Ikhwan Muslimin.
Kita sepatutnya bersyuur kehadrat Allah swt kerana sehingga
detik dan saat ini, kita masih lagi dibekalkan dengan segala bentuk keperluan
hidup yang membolehkan kita meneruskan kehidupan dibumi ini walaupun
kadang-kadang kita diuji dengan sesuatu kesusahan.
Adalah lumrah kehidupan, manusia akan di uji dengan pelbagai
ujian yang akan menzahirkan watak sebenar manusia samaada itu samada ia seorang
yang beriman atau seorang yang inkar. Seseorang yang bersyukur atau seseorang
yang kufur. Firman Allah swt dalam surah Al Mulk ayat ke 2.
Ertinya: “ (Dialah)
yang telah jadikan kematian dan kehidupan itu untuk menguji kamu, siapakah diantara
kamu yang paling baik amalanya. Dan Dialah
yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Ikhwan Muslimin,
Selain menguji keimanan, kesusahan seringkali menguji ikatan
ukhwah dan semangat tolong menolong dikalangan umat Islam, adakah ia benar
wujud atau seperti halwa telinga sahaja. Ia juga menjadi kayu ukur samada
dikalangan umat Islam sudah subur sifat pengorbanan dan mujahadah atau
dikalangan mereka sedang subur sifat kebendaan dan mementingkan diri sendiri.
Didalam kehidupan seharian, Islam mengajar umatnya untuk
peka dengan keadaan saudaranya. Seseorang muslim tiadak boleh mementingkan diri sendiri
tanpa memperdulikan kesusahan dan kepayahan orang lain.
Peristiwa Hijratul Rasul menjelaskan betapa umat Islam pada
masa itu, adalah orang-orang yang tidak mementingkan diri sendiri. Ketika
berlakunya penghijrahan Rusulullah dan para sahabatnya dari Mekah ke Madinah,
mereka tidak membawa apa-apa harta dan kemewahn selain daripada pakaian yang
dipakai dan keyakinan mereka kepada janaji Allah. Rasulullah menyeru kepada
kaum ansar supaya memberikan pertolongan kepada saudara-saudara mereka kaum
muhajirin yang telah meninggalkan harta dan anak-anak mereka di Mekah. Lalu mereka
menyahut seruan Rasulullah itu dengan membahagikan separuh daripada harta
mereka dengan kaun muhajirim secara sama rata.
Dengan sebab itu Allah telah
mengembirakan sifat mereka itu melalaui firman-Nya:
Yang Bermaksud “ Dan orang (Ansar) yang mendiami kota
(Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah kenegeri
mereka, dan tidak ada pulu didalam hati mereka perasaan iri hati terhadap apa
yang telah diberi kepada orang muhajirin itu, serta mereka mengutamakan orang
muhajirin itu melebihi diri mereka sendiri sekalipun mereka berada didalam
kesusuhan (sangat memerlukan pemberian itu). (Ingatlah) sesiapa yang dipelihara
dirinya daripada dipengaruhi tabiaat bakhilnya, maka mereka orang-orang yang
berjaya (ayat 9: Surah Al Harsh)
Sesungguhnya sifat tidak mementingkan diri sendiri lahirnya daripada
ikhlak yang mulia yang merupakan bukti keimanan yang sejati kepada Allah swt. Hanya
manusia berjiwa besar sahaja sanggup mendahulukan hajat dan keperlauan
saudaranya terutamanya ketiak ia juga berhajat kepada perkara tersebut.
Hakikatnya dalam dunia hari ini, manusia kebanyakannya
mengejar kebendaan dan kemewahan, mereka tenggelan didalam ketamakan dan
kerakusan, sudah hilang pertimbangan, sanggup melakukan apa sahaja demai
memenuhi tuntutan kepentingan diri walaupun terpaksa merampas hak orang lain. Jauh
sama sekali untuk memberikan milikannya kepada orang lain.
Kita seringkali mementingkan diri sendiri dan hilang
pertimbangan dalam banyak keadaan, kita hidup berkeluarga, berjiran dan hilang
pertimbangan dalam banyak keadaan, ketika hidup berkeluraga, berjiaran dan
bermasyarakat, ketika berurus niaga, dijalanraya dan sebagainya. Kita berlalu
begitu sahaja. Kita juga sewenang-wenang membuang sampah merata-rata tempat
tanpa menghiraukan kebersihan sekitar.
Bahkan kita juga tetap mementingkan diri sendiri ketika
hadir untuk solat berjemaah di masjid-masjid tanpa menghiraukan keselesaan orang lain seperti
meletakkan kenderaan kita sehinggakan menghalang lalu lintas dan kenderaan
lain.
Demikianlah betapa didalam kehidupan hari ini, kebanyakan
manusia tidak lagi mengambil berat tentang saudaranya sebaliknya mementingkan
diri sendiri. Sesungguhnya sifat ini telah memberikan
gambaran yang tidak baik kepada Islam dan umatnya.
Oleh itu marilah kita didik diri kita dan keluarga kita dan masyarakat kita untuk kembali menghayati
akhlak Islam yang mengajar umatnya untuk tidak mementingkan diri sendiri
sebaliknya hidup tolong menolong, bertolak ansur berdasarkan ukhwah Islamiah,
yang senang membantu yang daif,yang berhak di beri haknya, yang kuat tidak
berlaku zalim kepada yang lemah sebalinya dilindungi.
Wallahu alam.
Sumber : MAIK
0 comments:
Post a Comment