KENAPA
ORANG CINA BERJAYA DALAM BISNES
Bismillahhirohmannirohim..
Hari ini merupakan hari yang paling
gembira dalam kehidupan saya setelah bersara daripada kerja. Syukur
Alhamdulillah. Tentu anda semua bertanya kenapa ?
Jawabannya ialah pada hari ini 20
Januari 2015. Saya telah dapat membaca buku hasil tulisan sulung saya bertajuk “
Bercinta Sampai Syurga”. Yang di terbitkan oleh PTS PUBLISHING HOUSE.
Dalam pasa saya tercari-cari artikel
untuk di muatkan ke dalam bolg saya. Terbaca satu catatan berkaitan dengan “KENAPA
ORANG CINA BERJAYA DALAM BISNES.
Bila saya teliti banyak perkara yang
boleh kita ambil iktibar dari orang cina dalam mana mereka mengurus perniagaan
mereka.
Berniaga
bukan satu kerjaya kerana terpaksa, ia memerlukan satu komitmen yang cukup
besar dan minat yang mendalam. Hanya mereka yang mempunyai daya usaha
berlipat kali ganda sahaja yang akan melepasi halangan dan cabaran sehingga
tersenarai dalam "ranking" usahawan berjaya. Sebagai seorang usahawan
juga saya begitu tertarik dan teruja membaca catatan setebal 150 muka surat
oleh seorang pengarang Cina Muslim yang menerbitkan buku bertajuk "Rahsia
Bisnes Orang Cina". Catatan yang padat dengan tip-tip perniagaan
orang cina ini banyak membantu saya untuk berfikir semula dan bertanya
"adakah ciri-ciri itu tiada di dalam jatidiri orang-orang melayu
khususnya. Buku karangan Ann Wan Seng ini mencatatkan:-
1.
Sejarah Bisnes Orang Cina
- Sejarah
yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan
mereka kuat. Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka
harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat
membantu mereka. Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam
perniagaan. Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan
sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga
sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.
- Orang-orang
cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung
dan India estate. Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan
mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.
- Perniagaan
orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka
menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.
- Peniaga
orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu
perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.
2.
Dunia Bisnes Orang Cina
- Jika
ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
- Persepsi
orang cina kepada perniagaan adalah psitif. Dunia niaga adalah dunia
yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3.
Falsafah Bisnes Orang Cina
- Ajaran
confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat
memberi pencetus kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam
bidang perniagaan.
- Busines
boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang. Banyak
orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka
mengikut orang.
- keuntungan
yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan. Ia perlu
digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada
setengah-setengah orang.
4.
Konsep Bisnes Orang Cina
- Konsep
busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga
saling lengkap melengkapi
- Konsep
meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan
sama-sama"
- Orang
cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan
sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan
kecairan modal yang berkurangan.
- Orang
cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan.
Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
- Peniaga
cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi
mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5.
Prinsip Bisnes Orang Cina
- Orang
cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi
orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina
- Orang
cina sungguh agresif dan tahan lasak
- Orang
cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko
- Orang
cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima
cabaran
6.
Budaya Bisnes Orang Cina
- Orang
cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
- Orang
cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik
ayam.
- Orang
cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan
pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
- Orang
cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
- Budaya
orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"
7.
Sistem Bisnes Orang Cina
- Orang
cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat
- Orang
cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan
membuat pilihan
- Orang
cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan
8.
Seni Bisnes Orang Cina
- Orang
cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah
bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya
- Seni
perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup.
Pengalaman akan mematangkan mereka
- Seni
perniagaan cina berasaskan menang-menang
- Orang
cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu
dilayan dengan baik
9.
Amalan Bisnes Orang Cina
- Tanpa
rugi tidak akan datang untung
- Orang
cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan
latihan
- Orang
cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik
- Orang
cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka
makan gaji tidak menjadikan mereka kaya
- Orang
cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan
perniagaan
10.
Etika Bisnes Orang Cina
- Kerugian
masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang
- Orang
cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor
- Masyarakat
cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan
orang lain. persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang
sebenar
- Tawar
menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi
baik.
11.
Rahsia Bisnes Orang Cina
- Bagi
orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun
kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi
dalam masyarakat
- Kemisikinan,
perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang
cina sentiasa berkerja keras
- Dalam
sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga
dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga
12.
Petua Bisnes Orang Cina
- Petua
untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh
dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
- Pelanggan
sentiasa dijaga
- Peniaga
cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati
pelanggan
13.
Kejayaan Bisnes Orang Cina
- Orang
cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang
amat manis sekali'
- Orang
cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.
