Beberapa
Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
Allah telah jadikan wanita adalah
pasangan untuk lelaki. Kerana wanita adalah pelengkapa kepada kehidupan seorang
lelaki. Begitulah sebaliknya juga wanita memerlukan lelaki untuk menjadi
pasangan hidup mereka dan juga berumah tangga seterusnya berkeluarga.
Oleh kerana Wanita
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan wanita untuk menjadi
wanita yang disukai oleh suamiatau lelaki. Banyak lelaki yang terpikat pada
wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress ,
cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan
dalam diri masing-masing merupakkan anugrah Allah semula jadi lagi.
1..
Penuh Pengertian
Sikap pengertian
wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau
menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya dahulu sebelum
memberi kritikan.
2. Manja
Keanak-anakkan
Dalam batas yang
wajar, sifat manja keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat
manja keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap manja
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan
naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih
berghairah. Kemanjaan wanita membuatkan lelaki lahir sifat simpati dan kesian belas
serta lebih bertanggung jawab untuk menjaganya sebagai pelindung dari segala
kacau ganggu yang boleh menakutkan kehidupan wanita.
3.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai
wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai menjaga dan merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan
tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih
kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak ramai, sentiasa kelihatan
anggun dan menawan.
4.
Menghargai
Wanita yang
menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka
diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas
dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Membolehkan lelaki cubu menlahirkan sifat kejatanannya dalam menjaga dan
melindungi wanita.
5.
Pandai berbicara
Lelaki tertarik
dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik
perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif,
tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan
yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran
terbuka.
‘wanita yang
pandai berbicara akan mengatur segala tutur kata supaya sedap di dingar dan tidak
menyakitkan telinga serta perasaan. Wanita pandai berbiara akan tahu masa
berbual secara berjenaka atau sencara serious mengikut mood lelaki
pasasangannya.
6.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan
wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai
keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki
terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta
menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak
akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Wanita
sebegini mempunyai prinsip hidup yang jitu dan tidak mudah dikotak katikkan
oleh lelaki. Dia penuh dengan pendirian berdasarkan pandangannya berasaskan
kebenaran.
7..
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita
yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan
mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar
keluar dengan indah & mempesona…
8.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai
bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang
yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan
tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Wanita yang pandai
bergau menjadi popular dikalangan siapa sahaja yang berkomuniksi dengan nya. Lelaki
merasa bangga bila mempunyai pasangan yang pandai bergaul ini kerana ianya
memberi impak positif kepada dirinya yang di anggap sebagai seorang lelaki yang
bijak dalam memilih teman dan pasangan hidup.
9.
Bentuk tubuh yang menarik
Susuk tubuh hebat
sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi
mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga
bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk
tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil
cantik di hadapan mereka.
10.
Sentiasa tersenyum apabila berbicara
Cuma jangan
keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang
mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan
pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri
dan tahu menghormati orang lain.
11.
Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda.
Si dia pasti akan
menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak
menipu.
12.
Penampilan yang sederhana.
Jangan keterlaluan
apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai
kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu
sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak
digemarinya.
13.
Lemah lembut.
Sifat ini cukup
untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang
mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
14.
Jangan perasan
walaupun anda
sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji
anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu
itu.
15.
Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap
sedemikian.
Selalunya apabila
berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau
dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda
miliki.
16.
Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas.
Jangan sekali-kali
membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati
golongan wanita yang sebegini.
17.
Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda.
Jangan sekali-kali
menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu
sememangnya pahit untuk ditelan.
18..
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
Adakalanya lelaki
juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau
anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama
anda.24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya
anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit,
cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda
menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia
berbangga dengan usaha anda itu.
19..
Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain.
Perkara itu hanya
akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila
bersama dengan anda lagi.
20. Belajar berdikari dan jangan terlalu
bergantung harap pada si dia.
Selalunya lelaki
tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang
lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau
membayar bil seorang diri.
Sumber : Khairul Azmi
0 comments:
Post a Comment