Introducing San Francisco

Sunday, August 24, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Ke Syurga) : BILA BERJAUHAN, TELEFON ISTERI ATAUPUN SMS


   Bila berjauhan, Telefon isteri ataupun hantar SMS.

Darling, abang dah sampai di hotel ini. I love You, Miss you so much”.  Saya menelefon  isteri sebaik sahaja sampai di hotel.

Saya mempunyai tugas luar untuk dua malam. Sekali setahun adalah biasa, kerana di lantikan sebagai ‘panel hakim’ Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Inilah situasi hubungan saya dan isteri apabila ada tugas outstation.

Malah pernah juga dibuat flash back tentang hubungan intim kami pada malam sebelumnya.
“ ayang tinggal sorang tidur malam sejuk ke”. Saya begurau semasa telefon bertanya khabar.
‘ sejuklah, kenapa abang tinggal ayang”. Isteri jawab dengan suara manja.
“ bukanya tinggal, tapi dah ada tugas, ajak datang tak nak”. Saya mencelah.
“letih lah bang naik kereta jauh sangat’. Isteri jelas keputusannya tak mahu ikut.
“ okey lah…. Nanti abang kelik nanti tak takut lah”
‘ abang balik lagi ayang takut: isteri berseloroh.
“ Takut kena gomo ye”.
“ Tau tak apa” isteri mejawab gurauan saya.
“ ok lah bang, ayang tunggu tu, nati balik jaga dia, ayang gusti samapi K.O.”
“ Yalah, abang serender. Takuuut laaaa”. Gas pun tak kuat mana dah la ni.” Saya berseloroh mengusik isteri.

Amalan sebegini biasa saya lakukan bila saja berjauhan dengan isteri, ia amat bermakna bagi saya kerana cara ini dapat mengekalkan kehangatan cinta kami sepanjang masa Inysya Allah. Bila gurauwan sebegini di biasakan mebuatkan perhubungan suami isteri akan kekal intim dan dapat melawan nafsu sarakah syaitan yang akan cuba mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat. Terutamanya apabila kita berjauhan, Rasulullah SAW bersabda:

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." ( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Kedah  romantis ini juga adalah amalah sunnah Rasulullah SAW  yang sentiasa memuji kecantikan dan kebaikan isterinya. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Setelah isteri telah menjadi lumpuh saya masih teruskan amalan ini, malah lebih kerap lagi perbualan kami melalui telefon pada setiap hari, ianya juga ada kaitan dengan hasrat saya untuk menyelia dan  mendapat kepastian yang isteri makan ubat mengikut jadual, serta juga mempastikan tidak berlaku situasi kemurungan di dalam pemikirannya, kerana pernah berlaku bila isteri  kemurungan dia akan menjadi  ‘fit’ ( tidak sedarkan diri). Situasi sebegini jika berlaku secara kerap boleh menjejaskan kesihatannya.

Perbuatan sering menelefon isteri semasa di luar adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubung kasih sayang di antara suami isteri. Cuba kita imbas kembali semasa kita masih remaja dahulu, hampir setiap minit fikiran kita sentiasa ingatkan kepada pasangan kita.

Sekali sekala ada juga saya  menghantar masej melalui sms, ini biasa saya lakukan bila panggilan telefon tidak di jawab untuk beberapa kali panggilan yang saya buat, mungkin semasa saya panggil isteri sedang tidur atau berada di luar bilik. Dengan menghantar SMS kami dapat terus berkomunikasi walaupun tidak bercakap secara langsung. Tindakan ini mebolehkan naluri kami sentiasa menyanyangi di antara satu sama lain walaupun kami berjauhan.