- Orang
cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia
memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya
14.
Bakat Bisnes Orang Cina
- Pepatah
orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" -
bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.
- Orang
cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi
akan disanjung oleh masyarakat org cina.
- Orang
cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan
Papua New Guinea
15.
Kemahiran Bisnes Orang Cina
- Pepatah
org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika
seseorang berusaha mencari dan menggalinya"
- Orang
cina tak suka memberi alasan. Mereka berusaha menghapuskan sebarang
alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka
16.
Psikologi Bisnes Orang Cina
- Orang
cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan. Tidak ad
ruang hendak berundur ke belakang
- Orang
cina percaya nasib buruk boleh diubah. Sial dan malang boleh dibuang
dan digantikan dengan nasib baik. Sebab itu orang cina rajin
membuang sial.
17.
Pemikiran Bisnes Orang Cina
- Bagi
orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk
berjaya
- Orang
cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang
geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran
- Pemikiran
yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan
bukan setakat dunia persekitannya sahaja
- Orang
cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan
mood dalam pasaran
18.
Adat Bisnes Orang Cina
- Semangkin
banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk
- Orang
cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan
- Orang
cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis
perniagaan. Mesti dirumah bersama keluarga.
- Pembukaan
perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat
jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.
- Orang
cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan
sesuatu perniagaan
19.
Pantang Larang Bisnes Orang Cina
- Tarian
cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan
pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.
- Orang
cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan
memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu
kebiasaan. hadiah berupa jam, gunting dan benda-benda yang
tajam kerana dipercayai membawa sial. Sebab itu orang cina suka
memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah
labu, patung kura-kura dan katak. Ia akan membawa "ong"
kepada peniaga.
- Ketika
majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan
majlis kematian. Ia akan memberi alamat yang tidak baik.
- Sebab
itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh
menghalau roh jahat
20.
Lokasi Bisnes Orang Cina
- Peribahasa
"Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang
bermutu dan alat pancing yang baik"
- Premis
perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari
- Cina
percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan
menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".
- Warna
memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina. Orang cina suka
mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat
oleh orang lain.
21.
Strategi Bisnes Orang Cina
- Orang
cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar
strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
- Orang
yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak
takut menghadapi risiko
22.
Jaringan Bisnes Orang Cina
- Orang
cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas
perniagaan
- Jaringan
yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana
kemantapannya
- Orang
cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa
bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang
lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan
stok
- Dua
bentuk jaringan orang cina. Satu, melalui pembentukan
persatuan. Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun.
23.
Berniaga Cara Orang Cina
- Letakkan
di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang
- Belajar
teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam
perniagaan. Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24.
Sikap Bisnes Orang Cina
- Masyarakat
lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan
25.
Motivasi Bisnes Orang Cina
- Tidaka
ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos
kepada diri sendiri.
26.
Politik Bisnes Orang Cina
- Jika
hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai.
Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27.
Orientasi Bisnes Orang Cina
- Perjalanan
seribu batu bermula dari langkah pertama
28.
Matalamat Bisnes Orang Cina
- Semangkin
banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di
dalam kantung
29.
Wawasan Bisnes Orang Cina.
- Kesusahan,
kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30.
Warisan Bisnes Orang Cina
- Orang
cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.
31.
Tokoh Bisnes Orang Cina
- Belian
hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang
asal
32.
Tip Bisness Orang Cina
- Orang
yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala
urusan
Setelah saya menliti tip-tip yang
dicatatkan itu ternyata ianya satu amalan yang dilakukan oleh kaya cina saya
dalam perniagaan. Pada masa tahun 80an dahulu kami sama-sama bekerja makan
gaji. Dia sebagai Pengurus Besar di sebuah Syarikat Kuari dan saya sebagai
Pegawai Tadbir di pejabat Kerajaan. Selepas 30 tahun kemudian kawan cina itu
telah berjaya menjadi tuake Pemborong Barang Runcit dengan pendapat juataan
ringgit setahun.
Saya kini hanya sebagai seorang pesara
kerjaan yang jumlah pendapat tak seberapa dan perlu lakukan aktiviti lain untuk
menampung perbelanjaan harian keluarga.
Sedangkan kita semua tahu hadis Nabi
menyebut “ 9 daripada 10 rezeki adalah dalam perniagaan”. Tetapi majoriti kita
orang Islam pandai baca dan berpidato, tetapi tidak tahu nak berusaha dalam
bisnes sehingga berjaya. Majoriti kita bila bisnes selalu gagal dan bankrupt. ?
Diamana silapnya.???