Thursday, October 23, 2014

RAWATAN STROK MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN



Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus secara tiba-tiba. Otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Maka, jika bekalan darah tersebut terputus, sel-sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok ini dipanggil sebagai ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.  

Strok Iskemia berlaku apabila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak yang menyebabkan saluran tersebut tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan yang tertentu. Dalam sesetengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk di dalam saluran darah otak itu sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam sebahagian kes-kes strok iskemia yang lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan kemudian darah beku itu bergerak ke otak dan seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak yang lemah atau rosak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid. 

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. Kemudian darah mengalir keluar ke dalam otak. Perkara ini menyebabkan bekalan darah ke sel-sel otak terputus dan ini seterusnya menyebabkan sel-sel otak tersebut akan rosak ataupun mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid pula berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut kebiasaannya diisi oleh cecair otak yang dipanggil sebagai cecair cerebrospinal. Setiap satu strok daripada 20 kes adalah disebabkan oleh pendarahan jenis ini.

Strok Di Malaysia

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang penyakit strok. Setiap tahun dianggarkan terdapat 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Malah, di Malaysia penyakit strok ini adalah punca kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Namun, majoriti pesakit strok adalah orang dewasa.

Punca-Punca Strok

Punca-punca yang berisiko tinggi untuk berlakunya strok terbahagi kepada dua. Risiko yang tidak boleh diubah dan risiko-risiko yang boleh diubah.
Risiko yang tidak boleh diubah adalah:
  • Umur – Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda selepas umur 55 tahun
  • Genetik – Risiko untuk serangan strok adalah lebih tinggi jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat seperti ayah, nenek atau adik pernah mengalami serangan strok
  • Jantina – lebih ramai kaum lelaki yang diserang strok berbanding dengan kaumm wanita. Namun, lebih ramai kaum wanita yang meninggal dunia akibat daripada serangan strok berbanding dengan kaum lelaki
  • Sejarah serangan jantung atau strok – Risiko bagi mereka yang pernah mengalami strok atau serangan jantung adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengalami masalah tersebut
Risiko yang boleh diubah adalah seperti berikut:
  • Tekanan darah tinggi – Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selalunya tidak ada sebarang simptom. Maka, adalah penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah
  • Merokok – Berhenti merokok boleh menurunkan risiko serangan strok serta-merta
  • Kencing manis – Penyakit ini meninggikan risiko serangan strok
  • Kolesterol – Saluran darah boleh tersumbat akibat daripada kolesterol di dalam badan. Maka, boleh mengganggu bekalan darah ke otak dan menyebabkan strok
  • Obesiti – Risiko strok adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang obese berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.
Simptom-Simptom Serangan Angin Ahmar
Setiap fungsi tubuh badan kita yang berbeza dikawal oleh bahagian-bahagian otak yang berbeza juga. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak mana yang terjejas dan saiz kawasan otak yang rosak. Simptom-simptom ini berlaku secara tiba-tiba dan selalunya melibatkan satu atau lebih simptom yang berikut:
  • Tangan dan kaki lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Sebelah muka menjadi lemah. Air liur akan sentiasa meleleh tanpa kawalan
  • Masalah dengan kestabilan dan koordinasi badan, percakapan, penglihatan atau sukar untuk menelan
  • Rasa pening atau sakit kepala
  • Kebas-kebas di sebahagian daripada badan
  • Pengsan atau menjadi keliru
Kesan Jangka Panjang Serangan Strok
Jenis dan kadar kelumpuhan yang disebabkan oleh serangan strok adalah berbeza-berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis-jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
  • Sebelah badan lemah - Ini akan menyebabkan masalah untuk berjalan jika melibatkan kaki atau masalah untuk menggunakan tangan
  • Masalah kestabilan dan koordinasi badan
  • Masalah menelan - Ini merupakan masalah yang sangat biasa berlaku dan juga boleh menjadi sangat merbahaya dalam sesetengah kes. Makanan yang ditelan boleh turun ke saluran pernafasan dan bukannya saluran makanan di tekak apabila makan. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit tercekik dan seterusnya pesakit sukar untuk bernafas. Jika masalah menelan ini sangat serius, makanan dan minuman terpaksa disalurkan melalui tiub terus ke perut
  • Masalah percakapan dan komunikasi - Pesakit mungkin akan susah untuk bercakap dengan lancar kerana sukar mencari perkataan yang sesuai semasa bercakap atau langsung tidak boleh bertutur. Malah, keupayaan untuk memahami percakapan orang lain, membaca atau menulis turut terjejas
  • Masalah penglihatan – Jika bahagian otak yang melibatkan keupayaan melihat telah terjejas, pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan berganda (double vision).
Apa yang tersenarai di atas adalah contoh-contoh apa yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok adalah berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Dalam minggu-minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak, akan berkurangan. Masa itu sebahagian daripada simptom mungkin akan berkurang ataupun hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi yang sesuai, keadaan pesakit mungkin akan bertambah baik.

