Introducing San Francisco

Sunday, December 21, 2014

SUKA DUKA SEBUMBUNG DENGAN MERTUA



 
Suka-duka sebumbung dengan mertua
DITANYA sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, majoriti wanita menjawab tidak. Sama ada ia fakta atau pun telahan, apa yang pasti jika tinggal di rumah sesiapa pun yang bukan rumah sendiri pasti menimbulkan kejanggalan, hatta sedikit.

Jangan kata rumah mertua, balik kampung ibu bapa sendiri pun kadang kala kita boleh bermasam muka dengan adik-beradik. Inikan pula dengan orang lain yang bukan darah daging sendiri; yang kita tidak tahu pun sikap dan perangainya. Justeru, apa harus dilakukan? Pokok pangkalnya amalan dan toleransi.

Rata-rata wanita berpendapat jika mahu tinggal dengan mertua amalan toleransi itu penting. Peranan suami juga harus signifikan dengan keperluan antara isteri dan ibu bapa sendiri. Ada wanita yang gemarkan kehidupan sosialisasi dalam keluarga. Biar ramai janji riuh dengan gelak tawa dan suka duka penghuninya.

Ada wanita mahukan lebih privasi dalam rumah tangga. Mereka tidak mahu terkongkong dan tidak mahu menghadapi keterbatasan di rumah sendiri. Dan sudah tentu apabila diaju soalan sama ada mahu tinggal di rumah mertua atau tidak, wanita kategori ini tidak bersetuju.

WOW sempat menemu bual beberapa pembaca wanita yang mahu berkongsi pengalaman. Rata-rata tinjauan di laman sosial juga mengakui lebih banyak duka berbanding suka. Namun, dalam semuanya masih wujud kategori wanita yang berbahagia apabila tinggal bersama-sama keluarga mertua.

Majoritinya mengakui, yang menjadi masalah dalam perhubungan adalah antara ibu mertua dan wanita sahaja. Antara bapa mertua dan adik-beradik jarang ditimbulkan. Ini kerana, mungkin juga disebabkan faktor ibu yang mahukan layanan lebih daripada anak lelaki sendiri. Malah dalam agama pun, suami dituntut melebihkan ibu berbanding isteri.


Nilai positif

Jika ditimbal semula, kesudian ibu bapa mertua menerima tetamu dalam rumahnya wajar dipuji. Bukan mudah seseorang mahu menerima seseorang yang lain di dalam rumah tangga mereka apatah lagi tamu asing. Beringatlah bahawa dengan mengorbankan privasi anda bersama suami, ibu mertua juga mengorbankan privasinya bersama ahli keluarga lain sebaik membenarkan anda tinggal di rumahnya.

Dari sudut pandang yang positif, tinggal di rumah mertua memberikan penjimatan sewa rumah, makan minum atau belanja dapur dan bil-bil tertentu seperti air dan elektrik. Ini kerana, ahli keluarga mungkin boleh berkongsi tanggungjawab melangsaikan perbelanjaan tersebut.

Pasangan yang baik adalah pasangan yang mengambil kesempatan menyusun strategi kewangan agar suatu masa mereka dapat membeli rumah sendiri hasil simpanan semasa tinggal dengan mertua. Perkara ini banyak terjadi dalam kalangan rakan-rakan penulis yang tinggal bersama keluarga mertua.

Mereka bukan sahaja hidup harmoni  malah kewangan mereka jarang ditimpa masalah. Bukan sahaja sewa rumah malah kos upah mengasuh anak-anak juga boleh dijimatkan atau disalurkan kepada ibu mentua yang sudi membantu.

Kesimpulannya, amalan merendahkan ego dan bertoleransi amat penting apabila tinggal dengan keluarga mertua. Janganlah segala perbelanjaan dibebankan ke atas bahu orang tua sedangkan anda juga bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Walaupun tidak disuruh atau tidak ditetapkan garis panduan mengenai peranan anda di rumah tersebut, andalah yang harus bijak memainkan peranan sendiri.
 
