1. Cinta adalah perbuatan. Kita
tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kita kata. Kita perlu
buktikan pada orang yang kita cinta bahawa kita cinta pada dia. Cinta
dibuktikan dengan kasih sayang, kesetiaan, keikhlasan, pengorbanan dan
kesetiaan.
2. Cinta lebih dari satu
perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kita gembira, sedih, tertekan dan alami
bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood. Hanya cinta
yang ikhlas kerana Allah akan kekal abadi dan memberi ketenagan kepada
pasangannya.
3. Cinta tidak akan
mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan
berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi kita tidak akan kecewa jika kita
terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik kita. Melihat dia bahagia dan kita
pula mencari kebahagiaan lain adalah cinta yang hebat. Sememangnya cinta perlu
perngorbanan untuk memperolehi nikmatnya.
4. Cinta yang sejati adalah
misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam
hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa kita masuk ke alam lain.
Cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, cinta yang
kekal abadi sehingga ke akhirat. Cinta abadi memberi ketenagan dunia dan kesejahteraan
akhirat.
5. Cinta adalah suci dan jauh
dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan kita sentiasa ingin melakukan
kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan
dengki. Yang lebih parah cinta yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan yang
akan menjurus insan yang mulia kepada sifat haiwan yang tidak
berperikemanusiaan.'
6. Cinta tidak pernah terjadi
untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila kita
mencintai hatinya. Cinta akan terjalin apabila dua hati saling cinta mencintai
dan mempunyai banyak sifat yang serasi.
7. Cinta adalah berkorban,
memberi dan mengasihi. Saling hayat menghayati perasaan pasangan untuk
mengekalkan cinta yang dipersetujui.
Sama-sama mengharugi dan mendaki segala rintangan dan cabaran demi
mencapai matlamat cinta yang diimpikan.
8. Cinta tidak boleh di
buat-buat kerana ia terjadi dengan sendirinya. Namu cinta perlu dipupuk dan
dibaji untuk membolehkannya ianya mekar semarak bagi membuah hasil yang terbaik
impian pasangannya,
Sumber: Pakar Cinta
0 comments:
Post a Comment