Introducing San Francisco

Monday, November 17, 2014

KEUNIKAN CINTA



Keunikan CINTA!     
 
1. Cinta adalah perbuatan. Kita tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kita kata. Kita perlu buktikan pada orang yang kita cinta bahawa kita cinta pada dia. Cinta dibuktikan dengan kasih sayang, kesetiaan, keikhlasan, pengorbanan dan kesetiaan.
2. Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kita gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood. Hanya cinta yang ikhlas kerana Allah akan kekal abadi dan memberi ketenagan kepada pasangannya.
3. Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi kita tidak akan kecewa jika kita terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik kita. Melihat dia bahagia dan kita pula mencari kebahagiaan lain adalah cinta yang hebat. Sememangnya cinta perlu perngorbanan untuk memperolehi nikmatnya.

4. Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa kita masuk ke alam lain. Cinta yang sejati adalah cinta kepada  Allah SWT dan Rasulullah SAW, cinta yang kekal abadi sehingga ke akhirat. Cinta abadi memberi ketenagan dunia dan kesejahteraan akhirat.
5. Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan kita sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki. Yang lebih parah cinta yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan yang akan menjurus insan yang mulia kepada sifat haiwan yang tidak berperikemanusiaan.'
6. Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila kita mencintai hatinya. Cinta akan terjalin apabila dua hati saling cinta mencintai dan mempunyai banyak sifat yang serasi.
7. Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi. Saling hayat menghayati perasaan pasangan untuk mengekalkan cinta yang dipersetujui.  Sama-sama mengharugi dan mendaki segala rintangan dan cabaran demi mencapai  matlamat cinta yang diimpikan.
8. Cinta tidak boleh di buat-buat kerana ia terjadi dengan sendirinya. Namu cinta perlu dipupuk dan dibaji untuk membolehkannya ianya mekar semarak bagi membuah hasil yang terbaik impian pasangannya,

Sumber: Pakar Cinta

PERKARA-PERKARA YAG DI SUKAI OLEH ISTERI




PERKARA-PERKARA YANG DISUKAI OLEH ISTERI:

Menjadi hasrat semua suami untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada isteri mereka setiap masa. Oleh itu suami perlu tahu tabiat wanita sebagai isteri memerlukan sifat-sisat tertentu  yang membuat isteri kita suka dalam kehidupan berumah-tangga.
Berikut ini adalah di senaraikan sikap dan sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya:

1. Penuh Pengertian
Seorang isteri suka diperhatikan dan didengarkan. Ia sangat suka suaminya memahami dan mengerti dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Ia suka  suami mengetahui perasaannya.  Contohnya siteri suka  diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai suaminya. Atau masakannya yang mana yang paling lezat bagi suaminya. Kerananya pujian-pujian si suami  amat dinanti-nanti oleh seorang isteri. Setiap kata yang keluar dari lidah dan bibirnya adalah ungkapan cinta yang ingin ia sampaikan. Dan ia ingin tahu bagaimana suaminya menerima ungkapan cintanya itu.Tangisan seorang isteri itu memiliki begitu   banyak makna tersirat, isebabkan kerana sedih, disebabkan kerana marah, disebabkan kerana terharu dan bahagia. Ia suka jika suaminya bersabar untuk mengenal setiap jenis air mata yang menitis dari matanya. Pengertian ini menjadi inti dan landasan segala sikap mengembirakan yang mungkin dilakukan seorang suami terhadap isterinya.

2. Setia
Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Kerananya kecemburuan adalah menjadi sebaghaian dari cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan lewat telepon, walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengokoh kepercayaan. Hadiah yang diberikan: martabak kesukaannya, seikat bunga, atau sebuah jam tangan yang manis akan menguatkan cinta. Dan mengingat hari ulang tahun serta hari pernikahan akan menjadi bukti kesetiaan suami yang disukai seorang isteri.Tapi seorang isteri yang baik dan soleh tidak akan pernah mengingat hari-hari ulang tahun tapi akan mengatakan, “Jangan kerana takut kepadaku, kakanda bersikap setia. Kerana Allah Maha Melihat. Itu yang mesti menjadi landasan kesetiaan.”