Pengajaran dan iktibar:

1.  Suami perlu sentiasa menghubungi isteri walau dimana mereka berada, dengan tujuan untuk membolehkan hatinya sentiasa mengingati  isterinya, sentiasa mengasihinya dan memerlukan belaian kasih sayang sentiasa ( telah menjadi sunnatullah bagi isteri yang telah berkahwin adalah amat sedikit yang mempunyai naluri untuk menduakan suami, kecuali ada situasi tertentu yang mebuatkan ianya mencuriga kesetiaan si suami terhadapnya. Dan juga ada pihak ketiaga yang cuba menggoda si isteri ). Keakraban hubungan suami isteri yang di perbaharui dari masa oleh mereka berdua akan menjadi perisai yang amat berkesan untuk menghalang kerja-kerja jahat syaitan yang akan cuba memperok perandakan kerukunan rumah tangga. Kerana telah menjadi rutin syaitan adalah untuk melihat rumah tanggga berkecai dan sumai isteri yang frust akan melakukan maksiat dan yang paling hina melakukan zina, yang akan menjuruskan kita di neraka jahanam di akhirat kelak.

Firman Allah:
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Isra’:32)

2.    Daripada pengamatan kita di dapati rumah tangga yang pada awalnya amat bahagia sekali, tetapi setelah berkahwin melebihi tiga hingga empat tahun, sisuami tidak lagi memperbahrui cinta dan kasih sayang mereka, manakala si isteri pula sibuk dengan kerenah anak-anak mereka yang sendang membesar dan menyebakan tumpuan kepada si suami semangkin berkurangan. Syaitan akan menggoda nafsu si suami untuk mula berjinak-jinak dengan aktiviti maksiat di luar, pada awalnya hanyalah pergi ke kelab-kelab malam atau ke kafe untuk berkaroe, katanya hanya untuk melepaskan rasa stress disebabkan tekanan kerja. Lama kelamaan akan menjadi satu rutin sisuami untuk mendapat hiburan dan belian kasih sayang dari wanita di luar sana. Akhirnya akan terjebak dengan perbuat dosa yang lebih besar seperti mealakukan zina dan sebagainyan. Naauzubaillah himinizalik.

3.    Suami sebagai peneraju dalam rumah tangga perlu mebuktikan kejujuran dan kesetiaan kepada perkahwinan mereka. Oleh itu apabila suami mempunyai tugas luar untuk beberapa hari ianya perlu menghubungi isterinya melalui telefon bagi mendekatkan tali kasih sayang mereka, dengan berbual mesra dengan isteri akan dapat menghindar dirinya daripada dihasut oleh syaitan untuk melakukan maksiat. Perbualan telefon secara berterusan akan menyebabkan suami merasai dia sentaisa bersama isterinya walaupun dimana dia berada. Lebih lagi bila di sematkan dengan unsur iman dan taqwa sperti ungkapan “ jika ada daging yang segar, bersih, suci dan halal kenapa pula ingin makan daging yang busuk, kotor, jejek, haram dan berdosa besar’.

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke Syurga) : BERSIKAP ROMANTIS DAN BERGURAU SENDA DENGAN ISTERI



1.   Bersikap romantis dan bergurau senda dengan isteri.
                                                        
Bersikap romantis dan bergurau senda dengan isteri adalah satu amalan yang pernah dilakukan oleh suami yang paling unggul di dunia ini, ia itu Rasulullah SAW.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
 
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. 

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW

Apa yang saya amalkan berkitan ini ialah semasa saya dan isteri berduaan dalam perjalanan jauh secara berkereta, saya akan memuji  isteri\.
“ darling cantik lah, I love you” saya mengusik sambil memandu.

“ abaang neee, nak kena tu” isteri menjawab manja.
“ Best tak semalam”
“Essh abang niiii, nakal” isteri tersenyum seribu makna.

Situasi begini sering sahaja berlaku bila kami berdua menaiki kenderaan. Lebih-lebih lagi kalau perjalan mengmbil masa beberapa jam lamanya.

Kadang kala ada juga saya memegang jari jemari atau tangan isteri sambil mengusap manja, ini mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi oleh suaminya. Keadah ini juga dilakukan untuk  membolehkan perkongsian masalah anak-anak di antara suami isteri  bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami yang dihadapi dari masa ke semasa.

Alhamdulilah, kaedah ini telah mebuahkan banyak hasil untuk mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan juga dapat mengatasi segala kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini merupakan satu keadah bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam secara lebih berekesan. Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa yang paling efektif dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang lain.

