Introducing San Francisco

Tuesday, September 16, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( CINTA SAMPAI KE SYURGA) - CAKNA KELUARGA




Pamer keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga. “Cakna Keluarga “

Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”. Islam mewajibkan kepada para suami selaku  ketua keluarga  untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)”.

Para mufasir mengatakan  ayat al-Quran ini telah menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar suami mendidik diri agar terselamat daripada seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seterusnya suami juga berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada melakukan sebarang perkara maksiat. Suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan kepada para suami selaku ketua keluarga  untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Jika di halusi ayat al-Quran di atasi telah menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar kita mendidik diri agar terselamat daripada seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seterusnya kita juga berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada terjebak dalam sebarang perkara maksiat. 

Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.

Nabi SAW telah bersabdaMaksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka”.
Saya masih ingat pesanan ustaz yang mengajar kuliah maghrib di masid pada suatu hari mengatakan:

“ tanggung jawab seorang suami yang telah ditatapkan oleh Islam terhadap isteri dan keluarga yang pimpinya adalah amat besar, para suami perlu ingat bahawa dia akan dipertanggung jawabkan di depan Allah nanti berkaitan peranannya untuk mengmbil berat atau cakna terhadap keluarga tentang perkara berikut. “ 

1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7: Maksudnya: “Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.

2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama kerana kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas al-Quran, fardhu ‘ain dan sebagainya.

3) Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

4) Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang bahaya. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6)

5) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang bijaksana bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

.  ‘Nasihatilah mereka serta didiklah mereka supaya kamu dan keluarga kamu terselamat daripada azab api neraka yang besar yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’ (Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, 28/316).

 Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.
Nabi SAW telah bersabda:
مروا أبناءكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
( رواه أحمد وأبو داود والحاكم)
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka”.

Islam menetapkan suami perlu memberi nafkah mengikut kemampuan masing-masing, Bagi sumai yang kaya dan berada boleh memberi perbelanjaan makan minum dan lain-lainya menurut  kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.

Realiti dalam kehidupan ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

Sikap sentiasa memberi keperihatinan yang tinggi terhadap keluaraga jika diamalkan oleh suami, sudah pasti akan mendapat sanjugan dari semua ahli kelurga. Bila mana si suami mempunyai sifat amat cakna kepada keluarga, akan menjadikan perhubungan di antara sumai dan isteri bertambah erat dan juga hubungan diantara ibu bapa dengan anak-anak mereka serta cucu-cucu mereka akan juga erat. Bila situasi ini dapat dipahat dalam hati naluri setiap keluarga, ianya akan mejadi pemakin kepada keluraga berkenaan untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Keperihatian yang tinggi si suami kepada isteri menjadikan isteri begitu menyanyangi si suami, kerana sisuami punyai keperihatian yang tinggi, bila ada apa-apa masalah yang dikemukan oleh isteri atau ahli keluraga, ianya akan cepat-cepat mencari alternative untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Orang yang punyai sikap sebegini amat di sayangi oleh wanita, kerana memang menjadi sifat semula jadi untuk mendapat perhatian dari lelaki, lebih-lebi lagi dari suaminya.

Keperihatinan yang tinggi juga akan menyebabkan anak-anak sentiasa menrespect si bapa. Bila si bapa sebagai keluarga di beri respek oleh anak-cucu mereka dalam apa jua keadaan,maka akan memudahkan sibapa memainkan peranannya untuk melahirkan keluarga yang bahagia sebgaimana ditunjukkan oleh Rasullallah SAW.

Suami yang mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga, akan sentiasa mengigati keluarga di rumah, akan di fikirkan kebajikan keluarga. Jika dia berada di luar negeri, akan seringkali mengigati isteri yang berada di rumah. Walaupun berada outstation tanggung jawab untuk mengigati rutin harian di rumah tetap tidak dilupan, saya akan telefon isteri bertanya khabar tentang makan minum, ubatan dan kesihatan isteri yang sakit lumpuh, begitu juga tentang kebajikan dan makan minum kedua ibu dan ibu mertua yang telah tua. Bila sikap keperihatinan ini saya lakukan, anak-anak yang ditugaskan menjaga ibu dan nenek merekan akan pastikan semua tugasan rutin setiap hari dilakukan mengikut jadual yang sepatutnya.

