PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
Pertunangan merupakan masa yang
paling mencabar bagi pasangan teruna dan dara. Banyak pantang larang yang perlu
di hadapi di sepanjang tempoh tersebut. Lagi mencabar bila di hasut oleh
syaitan untuk melakukan perkara maksiat.
Jika pasangan yang tidak kuat iman inilah tempuh yang paling mencabar.
Sebagai persiapan untuk menjadi
suami isteri, tempuh pertunangan adalah masa yang paling seusuai untuk pasangan
bersiap sedia. Dengan melatih diri samada menjadi suami soleh atau isteri
solehah.
PERSEDIAAN
DARI SEGI AGAMA
CINTA yang sebenar-benar cinta itu
adalah cinta kerana Allah, Cinta yang
hendak bersama hingga ke SyurgaNYA. Apa-apa yang membawa ke nerakaNYA itu
bukanlah CINTA! dan perlu di jauhi .
Jadi bagaimana hendak bercinta sampai syurga? Sebelum melafazkan tiga perkataan hikmah “AKU TERIMA
NIKAHNYA”
- Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu
saya cukup?
- Adakah saya mempunyai ilmu agama yang cukup untuk
mengajar isteri dan anak-anak.
- Adakah saya mempuyai ilmu yang mencukupi dari segi
pengurusan ekonomi keluarga.
- Adakah saya mempunyai ilmu yang mecukupi untuk mengurus
rumah tangga (masa, krisis, stress , kepimpinan, motivasi, komunikasi
dll.)
Persiapan sebelum kahwin yang
sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan,
pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.
ILMU
SEBAGAI LANDASAN UNTUK MEMBENTUK RUMAH TANGGA
Nikah merupakan amalan yang sangat
mulia di sisi Allah SWT. dan nikah itu adalah merupakan rangkaian dari ibadah.
menikah dalan Islam bukan untuk bersenang-senang, bukan untuk mencari kepuasan
keperluan biologi semata-mata. Sebelum berkahwin pun, kita kena tahu bahawa
apabila berkahwin nanti kita juga akan menghadapi msalah dan untuk mengatasi
masalah itu kita perlukan ilmu.Dengan ilmu, kitaakan tahu apa tujuan yang akan
dicapai dalam sebuah pernikahan iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT, dan
dalam rangka mencari redhaNya semata.Dengan ilmu juga kita akan tahu
tanggungjawab kita sebagai suami/isteri.Setelah berkahwin nanti kita juga akan
diberikan amanah oleh Allah SWT iaitu anak. Kita perlu mendidik anak itu dengan
didikan agama yang cukup agar keturunan yang terlahir dari pernikahan tersebut
tumbuh di atas dasar pemahaman, dasar-dasar pendidikan iman dan ajaran Islam
sejak kecil sampai dewasanya. Sungguh … ini merupakan tugas yang berat dan
tentu saja memerlukan ilmu. Dari sinilah terlihat betapa pentingnya ilmu
sebagai bekal bagi kehidupan rumah tangga muslim.
PERSEDIAAN
DARI SEGI MENTAL.
- Tanya semula pada diri sendiri, iyakah dia pasangan kita
pilih? nak sehidup semati and hidup semula di syurga nanti.. TANYA
beberapa kali pada diri sendiri.. TANYA, TANYA TANYA! Solat Istikharah...
mohon petunjuk.. petunjuk itu datang dari pelbagai cara, alert dan jangan
salah tafsir dengan petunjuk tersebut,minta pendapat orang yang
sepatutnya.. Haaa dah dapat jawapan? kalau jawapan kita adalah “YA! AKU
NAK KAHWIN DENGAN DIA! YA DIA LAH ORANGNYA, AKU YAKIN SERATUS %,”. Maka...
jika keyakinan kita itu kuat .. teruskanlah.. Sebenarnya, Roh kita ini
ibarat sebuah kereta kebal yang dah tahu siapa mangsanya.. maksud saya
disini, Roh kita ni dapat tahu siapa jodoh kita.. Contohnya kita
dihadapkan dengan beberapa pilihan untuk dijadikan pasangan, tetapi hati kita
kuat mengatakan untuk memilih salah satu dari mereka. Walau kekurangannya
jelas, kita mampu menerima. Walau kelebihannya tak kelihatan, kita tidak
mencari.so? teruskan!
