Introducing San Francisco

Monday, December 1, 2014

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA GANJARAN PAHALA JIHAD



 
Di zaman mutkhir ini kita sering mendengar berita tentang ibu bapa yang tua dan uzur tinggal keseorangan oleh anak-anak mereka. Juga kedengaran berlaku perbalahan kerana berebut harta perniagaan di antara bapa dan anak-anak sehigga membawa kes kepada Mahkamah. Juga kita kerap mendengar keluhan dan rungutan anak yang kurang sabar menjaga ibu bapa mereka yang uzur. Beban kerja di pejabat, urusan  rumah tangga dan mendidik anak-anak menjadi tekanan bagi mereka. Apalagi jika ditambah dengan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tua yang uzur dan nyanyok pula.

Jika ditanya pada generasi yang hidup pada zaman moden ini terhadap suatu pilihan, adakah mereka suka hidup serumah dengan ibu bapa atau berpisah - mungkin kebanyakan mereka memilih untuk berpisah daripada bercampur serumah dengan ibu bapa atau mentua. Tidak salah jika mereka mempunyai keinginan untuk hidup mandiri. Tetapi, yang menjadi masalah adalah bagaimana jika ibu bapa kita telah uzur dan perlukan penjagaan dan perhatian anaknya.

Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya. Untuk memastikan niat itu sentiasa terjaga dalam batas ikhlas kerana Allah, eloklah diperhatikan beberapa panduan untuk mendapatkan kekuatan dalaman bagi memelihara ibu bapanya yang uzur.

Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)

Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima.

Yakin dengan pahala daripada Allah.Kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah adalah tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Adakah anda tahu ibadat apakah yang kedudukannya sama tinggi dengan yang pertama dalam pandangan Allah ini?

Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)

Ibnu Abbas menerangkan: “Sesungguhnya ada tiga ayat dalam al-Quran yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain dari sudut kewajipan mengamalkannya.

Pertama adalah perintah taat kepada Allah dan taat kepada Rasul, kedua-duanya tidak boleh dipisah, mesti dilakukan bersama-sama dalam mentaatinya.

Kedua perintah dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

Ketiga adalah perintah bersyukur kepada Allah dan bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa. Kedua-duanya mesti dilaksanakan bersama tidak boleh dipisah. Bersyukur kepada Allah tetapi tidak bersyukur kepada ibu bapa, ia tidak akan diterima Allah.

Kerana itu Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)

Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad.

Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu.

Sentiasa ingat ancaman kepada si penderhaka.

 Ancaman pertama adalah berdosa seperti orang yang menyekutukan Allah SWT. Hal ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: "Mahukah sekiranya aku menyebutkan kepadamu mengenai sebesar-besarnya dosa besar? Iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman kedua adalah haram baginya syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebajikan dan orang yang ketagih minuman keras." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ancaman ketiga adalah doa ibu bapa tiada hijab antaranya dengan Allah SWT. Jika mereka berasa dikhianati oleh anak-anak atau tidak dipedulikan sehingga membuat mereka marah dan sakit hati, apa-apa saja ucapan yang keluar dari mulut kedua-duanya yang berupa kekesalan akan didengar Allah dan apa-apa permintaan akan dimakbulkan-Nya.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)

Hanya rahmat Allah saja yang menguatkan hati kita untuk bersikap sayang dan kasih kepada keduanya. Sesiapa yang telah dicabut rahmat Allah dari dadanya, dia akan melupakan kedua orang yang paling berjasa dalam hidupnya tanpa rasa bersalah!.Moga dijauhkan Allah dari mempunyai sifat buruk ini.


 Petikan artikel : Dr Juanda Jaya

ISTERI ENGGAN MELAYAN KEPERLUAN NAFKAH BATIN SUAMI KERANA TELAH MAKAN LUAR



Isteri tolak hidangan batin suami kerana kenyang makan luar dua kali sehari.