Suami yang perihatin juga akan pastikan semua keluarga di bawah amanah tanggung jawab yang ditetapkan oleh syarak anak dilaksanakan sebaik mungkin. Umpamanya berkaitan nafkah, saya akan pastikan disediakan secukupnya pada setiap bulan. Untuk pastikan nafkah adalah menukupi saya terpaksa berkerja kuat setiap masa. Satu keadaan yang agak meruncing bagi saya apabila dikehendi bersara pada umur 55 tahun. Jumlah wang persaraan saya hanya RM1.3K sahaja sebulan, sedangkan perbelanjaan bulanan adalah dalam likungan RM3 – 4K sebulan. Untuk menampung kekurangan itu, saya terpaksa berkeja dengan syarikat swasta. Alhamdulilah dengan kesungguna saya untuk memperolehi pendapat tambahan bagi menampung kukuranga wang pencen, Allah telah merustinya dengan memberi saya kerja, dan gajinya juga adalah mamapu mencukupi segala kekurangan.


Pengajaran dan iktibar:

1.       Suami yang mempamirkan keperihatinan yang tinggi kepada keluraga akan mendapat sanjugan dari semua ahli keluraga mereka. Dia  akan direspek oleh isteri dan anak-anak dan menantu serta cucu-cicit mereka.

2.       Suami yang begitu perihatin terhadap keluarga akan menjadikannya seorang yang sentiasa kuat bekerja bagi mencari naafkah untuk diberi kepada keluarga mereka. Jika dia mempunyai sifat yang gigih untuk berjaya dalam kehidupan, sudah pasti suami sebegini akan memperolehi kejayaan pada akhir penghidupan berumah tangga dan . Suami sebegini adalah orang yang berdedikasi setiap masa, dan sudah pasti Allah Yang Maha Pemurah akan memberi rezeki yang secukupnya.

3.       Suami yang pamer keperihatinan yang tinggi kepada keluraga akan sentiasa pastikan ia akan menjalankan amanah untuk menjaga keluragnya mempunyai sumber pendapat yang mencukupi, diperolehi melalui sumber yang halal. Dalam aspek perbelajaan terhadap keluarga saya tidak kekdekut tetapi tidak pula sampai boros berbelanja. Sikap ini menyebabkan dia begitu perihatian terhadap usaha mencari rezeki yang mencukupi kepada keluraga setiap masa, dan Allah telah janjikan bahawa orang yang gigih berusaha akan memperolehi razeki yang dihajatinya. IsnyaAllah.

4.       Si suami yang perihatian kepada keluarga akan memperolehi rahmat dan hidayah Allah sepenjang masa. Ini kerana suami yang perihatian akan pastikan dianya sentiasa mematuhil perintah Allah terutamanya berkaitan dengan ibadat solat. Bila solat dirinya dan keluarga sentiasa dijaga menjadikan kelurga mereka berada dalam peliharaan dan kerahmatan Allah sepanjang masa. IsyaAllah.
 ,
   Wallahu a'lam.

Monday, September 15, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Ke Syurga): SENTIASA BERUBAH SECARA POSITIF




 Sentiasa berubah secara positif. 

"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang rugi. Dan jika hari ini lebih buruk dari kelmarin adalah orang celaka" (Hadts).                                .

"DUNIA makin menua, namun tetap cantik dan semakin mempesona untuk dipandang dan dinikmati..." Kalimat itu, menurut sebuah riwayat, diucapkan Malaikat Jibril dalam peristiwa Isra Mi'raj. Hal itu dikemukakannya ketika menjawab pertanyaan Rasulullah SAW, setelah beliau "diganggu" oleh seorang wanita tua namun tetap menampakkan kejelitaannya. Wanita tua yang menunggang kuda dan berteriak, "Ya Muhammad... Ya Muhammad!"

Sekiranya, kisah di atas di jadikan contoh untuk  renungan kita untuk membuat perubahan diri dalam mengharuni kehidupan di dunia ini. Kisah itu seharusnya dapat memberi kesedaran  kepada kita, betapa masa yang silih berganti, tahun demi tahun berganti merupakan pertambahan usia bagi kita juga bagi dunia ini yang  semakin hampir dengan penghujunnya. 

Islam mengajarkan, hari-hari yang kita lalui hendaknya selalu lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dengan kata lain, setiap Muslim dituntut untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Rasulullah SAW menyatakan, "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang merugi. Dan jika hari ini lebih buruk  dari kelmarin, adalah orang celaka". Kita harus senantiasa hisbah diri, mungkin selama ini kitadibuai keseronokan kehidupan dunia, waktu habis untuk mengejar kesenangan duniawi dengan mengabaikan bekal untuk kehidupan akhirat .                                                                                              .