- berkenalan dengan keluarga pasangan kita. Adakah kita
boleh menyesuaikan diri dengan keluarga sidia? orang sekarang kata, kita
boleh”masuk” tak dengan family sidia? itulah yang orang tua-tua cakap “
Ekau nak kawen bukan dongan dio jo, tapi dongan keluargo ea sekali” Maka
berkenalanlah.
- bertunang. Bertunang ni tak perlulah nak buat
besar-besaran , cukup sekadar kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja
tahu. Selalunya dalam tempoh pertunangan ini, Allah akan uji macam2 ,
dalam tempoh pertunangan ini juga kita akan lebih mengenali pasangan kita
itu bagaimana orangnya. Rasulullah S.A.W bersabda :
"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan)
perkahwinan."
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)
- Saya ingin memetik kata-kata dari seorang ustaz :
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia
mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak
diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa
pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini
daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan
demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
PERSEDIAAN
DARI SEGI FIZIKAL (tampil cantik dihari perkahwinan)
- Heyy.. kahwin ni once in a lifetime okay!! Jangan jadi
pengantin gemuk.. lepas kahwin kau nak gemuk takpe, atleast nanti kalau
lepas kahwin gemuk boleh la kita tunjuk gambar kawen kita kat anak-anak kita
sambil cakap “ tengok ni dulu mama kurus taw.. cun je.. sebab tu papa kita
terpikat kat mama”
DIET ! Dapatkan berat badan ideal, semak BMI kita ok ke tak. Selain rasa
kasih dan sayang,matlamat sesebuah perkahwinan juga adalah untuk
mendapatkan zuriat. Perempuan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus
menyukarkan kehamilan,Wanita yang obes pula mempunyai risiko mengalami
kompilasi semasa bersalin. So, DIET DIET DIET! Turunkan berat badan
maksimum 1KG seminggu. Jangan lebih, sebab penurunan berat badan yang
ekstrem boleh menyebabkan penyusutan nitrien simpanan dalam badan.
- Hair Treatment . Buat lah dalam seminggu dua kali
secara berturut-turut, sampai la menjelang hari bersejarah kita.
- Rawatan WAJAH . Seterusnya yang perlu kita buat adalah
rawatan wajah. Seelok-eloknya dua bulan sebelum hari pernikahan tu kita
dah mula lakukan rawatan wajah secara berkala. Sebab Rawatan wajah ni
berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan segala kotorang yang
melekat pada kulit kita tu. kita akan rasa lebih cantik dan yakin di hari
bahagia kita nanti.
- Rawatan BADAN. Lakukan rawatan badan. Biasanya
bakal-bakal pengantin akan buat lulur. lulur zaman sekarang ni dah
macam-macam siap boleh pilih rasa dan aroma lagi.Untuk nak dapatkan lulur
ni pun tak susah dah.. banyak spa yang buat rawatan lulur ni. Lulur ni
akan buat kita rasa lebih rieks dan tenang.
PERSEDIAAN
MENJADI SUAMI SOLEH
Dalam menuju alam rumahtangga,setiap
yang bakal bergelar suami perlu memiliki cita-cita untuk menjadi suami yang
soleh.Banyak persiapan yang perlu dilakukan seperti ilmu agama,kesihatan mental
yang baik(boleh berfikir secara rasional),menerima segala sifat yang ada pada
isteri,banyak bertolak ansur,memahami pasangan dengan sedalam-dalamnya setelah
berkahwin,sikap saling percaya-mempercayai dan banyak lagi yang tak sempat nak
disebut disini.Bab kata ustaz azhar,bila sang suami menjawab,aku terima
nikahnya..maka segala kelakuan isteri akan terletak dibahu suami.Jika waktu
belum berkahwin isteri dah pandai jaga diri,menjaga ikhtilat dengan lelaki
ajnabi maka selepas berkahwin pun insyaAllah ia lebih lagi menjaganya..inilah
yang dinamakan isteri solehah.Kalau sebaliknya,tugas suami untuk mendidik
isteri supaya mengikut hukum-hukum Islam.
1.
Menberikan
nafkah dan keperluan yang halal dan baik
Salah satu
tugas suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya, tentunya
nafkah yang baik lagi halal, dan tidak berlebih-lebihan yang dapat membuat
isteri dan keluarga hidup mewah, boros dan sombong. Berilah nafkah yang wajar
sesuai dengan kemampuan, namun tetap bersungguh-sungguh mencari nafkah sebagai
bentuk tanggungjawab sebagai suami.
2.