3. Sabar dan Pemaaf                                                                                      
Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mau menerima dirinya apa adanya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. Ia memakan masa untuk membina dirinya. Ia bahkan butuh waktu untuk memahami dirinya sendiri, ketika satu ketika ia tidak menjadi dirinya sendiri.Seorang isteri perlu mendapatkan nasihat, akan tetapi itu dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Ini seperti firman Allah: “Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang.” (QS. al-Balad); “Dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (QS. at-Taghabun)

4. Teguh Hati dan Bersemangat
Seorang isteri suka melihat suaminya senantiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan berbagai tugas dan amanah. Ia suka suaminya dapat senantiasa prima menunaikan tugas-tugas di luar rumah dan sekaligus membantu menyelesaikan permasalahan di rumah. Kerananya seorang isteri suka melihat suaminya akrab bercengkrama, bermain dengan anak-anaknya. Dan saat suami sesekali memasak untuk keluarga, ada sentuhan hangat menyentuh relung jiwa seorang isteri.Bagaimana jika suaminya berada dalam kondisi bete atau kehilangan semangat? Seorang isteri akan menerima keadaan ini asalkan ia melihat suaminya berusaha keras untuk melepaskan diri dari keadaan lemah ini. Ia bahkan akan memberikan bantuan dan doa terbaik bagi suaminya.

5. Romantis
Seorang isteri suka jika suaminya mampu memperlihatkan dan mengekspresikan cinta dan kasih sayang. Ia suka mendapati suaminya membangun suasana kondusif kasih sayang di rumah. Ia suka jika suaminya romantis.Diantara ungkapan cinta suami-isteri adalah dalam hubungan intim. Seorang isteri suka jika suaminya memberikan kesukaan dan kepuasan pada salah satu kesetiaan cinta ini. Ia akan terbuka menyampaikan apa yang ia sukai, ketika suaminya mampu membuka percakapan dalam masalah ini secara tepat dan penuh kelembutan (tenderly).

6. Rapi dan Wangi
Seorang isteri suka suaminya rapi. Rapi menata rambut dan rapi berpakaian, bahkan dalam suasana santai. Kerapian yang disukai adalah kerapian yang alami dan melekat dalam kehidupan suami.Sikap suami yang kooperatif dalam menjaga kerapian rumah juga disukai seorang isteri. Kerananya ketika seorang suami berinisiatif menyapu ruang tengah, membersihkan kompor di dapur, atau membersihkan kamar tidur dengan membongkar tempat tidur secara rutin … pada semuanya ada apresiasi dari seorang isteri.Rapi, bersih dan wangi pada seorang suami membuat isterinya suka. Seorang suami disebabkan meminta isterinya memilihkan minyak wangi baginya. Ia akan terbantu menyempurnakan penampilan bagi isterinya.


7. Ceria dan Ramah
Senyum ceria dan keramahan amat dihajatkan seorang isteri. Senyum dan keramahan itu laksana angin sejuk di tengah berbagai kelelahan dirinya. Berbagai kesibukan membuat jiwanya lelah. Interaksi dengan anak-anak di rumah itu bukan pekerjaan ringan. Segenap potensi kejiwaan dan fikiran mesti ia curahkan. Kelelahan fisikal pun tidak ringan. Perhatikanlah, ia mesti terus memperhatikan anaknya yang terus bergerak kesana kemari, bereksplorasi ketika mulai disebabkan merangkak. Dan saat si anak lelah tertidur, ia mesti bersiap-siap memasak dan merapikan rumah bagi suaminya yang sebentar lagi pulang …Senyum dan sapaan sayang suami akan menjadi hiburan jiwa bagi sang isteri. Sikap berjenaka juga amat membantu seorang isteri untuk selalu menjaga suasana riang hatinya. Ini semua akan membantunya untuk terus bersabar dan ikhlas dalam menunaikan tugas-tugasnya.

8. Menjadi Pemimpin yang Melindungi
Isteri memerlukan perlindungan yang membuatnya senangtiasa merasa tenteram. Kerananya ia menyukai sifat kepemimpinan pada suaminya. Kepemimpinan yang ia harapkan adalah yang senantiasa menentramkan jiwanya, mengokohkan ruhaninya, memberikan pencerahan demi pencerahan pada akalnya dan membantu menjaga kebugaran dan kesehatan tubuhnya.

Kepemimpinan yang ia sukai adalah yang memadukan ketegasan dan kelembutan. Yang menebarkan cinta, bukan membuat takut. Yang mengedepankan kemauan baik, bukan senantiasa menggunakan otoritas (misalnya dengan selalu menggunakan kalimat “suami kan pemimpin rumah tangga, jadi mesti taat”). Yang betul-betul menjadi pemimpin, bukan menjjadi bos yang pandai mengarah tetapi tidak ada tolak ansur

sumber : Ikeas

Sunday, November 16, 2014

TINDAKAN ISTERI UNTUK TAWAN HATI SUAMI




99 PETUA TAWAN HATI SUAMI 

Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1)       Berdoa agar disayangi.

2)      Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3)      Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan   sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

Untuk menjadikan tips-tips yang dikemukakan itu satu realiti kehidupan demi mendapat kebahagian suami isteri  di dunia dan akhirat sejauhmana kah kita  Mampu mempraktikannya ???. 



Powered by Blogger.