Rawatan Moden Untuk Strok

Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan juga rawatan rehabilitasi atau “physiotherapy” selepas pesakit strok sudah stabil. 

Setiap pesakit strok yang didapati mengalami simptom-simptom awal serangan strok, harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin. Rawatan yang segera adalah sangat penting untuk mengelak keadaan bertambah teruk yang boleh menyebabkan kematian. Malah, rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kadar kerosakan otak dan ini boleh meningkatkan kadar kesembuhan yang tinggi. Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubat-ubatan dan/atau pembedahan yang akan mengeluarkan darah beku dari otak.
Rawatan rehabilitasi akan dilakukan selepas pesakit sudah stabil. Rehabilitasi bertujuan untuk membantu pesakit untuk mendapat kekuatan fizikal semula, mengembalikan keupayaan fungsi-fungsi badan dan untuk membolehkan pesakit untuk berdikari seperti sebelum serangan strok. Malah, rehabilitasi ini turut bertujuan untuk mengembalikan keyakinan diri kepada pesakit strok untuk kurang bergantung kepada orang lain urusan harian.
Rawatan Strok Menggunakan Al-Quran
Ayat-ayat al-Quran turut memiliki mukjizat untuk membantu dalam penyembuhan penyakit strok ini.  Ramai  pesakit strok yang sudah mengalami perubahan yang sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.  
Selain itu, kadang  kala ada unsur-unsur gangguan makhluk halus yang boleh menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit-pesakit strok. Ada sejenis jin yang digelar Jin Ahmar yang boleh masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran-saluran darah dalam otak pesakit yang menyebabkan pendarahan berlaku dan mengakibatkan pesakit itu mendapat strok. Perubatan moden mengakui strok disebabkan oleh pendarahan dalam otak, tetapi kadangkala sukar untuk menerangkan punca pesakit itu mendapat strok.  Kita selalu mendengar pesakit yang berusia muda, tidak ada sejarah dalam keluarga yang pernah mendapat strok, sihat tubuh badan, tidak ada penyakit darah tinggi atau kencing manis, tetapi mendapat penyakit strok.  Dalam kes-kes demikian selalunya mereka ini diganggu oleh Jin Ahmar, dan jin-jin ini perlu dikeluarkan daripada badan pesakit  sebelum rawatan selanjutnya diberi.
    
Selalunya jin-jin Ahmar ini akan berada didalam otak atau tulang belakang pesakit. Ayat-ayat berikut untuk di amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah swt untuk memohon penyembuhan. Inshallah dengan keizinan Allah sw, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh pesakit ini dapat merangsang atau “stimulate” sel-sel otak yang rosak akibat strok untuk berfungsi semula.  
Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55  
  • Surah An-Nahli  ayat 81 hingga 89 
  • Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
  • Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Israa’ tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt.
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf : 12
Penutup
Kita sebagai umat Islam yang telah diberi akan nikmat Islam dan iman seharusnya berpegang teguh, beramal dan yakin akan mukjizat al-Quran. Keistimewaan al-Quran pasti akan membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia ini yang sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan kesengsaraan. Apabila kita atau insan yang kita sayangi ditimpa dengan serangan strok dan lalu mengalami pelbagai masalah kesihatan akibat strok, kita kena kuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi perasaan gelisah, murung dan marah dalam diri kita. Perasaan tresse ini hanya akan bertambah teruk jikalau kita membiarkan sahaja perasaan tersebut bergolak tanpa sebarang usaha untuk melawan dan menukar perasaan tresse kepada yang positif.  

Kadangkala keluarga pesakit juga turut merasa tertekan untuk menjaga pesakit strok.  Ramai keluarga pesakit yang mengadu kepada saya betapa susah untuk menjaga pesakit strok. Kadang-kadang pesakit akan hilang kawalan akal fikiran dan bersikap agresif dan ini memberi tekanan kepada ahli keluarga atau orang-orang yang bertugas untuk menjaga mereka.  Bersabar dan berikhtiar dan percayalah semua dugaan dan ujian dari Allah swt ini ada hikmah disebaliknya.

Antara cara untuk memperkuatkan rohani dan hati kita apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah amalan membaca al-Quran pada setiap hari. Selalunya di zaman moden ini, ramai di kalangan kita yang suka untuk bersenam atau melepak dengan tujuan untuk menenangkan jiwa, menghilangkan tress atau mengawal emosi yang bergolak. Namun, penawar rohani yang paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran.

“Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”Surah Yunus : 57

Maka, bacalah surat istimewa daripada Allah swt ini untuk menyembuhkan segala penyakit dalam tubuh manusia.

Sumber : Hj Lokman
Pusat Rawatan Al Hidayah

0 comments:

Powered by Blogger.