Berdandanlah
untuk istri anda
Sama
halnya dengan suami yang menginginkan isterinya kelihatan manis untuknya,
setiap isteri juga menginginkan suaminya berdandan untuknya.Sebagai contoh,
ingat, bahwa Rasulullah SAW selalu menggosok giginya terlebih dahulu sebelum
menemui istrinya setelah bepergian. Beliau juga selalu menyukai senyum yang
paling manis.
3.
Panggilah
isteri anda dengan nama yang ia sukai.
Rasulullah
SAW mempunyai nama panggilan untuk istri-istrinya yang sangat mereka sukai.
Panggilah istri anda dengan nama yang paling indah baginya dan hindari
menggunakan nama-nama yang menyakitkan perasaan mereka.
4.
Jangan
memperlakukan seorang istri seperti lalat.
Kita tidak
pernah menghiraukan seekor lalat didalam kehidupan kita sehari-hari, tahu-tahu
dia menjadi penyakit buat kita. Sama halnya seorang istri yang berbuat baik
sepanjang hari, jika tidak pernah mendapat perhatian dari suaminya, maka dia
juga akan memperlakukan suaminya bagai sebuah penyakit. Jangan sekali-kali perlakukan
dia seperti ini; kenali semua kebaikan yang dia lakukan dan pusatkan perhatian
padanya.
5.
Jika anda
melihat kekurangan istri anda, tegur dengan lemah lembut!
Ini adalah
cara bijak yang juga dilakukan oleh Rasulullah SAW. kadang isteri kita memasak
kurang sesuai dengan kesukaan atau selera kita, atau cara berdandannya kurang
baik atau berlebih-lebihan. Ketika terhadap suaminya, ia berdandan semaunya,
tetapi ketika bepergian dandanannya menor membuat orang lain memandanginya.
Maka sepantasnya kita memberitahu dengan sikap yang lemah lembut dan
menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaannya. Termasuk jika melakukan
sesuatu yang tidak pantas dilakukan istri-istri kita. Ini adalah teknik bagi
seorang muslim sebagai kepala rumah tangga.
6.
Tersenyum
untuk istri anda ketika melihatnya.
Senyuman
adalah sedekah dan isteri anda termasuk ummat muslim juga. Bayangkan hidup
dengannya dengan senyum yang selalu terlakar. Ingatlah, sunnah juga menerangkan
bahwa Rasulullah SAW selalu mencium isterinya sebelum pergi sholat ke masjid.
7.
Berterima
kasihlah untuk semua yang dia lakukan untuk anda.
Sekecil
apapun yang istri anda lakukan buat anda, jangan sekali-kalli menganggapnya
sebagai sia-sia, Berterima kasihlah, kerana ucapan terima kasih anda sungguh
berarti bagi isteri anda dan akan terukir indah dihatinya. Ambil contoh,
ucapkan terima kasih ketika usai makan malam yang dia sediakan. Juga untuk
kebersihan rumah.
8.
Jangan
kecilkan kemahuannya
Kadang-kadang
seorang suami perlu merealisasikan permintaan istrinya. Rasulullah SAW
memberikan contoh buat kita dalam sebuah kejadian ketika Safiyyah radhiyallahu
‘anha menangis karena dia (Safiyyah) berkata bahwa beliau (Rasulullah)
memberikan sebuah unta yang lamban. Rasulullah pun menyapu air matanya,
menghiburnya, dan membawakannya sebuah unta yang lain. Tentulah pemberian yang
secukupnya sesuai dengan kemampuan kita.
9.
Bergurau
lah dengan isteri anda.
Lihatlah
betapa Rasulullah SAW pernah bertanding lari dengan istrinya Aisyah
radhiyallahu ‘anha di sebuah padang, dan membiarkan Aisyah menang. bila kali
terakhir kita melakukan hal seperti itu?
Ingatlah selalu sabda Rasulullah SAW:
"“Yang terbaik di antara kalian adalah yang
memperlakukan keluarganya dengan baik. Dan aku adalah yang terbaik
memperlakukan keluargaku”. Cobalah yang terbaik. Sebagai kata akhir: Jangan
pernah lupa berdo’a kepada Allah Azza wa Jalla, agar membuat pernikahan anda
bahagia.
