REZEKI
KURNIAAN ALLAH MELIMPAH RUAH
Dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini.
Allah telah memberi pandaun kepada manusia untuk mendapat keberkatan dan
kesejahteraan dunia dan akhirat, hendaklah berpanduan ajaran Al Quran dan hadis
Rasulullah S.A.W.
Selagi
kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu
al-Quran dan hadis.
Begitu
juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat
beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan
dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat
pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki HALAL yang melimpah ruah dan dapat digunakan
rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut
ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya
mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki
kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi. Walaupun
begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana,
dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.
Kita jarang-jarang bersyukur
terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika
kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan
sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.
Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya
penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan
kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)
Apabila dikatakan takwa, ia meliputi
ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang
disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala
ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya.
Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah
berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku
akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu
dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan
memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R
Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)
Didalam al Quran ada dinyatakan
bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang
pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan
ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu
memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya
azabKu sangat pedih.”
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari
Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan
ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
Dalam al-Quran ada disebut bahawa
orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang
bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman
yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda
banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah
al Hadid, Ayat 18)
Daripada Abi Dhibah berkata: Usman
Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca
surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin
selama-lamanya.”
Memperbanyak istighfar, memohon
keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan
diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa
tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari
tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di
sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda
yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi
rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin
al-Khattab dari Imam Ahmad,
At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah
bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan
pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat
kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana
kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di
mana-mana.
Dalam al-Quran terdapat satu ayat
yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa
berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat
hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)
Belajar ilmu Feqah termasuk juga di
dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis
Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama)
padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh
Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan
dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah
akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”
Sebagai ingatan kepada kita semua
dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi
s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi
menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan
meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan
dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan
akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan
tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan
duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad,
Ibnu Majah dan Tirmidzi.)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah
s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka
sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan
kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq:
Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.
0 comments:
Post a Comment