Khasiat
Pokok Misai Kucing
Info
dan Khasiat Pokok Misai Kucing
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya
boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran
kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol,
orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid,
minyak pati, flavanoid, glukosid glikoprotein, saponin dan
terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat
membuang dan mencuci darah dari toksid yang ada dalam badan.
Khasiat
Pokok Misai Kucing
Dalam usaha mengumpul info khazanah
herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang
terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan
ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat
sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan
tentang Khasiat Pokok Misai Kucing yang mana mempunyai pelbagai nama dan
khasiat seperti Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman,
Mengurangkan kolesterol + tekanan darah, Merawat lemah jantung + darah tinggi, Merawat penyakit buah pinggan, Orthosiphon Aristatus, pokok misai kucing.
Pengenalan
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya
boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran
kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol,
orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid,
minyak pati, flavanoid, glukosid glikoprotein, saponin dan
terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana
dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi
untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air
kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden.
Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan
penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis
(capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga
dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol
darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle
pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus
adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok
herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak
khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti
ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat
popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.
KHASIAT
- Merawat penyakit buah pinggan
- Batu pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Hati dan masalah pundi kencing
- Kencing manis
- Sakit sendi
- Batu karang
- Gout
- Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
- Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
- Nephritis
- Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
- Merawat lemah jantung + darah tinggi
CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING
- Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
- minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan ATAU
- Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
- Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
- Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
Misai
kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik.
Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti
gula dan sebagainya. Tetapi tahukah korang bahawa TEH DAUN BELALAI GAJAH juga dapat merawat pelbagai
jenis penyakit termasuk Kanser?
Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.
Kandungan ortosifonim dan garam
kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu
larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam
hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada
daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah
wanita.Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing
sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini
merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa
kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui
ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan
cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik
paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan
awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya
sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah
satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman
untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan
khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan
untuk herba kering ialah 300 – 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 – 4 gram daun
segar.Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai
bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh)
kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan
pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada
tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang
menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai
kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan
juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.Para penyelidik daripada Fakulti
Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada
sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan
darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah),
penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini
menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi
yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan
tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang
hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di
Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat
antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya
secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti
merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung
pada dos (dosedependent).
Pakar ubatan herba tradisional
Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada
tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti
Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan
Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa
dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 – 1.0g/kg) menurunkan
kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos
(dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya
kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida
plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini
berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada
tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik
penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi
setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting sekali, herba
ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah
berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi,
hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.
Secara ringkasnya kepentingan daun
misai kucing adalah seperti berikut:
- Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
- Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
- Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
- Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing)
Sumber : Khasiat Herba Untuk
Kesihatan
0 comments:
Post a Comment