Introducing San Francisco

Wednesday, December 3, 2014

KENAPA ANDA PERLU KAHWIN MASA USIA MASIH MUDA ?



10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Di zaman internet yang serba canggih, dunia tanpa sempadan mutakhir ini menyebabkan anak-anak muda terdedah dengan pelbagai maklumat ada yang positif  dan ada yang negetif. Positifnya anak muda didedahkan dengan pelbagai teknologi computer dan alatan telefon pintar ipad yang dapat memudahkan perhubungan antara manusia dan juga menyebarkan pelbagai maklumat di seluruh pelusuk dunia. Nam jika anak muda tidak pandai menggunakannya, alatan canggih ini boleh merosakkan masa depan mereka, umpamanya belia dan beliawanis yang usia baru setahun jagung telah didehakan dengan vedio lucah dan porno. Ini mendorong mereka untuk mecuba perlakuan seks yang di tontonya melalui internet, dan akhirnya terjebak dengan perbuatan hubungan seks bebas di kalangan anak muda. Ini menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah dan akhirnya berlaku pembuangan bayi dan juga pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Sesetengah pendapat memberi cadangan supaya anak-anak muda yang ketagih seks  ini perlu di percepatkan perkahwinan mereka atau di istilahkan sebagai ‘Kahwin Muda”.

 Kahwin muda‘, adalah satu  topik yang sudah menjadi kebiasaan  kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya keadah ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman mutakhir ini ianya kurang mendapat sambutan berikutan teruna dan dari lebih memberi tumpuan kepada pelajaran samsadi di kolej atau universiti.

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal  pada usia muda memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan seandainya sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

2. Mengelak daripada  perbuatan zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai perkerjaan, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah mencapai 29 tahun lebih. Bayangkan derita menahan nafsu yang perlu ditanggung  selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Penyelesaiannya  ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan seks luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta. Tanggung jawab yang bertambah dan perlu kepada komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat kebahagian keluarga. Lebih bertanggung jawab si suami apabila telah dikurniakan cahaya mata, pengikat kasih sayang suami isteri.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata -kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina. Yang lebih penting jika suami isteri sentiasa taat kepada perintah Allah dan bersyukur di atas nikmat-nikamat Allah, sudah pasti rezeki akan di kurniakan oleh-Nya tanpat di sangka-sankgka dan di duga. Subhanallah.  


5. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang, Komitment untuk mencari rezeki untuk keperluan keluarga merupakan kekangan untuk melepak dan mensia-siakan masa bersama kawan-kawa yang berlum kahwin.
Segala suka duka dan cabaran yang di hadapi sebagai suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga akan mempercepatkan lagi kematangan dalam berfikir dan bertindak.

6. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah sumai dan isteri dan keluarga.
Bagi si lelaki selepas kahwin merupakan pendorong turning point yang begitu berpengaruh sekali kerana lahirnya sifat suami sebagai ketua keluarga yang perlu memberi nafkah. Ini akan mendorongnya bekerja lebih kuat lagi setiap kali bilangan anak bertambah kerana komiten ekonomi yang bertambah.

7. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda,  kelazimannya akan memperolehi anak  pertama (sulung) pada usia yang muda, dan diikuti dengan anak kedua dan seterusnya.  Belum sampai umur wajib (60 tahun) anak-anak sudah besar dan tamat melanjutkan pelarajan serta mempunyai kerjaya masing-masing. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa tua meraka dalam suasana  yang selesa dan  mempunyai banyak masa untuk beribadat sebagai bekal untuk akhirat yang kekal abadi.
Berbanding dengan mereka yang kahwin di usia yang agak tua, sudah pasti pada masa usia lebih 50 an, anak-anak masih kecil dan perlu kepada kerja kuat untuk mengurus persekolahan mereka. Ini menyebabkan kehidupan di usia tua agakan tertekan dan menjadikannya sebuk dengan urusan dunia yang akan menjejaskan masa untuk  menambah ibadat kepada Allah bagi bekal akhirat nanti.

8.  Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu bemain di minda. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya. Sememangnya ini adalah realiti kehidupan mereka yang berkahwin apabila bertambah bilangan anak, status ekonomi akan meningkat dari masa ke semasa.

10. Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, betul tak? Jika benar anda menyayanginya dan ingin berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah dan menangung derita sepanjang zamah.

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi?

Yang menjadi halangan kepada muda-mudi untuk kahwin pada usia muda adalah sikap keluarga dan masyarakat. Kini belanja kahwin telah menjadi satu trend untu bermegah dah menunjuk-nunjuk. mas kahwin yang ditetapkan oleh Islam adalah berpadanan dan mengikut kemampu penganting lelaki. Kini telah jauh tersasar dari matlamat sebenar dengan meletakkan hantaran dengan harga yang mahal berpuluh ribu malah ada yang mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. bukakah ini membebankan menantu.

Kesusahan yang disebab kan adat budaya dan juga perasaan ego nafsu keluarga menyebabkan anak muda yang ingin kahwin terpaksa membenamkan hasratnya. Masa yang agak lama di ambil untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan kahwin menyebabkan muda mudi terus menjalin cinta mereka, bagi yang tidak dapat mengawal nafsu sarakah, akan terjebat dengan perbuatan maksiat seperti melakukan zina. hinggalah melahirkan anka luar nikah. Inilah realiti kehidupan  di zaman sekarang.

Untuk  mengatasi situasi yang dimurkai Allah itu, wahai para ibu bapa marilah kita sama-sama membuat perubahan dengan meletakkan hantaran perkahwinan dengan kadar yang terampu oleh bakal menantunya,

Sumber : zoncinta.com

Tuesday, December 2, 2014

KHASIAT POKOK HERBA MISAI KUCING



Khasiat Pokok Misai Kucing

Info dan Khasiat Pokok Misai Kucing

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid     glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang ada dalam badan.

Khasiat Pokok Misai Kucing

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Misai Kucing yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman, Mengurangkan kolesterol + tekanan darah, Merawat lemah jantung + darah tinggi, Merawat penyakit buah pinggan, Orthosiphon Aristatus, pokok misai kucing.


Pengenalan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid     glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang         berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk   menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada   dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok    misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

 KHASIAT
  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi
CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING
    • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
    • minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
    • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
    • Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
    • Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya. Tetapi tahukah korang bahawa TEH DAUN BELALAI GAJAH juga dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk Kanser?

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.
 Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 – 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 – 4 gram daun segar.Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 – 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting   sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.
Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:
  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  • Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing) 

Sumber : Khasiat Herba Untuk Kesihatan
Powered by Blogger.