Belailah
Hati Isteri wahai para suami
Untuk
para suami, telitilah saranan ini untuk menjamin kerukunan rumah tangga dan
kebahagiaan suami isteri.
1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami serta sering membantu kewangan
untuk kegunaan keluarga.
2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa
yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu
otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan
bijak serta prihatin. Seterusnya memberi
respon yang boleh menyelesaikan masalahnya juga mengembirakan isteri.
3.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan
canggih daripada emak anda. Atau membandingkan dengan kelebihan wanita lain.
4
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. Jika anda amat memerukan
hubungan intim tunggulah sehingga isteri telah
bersedia atau anda lakukan aktiviti yang membolehkan rangsangan kemahuan
seksnya.
5.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami
juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan
suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jika suami sama-sama membantu
penjagaan anak-anak akan dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan juga suami
akan menjadi idola kepada anak-anak.
6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,
membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila
kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas
tangan. Nabi Muhamad SAW juga sentiasa membantu isterinya menjalankan
kerja-kerja rumah.
7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan
bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut
sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!. Yang lebih baik amalkan makan bersama
isteri dan keluarga bagi mengeratkan hubungan kekluargaan.
8.
Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua
lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah
cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan
kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi
nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga). Memaklumkan kepada isteri terlebih
dahulu sebelum membawa tetamu ke rumah
akan memberi penghormatan kepada isteri dan juga membolehkan isteri
bersedia dan memberi imej baik isteri kepada tetamu.
9.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau
semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Juga jangan jadikan
kebiasan memgatakan sesuatu yang negetif tentang isteri. Sedangkan lebih banyak
perkara positif yang ada pada dirinya. Jika tidak masakan suami memilih dia
sebagai isteri semasa muda-muda dahulu. Kerana pada masa itu isteri adalah di
antara wanita yang terbaik bagi si suami.
1
0. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh
kontrol kentut?. Perbuatan sebegini adalah tingkah laku yang tidak senonoh yang
juga dilarang oleh ugama dan kesusilaan
budaya. Jika isteri kentut di .depan suami juga akan dimarhi oleh suami. Jadi
jika kita tidak suka perkara tak elok dilakukan kepada kita maka kita janganlah
melakukan kepada orang lain.
11.
Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayyang
bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.Islampun mengajar supaya kita menghormati kedua-dua
ibu bapa dan juga mertua. Kerana mereka berdua adalah inasan yang perlu di
hormati dan akan di beri ganjaran pahala kepada anak menantu yang menghormati
mereka lebih-lebih lagi semasa mereka telah tua. Restu keuda ibu bapa dan
mertua akan menjadikan kehidupan kita sekerluarga akan mendapat rahmat Allah
dan juga dipermudahkan rezeki.
12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Hendaklah mempastikn keperluang dapat seerti minyak
masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya sentiasa mencukupi. Ia adalah
tanggung jawab suami yang telah ditetapkan dalam Islam. Jika isteri membantu
membeli kerpeluang ini janganlah di ambil kesempatan oleh suami untuk melarikan
diri dariada tanggung jawab hakikinya. Ingatlah jika suami tidak melaksanakan
amanahnya sebagaiman ditetapkan maka akan dipersoalkan di akhirat kelak.
13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan
isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin
suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong
(lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut). Ingatlah bahawa
perbelanjaan untuk keluarga yang dibuat secara ikhlas dan penuh tanggung jawab
akan diberi ganjara pahala sebagai bersedekah ke jalan Allah.
14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi,
bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.
Susah sangat ke?. Suami juga perlu mengamalkan sikap berdisiplin dan pembersih
dalam segala tindakan di rumah semoga akan menjadi contoh teladan kepada isteri
dan anak-anak. Jika suami seorang yang cincai , pengotor dan tidak berdisiplih
ianya akan menjadi ikutan kepada anak-anak.
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin
bila ada tetamu di rumah saja. rajin membantu isteri lakukan keraja rumah dalah
sunnah Rasulullah SAW. Sikap suka
membantu isteri lakukan kerja rumah akan
mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. Sifat suami ringan tulang untuk
membantu isteri memasak amat berguna sekali apabila berlaku kecemasan seperti
isteri sakit, suami boleh bantu memasak
utuk keluarga. Lebih-lebih lagi apabila isteri mendapat sakit kronik seperti
strok yang mengambil masa agak lama untuk pulih.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.Setiap orang dalam
keluarga ada peranan masing-masing, oleh itu penghormatan perlu di beri untuk membolehkan mereka
melaksanakan tugas masing-masing.
17.
Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat,
tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak
ansur kalau anda buat. Perbuatan sebegini sebenarnya amat di tegah oleh Islam, ia adalah diantara perbuatan yang tergolong di
bawah dosar besar. Tindakan sebegini ibarat memeletakan bom jagka di dalam
rumah tangga kita. Tiba masanya akan meletup dan akan memberi kesusahan kepada
semua ahli keluarga. Fikirlah masak-masak wahai suami kerana seronoknya hanya seketika tetapi deritanya
adalah berpanjangan dari dunia hingga akhirat.
18.
Kalau isteryai nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah
anda mengambil berat tentang dirinya. Tindakan sebegi amat perlu bagi
mempastika isteri sentiasa sihat sebagai suri rumah yang berpernanan besar
dalam rumah tangga kita. Kesihatan isteri yang sentiasa terjaga akan
mengembirakan suami dan anak-anak.
19.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan
buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali. Suami ada penggerak utama dan peneraju dalam
mempastikan terbentuknya rumah tangga bahagia. Oleh itu suami perlu pastika
hubungan kasih sayang dikekal sepanjang masa. Keharmonian hubungan suami isteri
akan memberi kesan kepada kehidupan anak-anak.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami
megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok
pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nati. Seorang suami yang dihormati
bukannya terletak kepada kekuasaan vitonya, tetapi lebih kepada kebolehan
mengurus keluaraga dengan baik, mengekalakan perhubungan kekeuaragaan secara
baik, bersikap tegas tetapi kena pada tempatnya, serta mempunyai tolaransi yang
tinggi dalam hal-hal tertentu dan memberi nasihat secarah hikmah kepada
keluarga.
21.
Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta
maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif.
Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara
yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para
suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Rasulullah SAW adalah seorang suami
yang baik terhadap isterinya. Bersopan santun,
lemah lembut, maja dan membelai malahan boleh dirumuskan baginda adalah seorang
suami yang amat romantis dengan isterinya.
Mudah-mudahan
jika suami amalkan perkara yang digariskan di atas akan mencapai hasrat suami
isteri bahagia dan kesejahteraan rumah tangga. Sama-samalah fikirkan.
Wallahu’alam.