SIFAT-SIFAT LELAKI YANG DIIDAMKAN WANITA
Kebanyakan wanita sememangnya ingin
memiliki seorang lelaki yang bersifat mulia dan mendapat keredaan Allah untuk
menjadi pasangan hidup berumah tangga.
Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Kerana
dia merupakan lelaki yang mendapat keredaan Allah. Kerana sifat dirinya yang
sentiasa mentaati printah Allah dalam menjalani kehidupan seharian dan juga
tidak mengabaikan tanggung jawah sebagai khalifah Allaj diunia untuk merebut
segala peluang kehidupah dunia degan berpandukan kepada neraca yang ditetapkan
oleh syariat Allah.
Lelaki soleh walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang tarafnya amat rendah di mata manusia, tetapi dia adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT. Hakikatnya,
kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam
kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri.
Oleh itu, jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh,
ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan.
Tugas itu adalah :
1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki
kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal
fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah,
memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada
keluarga, agama dan bangsa.
Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin & pelindung
bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang
soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya.
Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas
untuk mencari keredhaan Allah swt.
Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira
dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal. Lelaki
soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya
sebagai tujuan yang utama.
Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya
mengejar keduniaan semata-mata dengan mengabaikan tanggung jawabnya untuk mendapat
keredaan Allah di akhirat nanti. Dengan
cara mengimbangi usaha untuk dunia dan akhirat, usahanya akan sentiasa berhasil
dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau
akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka
engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan
baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat
mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan
dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh
yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya
terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan
dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada
orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan
barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan
perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan
dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang
lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4,
ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian
Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad.
Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar
dan takut apabila berjuang menegakkan
agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah
dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa
mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat
Islam.
Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak
balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh
golongan tersebut.
"Wahai lelaki soleh, tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak
mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan
tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan
sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu
segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan
golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.
Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai
pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk
mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
- Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
- Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam terhadap
suami sebagai ketua keluarga dalam sesebuah rumah tangga untuk membawa isteri
dan anak-anaknya menjadi mukmin yang soleh dan solehah.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan, suami soleh tidak akan
cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa
mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara
yang lebih efisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT.
Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan.
Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa
menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan
perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan
rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik
terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap
isteriku.” ( HR Ibnu Majah )
Sumber: Blog Aku
Islam
0 comments:
Post a Comment