Nilai negatif

Bermasam muka, salah faham, perbalahan dan umpat keji mungkin boleh berlaku dalam hubungan kekeluargaan yang berkongsi di bawah satu bumbung. Apatah lagi perhubungan antara mertua dan menantu.

Ada pembaca yang berkongsi cerita bahawa ibu mentuanya bersikap pilih kasih meski pun dia mempamerkan sikap yang baik dan ringan tulang. Dalam hal ini dia berpendapat tinggal di rumah mertua lebih banyak dukanya berbanding suka. Sementelah lagi, persaingan antara dirinya dan menantu-menantu yang lain membuatkan dia sering rasa terpencil dan diketepikan.

Faktor suami yang bergantung dengan kedua-dua ibu bapa mertua juga menyebabkan dia sebagai isteri berasa rendah diri dan tidak mempunyai hak langsung untuk bersuara. Malah dia sendiri tidak bekerja. Dalam situasinya tidak hairan jika dia dipandang sepi keluarga.

Walaupun dia berusaha keras mempamerkan sikap rajin, membantu dari segi tenaga di dalam rumah tangga, baktinya tetap tidak mampu menandingi kuasa wang yang ditaburi menantu dan anak lain dalam rumah tersebut. Salah siapa? Tidak perlu menuding jari.

Semoga perkongsian kali ini membuka mata anda untuk membuat pilihan. Sama ada anda menantu atau ibu mertua, berlapang dadalah dan buat penilaian menerusi isu yang diketengahkan WOW minggu ini. Andai kita memandang kesempurnaan, takkan terlihat kehidupan. Kerana hidup sesungguhnya mempunyai warna-warni dan cacat-celanya yang tersendiri. 

(Tidak dinafikan ada menantu perempuan rapat dengan mertua. )


Wallaua’lam.

Sumber : SH oleh NOR KHALILAH GUSTI HASSAN, WAN AMALIA WAN MOHD DAUD

CARA MERAIH KEJAYAAN YANG DIANJURKAN ISLAM



10 Cara Untuk Berjaya Mengikut Kaedah Islam
 Kejayaan  yang kita raih, insya Allah kejayaan dunia akhirat, selagi  kita ikhlas kerana Allah.. Kuncinya jangan  meminta balasan atau berharap kepada selain Allah. Dan niat utama kita lakukan sesuatu pekerjaan  adalah beribadah kepada Allah dan kerana Allah. Bukan kerana harta, kerana ingin mendapat pujian atau untuk berjaya di dunia sahaja.

Jika kita mengharapkan rahmat Allah di akhirat, insya Allah dunia akan mengikuti.
10 perkara untuk mendapat kejayaan mengikut kaedah yang di anjurkan Islam adalah seperti berikut:
-
1. Niatkan Maka Kau Akan Mendapatkan

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadist:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. (HR Bukhari Muslim).
Niat yang kita pasang setip kali melakukan sesuatu adalah dilakukan kerana Allah, buat kerana perintah Allah atau untuk menjaga amanah Allah.

2. Mendoakan kebaikan Saudara Kita
Rahasia itu ialah: mendo’akan saudara kita kebaikan yang sama dengan yang kita inginkan tanpa sepengetahuan orang tersebut. Jika kita mendo’a saudara kita, tanpa sepengathuan kita, insya Allah kita akan mendapatkan apa yang kita do’akan.

Dari Abu Darda ra bahwasannya ia mendengar Rosululloh SAW bersabda: “Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti itu”. (HR. Muslim)

3. Miliki Ilmu
Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti keutamaan (cahaya) bulan purnama atas seluruh cahaya bintang. (H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah)

“Barangsiapa menginginkan kejayaan dunia hendaklah diraihnya dengan ilmu dan barangsiapa menghendaki kejayaan  akhirat hendaklah diraihnya dengan ilmu, barangsiapa ingin kejayaan  dunia dan  akhirat hendaklah diraih dengan ilmu” ~Iman Syafi’i

4. Berubahlah Untuk Lebih Baik
Allah yang menentukan kejayaan kita, namun  Allah  telah berfirman  agar kita  hendaklah mengubah diri sendiri. Maka, jika Anda ingin meraih apa yang Anda inginkan atau mengubah keadaan  Anda, maka berubahlah.