PERSEDIAAN
MENJADI ISTERI SOLEHA
“Seorang
wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kita mengutamakan yang
beragama, nescaya kita berbahagia.” ( Sahih Bukhari dan Muslim)
ada hadith bertaraf hassan yang
boleh dijadikan rujukan:
“Apabila
orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah
dia, jika tidak kita lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan
kerosakkan yang besar.” (Sunan Tirmizi)
Memang la tak dinafikan bagi
sesetengah orang hal jodoh ini sangat memeningkan. Kerana itu, kena banyakkan
munajat pada Allah.
- Solat istikharah.
- Solat hajat.
- Banyakkan berpuasa sebagai benteng menahan diri
sementara sebelum berkahwin.
"Sebaik-baik
wanita apabila diberi sesuatu dia bersyukur.., Tidak diberi apa-apa dia
bersabar..,"
Mempunyai
Rasa Tanggungjawab
Tahu tanggungjawab dalam diriTahu
apa tanggungjawab sebagai seorang manusia, dan tugas-tugas sendiri.
Tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu. BUKAN HANYA TAHU TAPI
LAKSANAKAN. "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu. berpuasa
di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat suaminya, masuklah mana-mana
pintu syurga yang dia mahu" (Hadis Riwayat Imam Ahamad)
Menjadi
Pasangan yang Baik
Kawal perasaan dan emosi,terima seadanya,jujur
dan kurang rasa cemburu tu antara ciri-ciri nak jadi ke arah pasangan yang
baiklah tu namanya.
"Isteri
yang menjadi penghuni syurga adalah isteri yang penuh kasih sayang, ramai anak,
selalu kembali kepada suaminya. Ketika suaminya marah, dia datang dan
meletakkan tangannya sambil berkata 'Aku tidak dapat tidur sehingga engkau
reda' " (Riwayat al-Nasai)
Ikhlas
dan Bersungguh-Sungguh
Ikhlas dengan kehidupan
berumahtangga, bersungguh-sungguh nak bina sebuah institusi keluarga yang
mantop Jangan awal-awal ja bersungguh-sungguh gosok baju suami, masak kat dapur
pung pang pung pang. Last-last makan mamak sebab malas masak rumah macaam
tongkang pecah.
Menjadi
Suri Rumah Yang Bijak
Ini aset yang memang seorang suami
nak pada isteri.Siapa tak suka dapat isteri bijak-bijak ni, pandai buat pilihan
dan cekap urus rumahtangga.Apa pun boleh! Masak boleh, jahit boleh, jahit
labuci boleh..Serba bolehlah senang kata. Berkaliber, berkarisma, pandai
memimpin dapur.Urus perbelanjaan rumah pun senang.. Tak payahlah suami nak
pening-pening kepala sorang-sorang fikir masalah.. Ehem. Sebab tu lah keluar
ayat ni 'disebalik kejayaan lelaki dibelakangnya adalah wanita'. Wahhh..Bila
rumahtangga diuruskan isteri dengan baik, prestasi suami cemerlang, rezeki pun
masyyhhhuuukkk, isteri senang, rumahtangga pun aman.. :)
"Wanita
di dunia lebih baik daripada bidadari, sebagaimana yang zahir lebih baik dari
yang batin"
Menyenangkan
Apabila Dipandang
Sedap mata memandang walaupun kat
rumah. Pandai-pandai dandan dan hias diri sendiri untuk suami. janganlah muka
bangun tidur tak basuh, muka rambut serabai macam singa tak makan setahun, baju
bertahi lalat bintik-bintik dengan kain batiknya lagi.
"Sebaik-baik
wanita apabila diperintah dia taat, menyenangkan apabila dipandang serta
menjaga diri dan harta suaminya"
Syurga
Menjadi Matlamat
Jadilah wanita yang solehah, bina
keluarga sakinah dan jadikan syurga sebagai matlamat.
"Dan
sesiapa yang taatkan Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke dalam syurga
yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan
itulah kejayaan yang amat besar" (Surah An-Nisaa':13)
Menawarkan
Diri
Takyah nak tunggu disuruh-suruh,
faham-faham je lew.. Rajin-rajinlah menawarkan diri untuk apa jua kerja.
"Ada
4 wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah
Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah
binti Khuwailid, isteri Rasulullah dan Fatimah binti Muhammad, puteri
kesayangan Rasulullah." (Hadis Riwayat Bukhari)
Senang cerita setiap bakal pengantin
kenalah bersedia dari pelbagai aspek.. Apabila sudah berkahwin kenalah saling
menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.kena ingat bahawa kita
diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Sumber :
purple perfect