berqiam malam mengerjakan ibadat, beriktikaf di masjid dan  berjuang di medang perang.

Tunaikan lah ibadat puasa dengan menahan diri daripada makan, minum, berjimak dan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa. Bermula daripada terbit fajar hingga jatuh matahari dengan niat berpuasa, jagalah adab-adab berpuasa dengan menahan segala anggota daripada melakukan sebarang maksiat, kawallah hati dan fikiran daripada sifat-sifat tercela dan usahalah dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai puasa yang sempurna. Ia itu pauasa orang-orang soleh.

Lima perkara yang membatalkan puasa; iaitu, berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan penuh bernafsu.

Sabda Rasulullah SAW :” sesiapa yang tidak mahu meninggalkan perkataa dusta dan terus melakukannya, maka bagi Allah tidak ada apa-apa keperluan ia meninggalkan makan dan minum.”
“ Ramai orang yang berpusa sedangkan habuan yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga . Ramai yang berqiam (membuat ibadat Ramadan) sedangkan habuan yang diperolehi ialah kepenatan atau berjaga malam sahaja”.

Jangan lupa  bagi orang-orang yang berpusa melakukan beberapa perkara:

1.       Makan sahur walaupun dengan sedikit makanan atau minuman dengan kadar masa masih sempat membaca 50 ayat daripada Al-Quran sebelu habis wakatu.

2.       Disunatkan berubuka puasa dengan buah tamar atau dengan air sejuk atau benda-benda manis.  Jangan lupa berdoa selepas berbuka puasa kerana masa itu sangat mustajab.

3.       Pastikan solat magharib terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lebih berat kerana ianya adalah sunnah Rasulullah SAW. Cara ini lebih rihat dan menjaga kesihatan.

4.       Pastikan makanan dan minuman adalah dari sumber yang halal, sebaiknya dimasaknan sendiri kerana lebih berkat dan bersih.

Semoga ibadat puasa kita semua pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 

Wallahualam.

Monday, June 30, 2014

APA ITU REZEKI ?



APA ITU REZEKI ?

Post ini saya kemukakan sebagai renungan bersama setelah saya membaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” tulisan saudara Faturi Salehuddin. Serta saya bandingkan dengan pengalaman yang dihadapi sendiri oleh saya dalam menjalani liku-liku hidup dalam mencari rezeki Allah yang halal untuk seisi keluarga.

Menurut pengarang Tafsir Al-Quran Asy-Sya’rawy. “Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manafaatnya, samada halal ataupun haram, samada baik ataupun buruk”.

Sudah tentu tafsiran di atas mengubah pesepsi kita tentang rezeki. Dalam fikiran kita selama ini, yang dikatakn rezeki tentulah yang baik-baik sahaja. Justeru kita akan rasa gembira apabila mendapat perkara yang baik-baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal yang tidak baik.

Bererti “ apa sahaja yang kita rasakan manafaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita  mengambil manafaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukan rezeki kita, tetapi tezeki orang lain”.

Sebagai contoh, setiap bulan kita membawa pulang sejumlah wang. Sebahagian pendapatan itu kita gunakan untuk membeli barang-barang keperluan dapur, serperti membeli ikan di pasar, jadi jumlah yang dibeli ikan itu adalah rezeki penjual ikan di pasar. Begitulah seterusnya kita gunakan sebahagian wang untuk membeli minyak kereta, maka jumalah itu adalah rezeki penjual minyak di Steyen Pam minyak. Begitulah seterusnya kita gunakan untuk membeli pakaian, ubatan dan sebagainya. Ini bererti dalam pendapatan kita ada rezeki orang lain. “ Milik kita belum tentu rezeki kita”.

SURAH AL-FATIHAH



Muqadimmah Surah Al-Ftihah

“Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”


Surah ini dinamkan “AL-FAATIHAH” (Pembuka atau yang mula-mula). Ia juga dinamakan “Ummu’l-Quran” (Ibu Al-Quran) dan “Ummu’l-Kitab”(Ibu Kitab Suci) kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Quran diturunkan untuk menerangkan satu persatu iaitu:
1.     Menetapakan wujudnya Allah, yang mencipta seluruh alam, (Segala puji tertentu bagi Allah. Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam).

2.     Menyembut kesimpulan  sifat-sifat Al-Jalaal (Kebesaran)dan sifat-sifat Al-Kamaal (Kesempurnaan), sebagai (Yang Maha Pemurah  lagi Maha mengasihani).

3.     Menyatakan kepada manusia tentang hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasana amalnya, sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya (Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).Supaya seseorang tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.

4.     Menerangkan tugas yang kernannya manuisa di ciptakan oleh Allah Taala sebagaimana yang tersebut dalam firmanNya (Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkalulah sahaja kami memohon pertolongan)

5.     Memperkatakan tentang kelemahan  manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah Taala dan izinNya.

6.     Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohonkan daripada Allah Taala ialah memperoleh hidayah dan taufik yang membawa kebahagiaan, dan cara melaluinya(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus) Kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh,dan cara-cara melaluinya banyak, berbilang-bilang dan berlain-lain.

7.     Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang akan menyebabkan kebahagian mereka. Dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka. Sehingga adapatlah ia hidup di dunia dalam keadaan yang selamat dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga.

Surah ini ini juga disebut( tujuh ayat yang di ulang-ulang) bacaannya dalam solat yang berbilang-bilang rakaat. Atau (tujuh dasar yang diulang-ulang)huraiannya di dalam Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya yang bermaksud; “Tidak ada didalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu’l Al-Quran.

Demikianlah kelebihan surah Al-faatihah yang diwajibkan kepada orang yang mengerjakan solat membacanya. Sekurang-kuurang 17 kali sehari semalam. 

Wallahualam. (2 Ramadan 1435H)
Powered by Blogger.