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaum itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada pada dirinya ” (QS Ar-Ra’d:11)

5. Hubungkan Silaturahim
Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau dikenang bekasnya (perjuangan atau jasanya), maka hendaklah ia menghubungkan silaturahmi.” (HR Muslim)
Barang siapa yang senang dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya, dan dijauhkan dari kematian yang buruk, maka hendaklah bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahmi.” (HR Imam Bazar, Imam Hakim)

6.  Sentiasa Berdo’a
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahwasanya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang memohon kepada-Ku. Maka bermohonlah kepada-Ku dan berimanlah kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Q.S Al-Baqarah :186).

Hadits dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdo’a, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya do’a bermanfa’at bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali do’a, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada do’a”. (HR Turmudzi dan Hakim)

7. Tawakal Kepada Allah
Dari Umar bin Khoththob radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-sebenarnya tawakkal, niscaya Dia akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada sore hari dalam keadaan kenyang.”
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

8. Sentiasa Bersedekah
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangaki: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. Al Baqarah: 261)

Perkara sedekah secara ikhlas ini terbukti akan mendapat ganjaran rezeki yang berganda dari Allah tanpa kita hitungnya. Setu pengalamn saya bersama isteri pada suatu hari kami pergi ke hospital untuk mendapat rawatan susulan sakit isteri. Setiba di hospital kami menunggu gilirin untuk berjumpa doktor lebih 3 jam (11.00 pagi – 1.00 tengahari) semasa sedang menunggu itu kami dapati seorang makcik yang lanjut usia (lebih 80 tahun) juga sedang menunggu. Oleh kerana lewat mendapat gilirin waktu kami menunggu itu telah sampai hampir jam 1.00 tengah hari.

Kami lihat mak cik tua itu dalam keadaan kurang bermaya. Isteri saya bertannya kepadanya kenapa dia kelihatan letih, jawab mak cik bahawa dia belum bersarapan pada pagi tadi. Kerana kasihan isteri telah memberi dua biji karipap dan sebotol air mineral yang kami bawa sebagai bekal. Mak cik makan kuih berkenaan dan mengucapkan terima kasih berkali-kalai.

Selepas berjumpa doktor pada jam hampir 1.30 petang, saya menolak isteri yang berada di atas wheelchair untuk ke kerata. Setiba di pertengahan jalan kami terserempak dengan sepasang suami isteri (kawan lama) yang ingin melawat pesakit di dalam wad. Isteri kawan saya itu mengur isteri saya dan beborak ringkas. Semasa dia hendak meniggalkan isteri di hulurkannya duit RM50 kepada isteri. 

“Nah inilah buktinnya yang Allah janjikan bahawa sedekah yang ikhlas akan di beri rezeki berganda oleh-Nya”. Bila isteri mendengar kata-kata saya itu dia terus menangis keinsafan. Kami terkedu dengan peristiwa ini yang hanya sedekah karipap dan air (harga tak sampai RM1.00 telah digantikan dengan RM50.00 . Ianya menjadi iktibar kepada kami.

9. Bersyukur
Jika kamu bersyukur pasti akan aku tambah (nikmat-Ku) untukmu dan jika kamu kufur maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih” (QS Ibrahim: 7)

10. Bertaqwa
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (QS. Ath Thalaaq:2-3)

Rumusan
10 Cara Kejayaan dalam Islam ini hanya sebahagian dari cara kejayaan yang diterangkan  di dalam Al Quran dan hadits. Jika diteliti  lebih mendalam lagi, akan terjumpa sangat banyak yang amalan yang akan memberi kejayaan kepada kehidupan kita. Islam menyarankan supaya kita melakukan perkara-perkara yang membawa kejayaan di dunia dan juga di akhirat  bukan hanya kejayaan di dunia sahaja sepertima yang selalu dikejar oleh mereka yang tidak beriman dan kaum kafir. 


Powered by Blogger.