Bergurau senda sebelum kami tidur setiap malam juga adalah amalan runtin yang di amalkan oleh saya. Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah paling sesuai kerana pada masa ini saya akan memeluk isterinya dan memberi kata-kata pujian tentang kecantikan dan kebaikan isteri. Jika ini dilakukan akan membolehkan isteri terasa dia disayangi dan apabila kami tidur dalam keadaan kegembiraan akan melahirkan aura positi dalam diri dan diikuti dengan mimpi yang indah-indah yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan kita apabila bangkit dari tidur ke esokan harinya. Saya dapat merasi betapa tenang dan sihatnya tubuh badan saya, Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmat-MU yang Allah.

Jika kita sentiasa bergurau senda bersama isteri setiap malam, akan dapat mengurangkan perasaan stress yang kita alami pada sebelah pagi dan petang sebelumnya. Gurau senda yang dilakukan di antara suami dan isteri akan melahirkan hormon positif dalam tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang baik untuk kesihatan kita suami dan isteri.

Kekadang saya pernah juga menggunakan kesempatan masa yang ada semasa kami berhubungan melalui telefon, biasanya saya akan selit perbualan yang bersifat gurau senda dan joke diantara suami isteri apabila selesai  sahaja perkara utama yang kami ingin bincangkan. Keadah ini saya dapati hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat di pupuk saban masa bagi mengekalkan kebahagian yang telah kami kecapi dan nikmati selama ini. Alhamdulillah.

Pengajaran dan iktibar:

1.    Sebagai seorang  suami kita perlu mengguna setiap saat masa yang ada untuk memupuk cinta dan hubungan mesra dengan isteri kita. Ianya perlu dilakukan saban masa bagi membolehkan perasaan kasih sayang dan mesra diantara suami isteri itu diperbaharui selalu, ibarat bateri kereta yang hampir hilang tenaga di caj semua. Jika ini dapat dilakukan sebagai amalan rutin dalam kehidupan berumah tangga akan menjadikan suasana ceria sentiasa ada dalam keluarga.   Ceria ini akan melahirkan persekitaran keakraban dalam keluarga dan menjadikan semua penghuni dalam sebuah rumah yang harmoni ini sebagai satu keluraga yang bahagia dan ceria, maka akan lahirlah apa yang dikatakan “Rumah ku Syaurga Ku”.

2.    Sifat suami yang sentiasa memuji isteri akan melahirkan suasana kebahagian dan kecintaan  sentiasa membara diantara mereka. Suasana ini akan memberi kesan yang amat positif apabila mereka mengadakan hubungan kelamin sebagai suami isteri, hubungan intim yang membara ini membolehkan mereka mengekalkan kasih sayang yang lebih intim menjadikan kepuasan jimak sentiasa tercapai secara maksima oleh suami dan isteri. Sitausi ini akan menjadi  penghalang kepada syaitan yang sentiasa memujuk dan menggoda nafsu suami (terutamanya) untuk melakukan maksiat dengan wanita lain di luar sana.

3.    Suami juga mestilah pandai memilih masa yang sesusai untuk bergurau senda dengan isteri. Jika pandai membahagi masa dalam kehidupan seharian akan membolehkan kita menggunakan masa yang terhad dalam tempoh 24 jam itu digunakan secara lebih berkesan dan berkualiti.

4.    Suasana hubungan yang bahagian diantara suami dan isteri yan ditunjukkan dalam sebuah rumah tangga akan dilihat oleh anak- anak mereka . Kebiasaannya anak-anak akan mengikuti sifat ibu atau bapa,Jida tabiat baik dan hubungan yang sengtiaarapat dan intim diaantara ibu dan banapa akan menjadi ikutan dan teadan kepada anak-anak, kemesraan ibu dan bapa akan mejadi idola kepada anak-anal kita untuk mencontohi apa yang diamalkan oleh ibu dan bapa mereka.. Jika dalam sesebuah keluarga itu mempunyai ramai ahlinya yang mempunyai sikap dan amalan dalam kehidupan menjurus kepada hubungan yang baik dan saling sayang menayangi di antra satu sama lain, akan lahirlah keluarga yang bahagia dan membahagiakan.








Powered by Blogger.