10 Cara Untuk Berjaya Mengikut Kaedah Islam
Kejayaan yang kita raih, insya Allah kejayaan dunia
akhirat, selagi kita ikhlas kerana
Allah.. Kuncinya jangan meminta balasan
atau berharap kepada selain Allah. Dan niat utama kita lakukan sesuatu
pekerjaan adalah beribadah kepada Allah
dan kerana Allah. Bukan kerana harta, kerana ingin mendapat pujian atau untuk
berjaya di dunia sahaja.
Jika kita mengharapkan rahmat Allah
di akhirat, insya Allah dunia akan mengikuti.
10 perkara untuk mendapat kejayaan
mengikut kaedah yang di anjurkan Islam adalah seperti berikut:
-
1. Niatkan Maka Kau Akan Mendapatkan
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah
hadist:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar
bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw
bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan
sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.
(HR Bukhari Muslim).
Niat yang
kita pasang setip kali melakukan sesuatu adalah dilakukan kerana Allah, buat
kerana perintah Allah atau untuk menjaga amanah Allah.
2. Mendoakan kebaikan Saudara Kita
Rahasia itu ialah: mendo’akan
saudara kita kebaikan yang sama dengan yang kita inginkan tanpa sepengetahuan
orang tersebut. Jika kita mendo’a saudara kita, tanpa sepengathuan kita, insya
Allah kita akan mendapatkan apa yang kita do’akan.
Dari Abu Darda ra bahwasannya ia
mendengar Rosululloh SAW bersabda: “Tiada seorang muslim yang mendoakan
saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk
kamu pula seperti itu”. (HR. Muslim)
3. Miliki Ilmu
Dan sesungguhnya keutamaan orang
yang berilmu atas orang yang ahli ibadah seperti keutamaan (cahaya) bulan
purnama atas seluruh cahaya bintang.
(H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majjah)
“Barangsiapa menginginkan kejayaan dunia
hendaklah diraihnya dengan ilmu dan barangsiapa menghendaki kejayaan akhirat hendaklah diraihnya dengan ilmu,
barangsiapa ingin kejayaan dunia
dan akhirat hendaklah diraih dengan
ilmu” ~Iman Syafi’i
4. Berubahlah Untuk Lebih Baik
Allah yang menentukan kejayaan kita,
namun Allah telah berfirman agar kita hendaklah mengubah diri sendiri. Maka, jika
Anda ingin meraih apa yang Anda inginkan atau mengubah keadaan Anda, maka berubahlah.
“Allah tidak akan mengubah nasib
suatu kaum sampai kaum itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada
pada dirinya ” (QS Ar-Ra’d:11)
5. Hubungkan Silaturahim
“Barang siapa yang ingin
diluaskan rezekinya atau dikenang bekasnya (perjuangan atau jasanya), maka
hendaklah ia menghubungkan silaturahmi.” (HR Muslim)
“Barang siapa yang senang
dipanjangkan umurnya, diluaskan rezekinya, dan dijauhkan dari kematian yang
buruk, maka hendaklah bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahmi.” (HR
Imam Bazar, Imam Hakim)
6. Sentiasa Berdo’a
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya
kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahwasanya Aku dekat. Aku mengabulkan doa
orang-orang yang memohon kepada-Ku. Maka bermohonlah kepada-Ku dan berimanlah
kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Q.S Al-Baqarah :186).
Hadits dari Imam Turmudzi dan Hakim,
diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa
hatinya terbuka untuk berdo’a, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya.
Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang
yang meminta keselamatan. Sesungguhnya do’a bermanfa’at bagi sesuatu yang
sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir
kecuali do’a, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada do’a”. (HR
Turmudzi dan Hakim)
7. Tawakal Kepada Allah
Dari Umar bin Khoththob radhiyallahu
anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian
bertawakal kepada Allah dengan sebenar-sebenarnya tawakkal, niscaya Dia akan
memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada seekor
burung yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada sore hari
dalam keadaan kenyang.”
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
8. Sentiasa Bersedekah
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan
oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangaki: seratus
biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan
Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. Al Baqarah: 261)
Perkara sedekah secara ikhlas ini
terbukti akan mendapat ganjaran rezeki yang berganda dari Allah tanpa kita
hitungnya. Setu pengalamn saya bersama isteri pada suatu hari kami pergi ke
hospital untuk mendapat rawatan susulan sakit isteri. Setiba di hospital kami
menunggu gilirin untuk berjumpa doktor lebih 3 jam (11.00 pagi – 1.00 tengahari)
semasa sedang menunggu itu kami dapati seorang makcik yang lanjut usia (lebih
80 tahun) juga sedang menunggu. Oleh kerana lewat mendapat gilirin waktu kami
menunggu itu telah sampai hampir jam 1.00 tengah hari.
Kami lihat mak cik tua itu dalam
keadaan kurang bermaya. Isteri saya bertannya kepadanya kenapa dia kelihatan
letih, jawab mak cik bahawa dia belum bersarapan pada pagi tadi. Kerana kasihan
isteri telah memberi dua biji karipap dan sebotol air mineral yang kami bawa
sebagai bekal. Mak cik makan kuih berkenaan dan mengucapkan terima kasih
berkali-kalai.
Selepas berjumpa doktor pada jam
hampir 1.30 petang, saya menolak isteri yang berada di atas wheelchair untuk ke
kerata. Setiba di pertengahan jalan kami terserempak dengan sepasang suami
isteri (kawan lama) yang ingin melawat pesakit di dalam wad. Isteri kawan saya
itu mengur isteri saya dan beborak ringkas. Semasa dia hendak meniggalkan
isteri di hulurkannya duit RM50 kepada isteri.
“Nah inilah buktinnya yang Allah
janjikan bahawa sedekah yang ikhlas akan di beri rezeki berganda oleh-Nya”. Bila
isteri mendengar kata-kata saya itu dia terus menangis keinsafan. Kami terkedu
dengan peristiwa ini yang hanya sedekah karipap dan air (harga tak sampai
RM1.00 telah digantikan dengan RM50.00 . Ianya menjadi iktibar kepada kami.
9. Bersyukur
Jika kamu bersyukur pasti akan aku
tambah (nikmat-Ku) untukmu dan jika kamu kufur maka sesungguhnya siksa-Ku amat
pedih” (QS Ibrahim: 7)
10. Bertaqwa
Barangsiapa bertakwa kepada Allah
niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari
arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada
Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(QS. Ath Thalaaq:2-3)
Rumusan
10 Cara Kejayaan dalam Islam ini
hanya sebahagian dari cara kejayaan yang diterangkan di dalam Al Quran dan hadits. Jika diteliti lebih mendalam lagi, akan terjumpa sangat
banyak yang amalan yang akan memberi kejayaan kepada kehidupan kita. Islam
menyarankan supaya kita melakukan perkara-perkara yang membawa kejayaan di
dunia dan juga di akhirat bukan hanya
kejayaan di dunia sahaja sepertima yang selalu dikejar oleh mereka yang tidak
beriman dan kaum kafir.
0 comments:
Post a Comment