Introducing San Francisco

Monday, February 16, 2015

SIKAP WANITA YANG MENJADI IDAMAN LELAKI



Beberapa Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Allah telah jadikan wanita adalah pasangan untuk lelaki. Kerana wanita adalah pelengkapa kepada kehidupan seorang lelaki. Begitulah sebaliknya juga wanita memerlukan lelaki untuk menjadi pasangan hidup mereka dan juga berumah tangga seterusnya berkeluarga.

Oleh kerana Wanita Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan wanita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suamiatau lelaki. Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress , cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing merupakkan anugrah Allah semula jadi lagi.

1.. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya dahulu sebelum memberi kritikan.

2. Manja Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat manja keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat manja keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap manja keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. Kemanjaan wanita membuatkan lelaki lahir sifat simpati dan kesian belas serta lebih bertanggung jawab untuk menjaganya sebagai pelindung dari segala kacau ganggu yang boleh menakutkan kehidupan wanita.


3. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai menjaga dan merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak ramai, sentiasa kelihatan anggun dan menawan.

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. Membolehkan lelaki cubu menlahirkan sifat kejatanannya dalam menjaga dan melindungi wanita.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
‘wanita yang pandai berbicara akan mengatur segala tutur kata supaya sedap di dingar dan tidak menyakitkan telinga serta perasaan. Wanita pandai berbiara akan tahu masa berbual secara berjenaka atau sencara serious mengikut mood lelaki pasasangannya.


6. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Wanita sebegini mempunyai prinsip hidup yang jitu dan tidak mudah dikotak katikkan oleh lelaki. Dia penuh dengan pendirian berdasarkan pandangannya berasaskan kebenaran.

7.. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

8. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Wanita yang pandai bergau menjadi popular dikalangan siapa sahaja yang berkomuniksi dengan nya. Lelaki merasa bangga bila mempunyai pasangan yang pandai bergaul ini kerana ianya memberi impak positif kepada dirinya yang di anggap sebagai seorang lelaki yang bijak dalam memilih teman dan pasangan hidup.


9. Bentuk tubuh yang menarik

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

10. Sentiasa tersenyum apabila berbicara 

Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

11. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. 

Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

12. Penampilan yang sederhana

Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

13. Lemah lembut. 

Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.


14. Jangan perasan 

walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

15. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. 

Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

16. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas

Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

17. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. 

Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.


18.. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. 

Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

19.. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain.

Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

20.  Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. 

Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.



Sumber : Khairul Azmi

Sunday, February 15, 2015

18 PERKARA YANG PEREMPUAN INGINKAN DARI LELAKI



18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki
Sebgai seorang lelaki yang ingin menguasai hati perempuan mestilah mempelajari apakah perkara-perkar yang diperlukan oleh wanita terhadap lelaki sebagai kekasih atau suami.
Satu kaji selidik telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji sains siosial dan rumusan yang didapati daripda kajian mereka adalah seperti berikut.
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam. Mereka yakin bahawa lelaki yang beramal soleh adalah seorang lelaki yang bertangung jawab terhadap pasangannya. Tindak tanduk mereka sentiasa didasarkan kepada panduan agama. Kehidupan mereka sentiasa terjamin dan akan memperolehi penjagaan yang sempurna dari lelaki yang soleh.
2. Bersikap adil
Perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini. Lelaki yang bersikap adil akan pastikan semua pihak di bawah amanah jagaannya yang ditetapkan oleh syariat akan di jaga sebaiknya kerana dia mengetahui bahawa jika tidak beralku adil balasan Allah di akhirat kelak amat pendih.
3. Bertanggung jawab
Sikap bertanggung jawab sememangnya amat diperlukan oleh wanita yang mempunyai sifat semulajadi adalah lemah. Mereka memerluka lelaki  mempunyai sikap yang bertanggung jawab bagi menjadin keselamatan mereka.. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan. Sikap bertolak ansur sememangnya di amalkan oleh Nabi saw dalam menjaga hati isteri-isteri baginda. Ini kerana wanita diibaratkan sebagai tulung rusuk yang bengkok, jika ingin diluruskan perlu berhati-hati jika dilakukan secara kasar ianya akan patah.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.Ikhlas ini juga akan menjadikan seseorang wanita itu yakin dengan pasangannya, kerana jika tidak ikhlas boleh berlaku perbuatan curang yang amat di benci oleh wanita. Lelaki curang selalunya bermula daripada sifat yang tidak ikhlas dan suka menipu dan bercakap bohong.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.Ini adalah sifat semula jadi wanita yang lemah dan manja dan perlu kepada belian lelaki secara romatik dan memanjakan dirinya saban masa. Ini bersesuaian dengan sifat keibuan yang diberikan oleh Allah kepada wanita yang lemah lembut dan suka bermanja.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Kasih sayang tidak akan lahir jika hubungan antara lelaki dan wanita itu tidak ikhlas. Oleh itu kasih sayang adalah satu tindakan naluri seseorang lelaki kepada wanita yang di sayangi dan dicintainya./
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.Orang yang jujur akan mempastikan wanita yang dikasihinya itu sentiasa di jaga hatinya dan akan memberi belian kasih sayang  sebaik mungkin. Kerana dirinya tidak ada lagi wanita lain dalam minda untuk di jadikan tempat melepas rindu dan menumpang kasih sayang. Sebaliknya lelaki yang tidak jujur sering main kayu tiga dajn menipu pasangannya kerana mengikut hawa nafsu yang menjurus kepada keseronakan seks semata-mata.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.Kepercayaan yang diberikan oleh lekaki kepada wanita pasangannya adalah satu pengikhtirafan terhadap hubungan kasih sayang yang ikhlas dan setia.Jika ada sifat curiga diantara pasangan sudah pasti tidak akan berlaku kepercayaan. Mereka saling syak wasangka dan sentiasa mempunyai prasangka buruk terhadap pasangan mereka. Ini adalah satu situasi yang tidak baik bagi hubungan lelaki dan wanita..
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Perkra-perkara yang dinyatakan di atas adalah diantara kemahuan naluri wanita dari pihak lelaki pasangannya. Sungguhpun begitu kita harus ingat hubungan yang mesra diantara  lelaki dan wanita itu perlu kepada tindak balas dari kedua-dua pihak, Jika lelaki telah menunaikan tanggung jawabnya untuk mempastikan pasangannya sentasa bahagia  pihak wanita juga perlu memainkan peranan mereka untuk memikat hati lelaki. Dan yang palin utama segala perkara yang dilkukan oleh lelaki dan wanita dalam menjalinkan hubungan mereka ianya juga bergantung kepada ketnetuan Allah yang akan memberi hidayah bagi membolehkan hubungan mereka sentiasa bahagia. Manusia hanya boleh meancang tetapi yang menetukan segala-galanya adalah Allah.

Wallahu alam.
Powered by Blogger.