1. Bersikap romantis dan
bergurau senda dengan isteri.
Bersikap romantis dan bergurau
senda dengan isteri adalah satu amalan yang pernah dilakukan oleh suami yang
paling unggul di dunia ini, ia itu Rasulullah SAW.
Baginda paling banyak bergurau senda
bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW)
kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan
kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia
menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah),
makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku
tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke
wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah
membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah
Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW
bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk
menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam
riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga
Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat
Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah
ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan
manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang
bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan
itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah
dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau
menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang
huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan
yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis
sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat
memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini
suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut
petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik
dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja
selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja.
Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada
hadis Nabi SAW
Apa yang saya amalkan
berkitan ini ialah semasa saya dan isteri berduaan dalam perjalanan jauh secara
berkereta, saya akan memuji isteri\.
“ darling cantik lah, I
love you” saya mengusik sambil memandu.
“ abaang neee, nak kena
tu” isteri menjawab manja.
“ Best tak semalam”
“Essh abang niiii,
nakal” isteri tersenyum seribu makna.
Situasi begini sering
sahaja berlaku bila kami berdua menaiki kenderaan. Lebih-lebih lagi kalau
perjalan mengmbil masa beberapa jam lamanya.
Kadang kala ada juga
saya memegang jari jemari atau tangan isteri sambil mengusap manja, ini
mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi oleh suaminya. Keadah ini juga
dilakukan untuk membolehkan perkongsian
masalah anak-anak di antara suami isteri
bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama untuk
dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami yang dihadapi dari masa ke
semasa.
Alhamdulilah, kaedah ini
telah mebuahkan banyak hasil untuk mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan
juga dapat mengatasi segala kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini
merupakan satu keadah bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam
secara lebih berekesan. Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa
yang paling efektif dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang
lain.
Bergurau senda sebelum
kami tidur setiap malam juga adalah amalan runtin yang di amalkan oleh saya.
Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah paling sesuai kerana pada masa ini saya
akan memeluk isterinya dan memberi kata-kata pujian tentang kecantikan dan
kebaikan isteri. Jika ini dilakukan akan membolehkan isteri terasa dia
disayangi dan apabila kami tidur dalam keadaan kegembiraan akan melahirkan aura
positi dalam diri dan diikuti dengan mimpi yang indah-indah yang akan memberi
kesan positif kepada kesihatan kita apabila bangkit dari tidur ke esokan
harinya. Saya dapat merasi betapa tenang dan sihatnya tubuh badan saya,
Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmat-MU yang Allah.
Jika kita sentiasa
bergurau senda bersama isteri setiap malam, akan dapat mengurangkan perasaan
stress yang kita alami pada sebelah pagi dan petang sebelumnya. Gurau senda
yang dilakukan di antara suami dan isteri akan melahirkan hormon positif dalam
tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang baik untuk kesihatan kita suami
dan isteri.
Kekadang saya pernah
juga menggunakan kesempatan masa yang ada semasa kami berhubungan melalui
telefon, biasanya saya akan selit perbualan yang bersifat gurau senda dan joke
diantara suami isteri apabila selesai
sahaja perkara utama yang kami ingin bincangkan. Keadah ini saya dapati
hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat di pupuk saban masa bagi mengekalkan
kebahagian yang telah kami kecapi dan nikmati selama ini. Alhamdulillah.
Pengajaran dan iktibar:
1. Sebagai seorang suami kita perlu mengguna setiap saat masa
yang ada untuk memupuk cinta dan hubungan mesra dengan isteri kita. Ianya perlu
dilakukan saban masa bagi membolehkan perasaan kasih sayang dan mesra diantara
suami isteri itu diperbaharui selalu, ibarat bateri kereta yang hampir hilang
tenaga di caj semua. Jika ini dapat dilakukan sebagai amalan rutin dalam
kehidupan berumah tangga akan menjadikan suasana ceria sentiasa ada dalam
keluarga. Ceria ini akan melahirkan
persekitaran keakraban dalam keluarga dan menjadikan semua penghuni dalam
sebuah rumah yang harmoni ini sebagai satu keluraga yang bahagia dan ceria,
maka akan lahirlah apa yang dikatakan “Rumah ku Syaurga Ku”.
2. Sifat suami yang
sentiasa memuji isteri akan melahirkan suasana kebahagian dan kecintaan sentiasa membara diantara mereka. Suasana ini
akan memberi kesan yang amat positif apabila mereka mengadakan hubungan kelamin
sebagai suami isteri, hubungan intim yang membara ini membolehkan mereka
mengekalkan kasih sayang yang lebih intim menjadikan kepuasan jimak sentiasa
tercapai secara maksima oleh suami dan isteri. Sitausi ini akan menjadi penghalang kepada syaitan yang sentiasa memujuk
dan menggoda nafsu suami (terutamanya) untuk melakukan maksiat dengan wanita
lain di luar sana.
3. Suami juga mestilah
pandai memilih masa yang sesusai untuk bergurau senda dengan isteri. Jika
pandai membahagi masa dalam kehidupan seharian akan membolehkan kita
menggunakan masa yang terhad dalam tempoh 24 jam itu digunakan secara lebih
berkesan dan berkualiti.
4. Suasana hubungan yang
bahagian diantara suami dan isteri yan ditunjukkan dalam sebuah rumah tangga
akan dilihat oleh anak- anak mereka . Kebiasaannya anak-anak akan mengikuti
sifat ibu atau bapa,Jida tabiat baik dan hubungan yang sengtiaarapat dan intim
diaantara ibu dan banapa akan menjadi ikutan dan teadan kepada anak-anak,
kemesraan ibu dan bapa akan mejadi idola kepada anak-anal kita untuk mencontohi
apa yang diamalkan oleh ibu dan bapa mereka.. Jika dalam sesebuah keluarga itu
mempunyai ramai ahlinya yang mempunyai sikap dan amalan dalam kehidupan
menjurus kepada hubungan yang baik dan saling sayang menayangi di antra satu
sama lain, akan lahirlah keluarga yang bahagia dan membahagiakan.
0 comments:
Post a Comment