[HM] Putatan: Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kam
pung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seks

yen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.- 8/10/2013.
Iktibar dari cerita benar di atas dapatlah disimpulkan bahawa berlakunya kejadian curang isteri terhadap suami disebabkan oleh beberapa perkara beriktu:

1.       Suami yang merupakan ketua keluraga berkemungkinan besar tidak mempunyai pengetahuan ilmu agama yang mencukupi untuk membentuk dan mendidik isteri  supaya menjadi isteri yang solehah. Menyebakan isterinya rapuh iman dan mudah digodai oleh materialistik dan nafsu serakah. Oleh itu isteri tidak takut kepada azab Allah berhubung perbutan curang dan melakukan zina.

2.       Berkemungkinan suami juga gagal memberi nafkah zahir dan juga nafkah batin, ketidak upayaan suami memberi wang yang mencukupi mengakibatkan isteri yang berusia muda terpaksa bekerja untuk menampung keperluan kewangan keluarga. Sebab itulah isterinya terpaksa bekerja dan bila isteri yang cetek ilmu agama keluarga bekerja mudah dipengaruhi oleh nafsu dan bisikan syaitan. Kemungkinan juga suami gagal memberi kepuasan nafsu seks kepada isteri semasa mereka mengadakan hubungan intim. Ini dapat dibuktikan bahawa isterinya seorang yang kuat nafsu seks oleh itu dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan majikannya dua kali sehari untuk tempoh yang  hampir 6 bulan lamannya. Ini juga adalah kelemahan suami yang mungkin tindak begitu arif dalam segi teknik-teknik mengadakan hubungan seks dengan isteri supaya mereka berdua medapat nikmat klimak seks secara berasama setiap kali hubungan intim dilakukan.  Kegairahan isteri makan luar secara kerap dua kali sehari memperlihatkan suaminya tidak mampu memberi nafkah batin yang mencukupi kepada isterinya..

3.       Berlakunya perbutan terkutuk dosa besar oleh dua pasangan majikan dan pekerja di waktu siang hari memperlihatkan persekitaran masyarakat yang tidak begitu ambil cakna tentang perlakuan maksiat. Ini mungkin masyarakat majoriti mengambil sikap jangan jaga tepi kain orang. Sikap sebegini adalah tersasar jauh dari apa yang diajar oleh Islam, dimana  setiap orang perlu berperanan mencegah mungkar dan mengajak kepada perkerjaan makruf. Agak mustahil masyarakat tidak dapat menghidup perbuatan maksiat mereka di waktu siang hari di rumah sewa berhampiran dengan kedai runcit yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah.

4.       Kes ini memperlihatkan bahawa setiap perbuatan buruk lambat laun akan di ketahui oleh orang juga. Oleh itu jangan sekali-kali cuba melakukan perbuatan maksiat yang di larang oleh agama terutamanya perbuatan zina yang merupakan salah satu dosa besar.

5.       Tindakan untuk melapurkan perkara maksiat yang dilakukan oleh isteri yang curang kepada pihak yang berkuasa oleh suaminya, adalah satu tindakan yang patut di puji keran inilah caranya untuk mencegah perbuatan maksiat dalam masyarakat. Suami juga telah membuat keputusan untuk menceraikan isterinya juga adalah satu tindakan yang wajar untuk memberi pengajaran kepada isteri yang curang dan menderhaka kepada suami.

6.       Kejadian yang membolehkan berlakunya maksiat zina terkutuk  untuk tempoh lebih enam bulan di wakatu siang hari memperlihatkan bahawa undang-undang yang berkaitan masih tidak dapat mecegah perlakuan maksiat zina dalam masyarakat dan Negara. Oleh itu perlu dikaaji semula undag-undang Islam bagi memolehkan di laksanakan Undang-undang Hudud. Jika hudud telah menjadi undang-undang yang boleh di kuatkuasakan di Negara ini, supay pasti perbuatan curang oleh isteri tidak akan berlaku. Keran hukum rajam samapai mati bagi pesalah yang berzina akan menakukan masyarakat untuk melakukan maksiat dosa besar seperti zina.

Powered by Blogger.