Oleh karena itu, muhasabah diri harus senantiasa dilakukan untuk menuju kehidupan yang lebih baik. Kehidupan dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk menuju alam kekal di  akhirat. Di alam persinggahan inilah saatnya mengumpulkan bekal berupa amal soleh sabanyak mungkin. Imam Hasan Al-Basri mengatakan, ''Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah sebahagian dari hari, apabila satu hari berlalu, maka berlalu pulalah sebahagian hidupmu". DALAM menjalani kehidupan di dunia ini kita bergelut dan berpacu dengan waktu. Dan bagi seorang Muslim, waktu sangat penting baginya. Bahkan dalam QS Al-'Ashr:1-3 Allah SWT bersumpah dengan waktu. Hal itu menunjukkan betapa kita harus mempergunakan waktu hidup di dunia ini untuk beriman dan beramal shaleh. Terlebih, dalam ayat tersebut dinyatakan, semua manusia akan kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Dalam proses menghisbah dirii, kita patut mengajukan pertanyaan: apakah waktu kita yang telah berlalu itu telah kita isi dengan amal ibadah.      
                                                                                  .
Apakah yang masih kurang dalam diri kita, sebanyak mana iman, ilmu, dan amal? Lalu apa yang akan kita lakukan untuk hari-hari mendatang? Kita sepatutnya memulainya dengan melakukan " Mengenali diri" (ma'rifatunnafsi). Menurut Imam Al-Ghazali, pengetahuan tentang diri adalah kunci pengetahuan tentang Tuhan. Nabi SAW menyatakan, "Siapa yang mengenali dirinya sendiri, akan mengenali Tuhannya".                                           .

Mengenal diri berarti mengetahui hakikat hidup dan tujuannya, termasuk mengetahui arti keberadaan kita di alam dunia ini. Orang yang "lupa diri" tentu akan mengabaikan status dan fungsinya di dunia ini.Ia tidak akan peduli tentang hakikat hidup, siapa dirinya, dan mengabaikan perintah dan larangan Tuhannya. MENGENAL diri juga bermakna mengenal siapa sebenarnya manusia. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dimuliakan oleh-Nya, mempunyai kelebihan dibanding makhluk lain yaitu akal. Dengan akalnya manusia dapat memahami segala fenomena alam (ayat kauniyah), menerjemahkan dan mempraktekkan wahyu Allah SWT (ayat qauliyah), dan menciptakan kebudayaan untuk mengatasi persoalan hidup. Agar tidak berlaku sombong dan "sadar diri", salah satu cara adalah menyadari bahwa asal penciptaan kita adalah air mani. Dan, ketika mati tubuh manusia menyatu dengan tanah, tinggal tulang-belulang. Tubuh indah dan wajah tampan atau paras cantik berakhir sudah ketika mati. Sementara ruh kita kembali menghadap Allah SWT untuk mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita, rezeki kita, amanat yang kita terima, termasuk sejauh mana implementasi perjanjian kita dengan Allah di "alam ruh" di mana kita mengakui Allah sebagai Tuhan (QS. 7:172). Maka dari itu, "Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat)" (QS. 59:18).

Bagi saya sememangnya saya mengamalkan sikap buat perubahan kepada diri sendiri dahaulu sebelum meminta orang lain berubah. Oleh itu saya sentiasa melihat dan membuat cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat kelemahan orang lain. Sikap sebegini memang menjadi prinsip hidup saya semenjak saya berusia belasan tahun lagi.

Lahirnya sifat sebegini dalam kamus kehidupan saya mungkin kerana di diuji oleh Allah dengan kehidupan yang penuh mencabar semenjak saya berumur belasan tahun lagi.  Pada masa saya di tingkatan tiga pada tahun 1969 di sebuah sekolah menengah, saya telah mengalami sakit sendi lutut kanan, menyebabkan terpaksa ke sekolah setiap hari dengan lutut yang bebalut dengan “cripe bandage”. Malunya tidak terhingga kerana pada masa itu pakaian seragam sekolah adalah baju kemeja dan seluar pendek, bagi murid tingkatan empat dan lima sahaja dibenar memakai seluar panjang. Saya terpaksa menepuhi segala itu dengan penuh sabar dan tabah kerana cita-cita saya adalah untuk mendapatkan ilmu dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan LCE (sekarang ni PMR).

Kemuncak kepada dugaan Allah terhadap saya apabila hampir 2 bulan untuk menduduki peperiksaan saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius, terpaksa berulang alik dari asrama ke hospital setiap hari untuk mendapat suntikan, setalah saya di discaj dari hospital. Nasib baik pada masa itu Pengetua sekolah yang juga seorang warder asrama sangat baik hati  menghantar saya mendapat suntik di hopistal setiap hari.  Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yang memberi kemudahan melalui seorang pengtua yang begitu perihatin dan baik hati. Mungkin Allah ingin menguji saya lagi kerana pada saat hampir  tarikh peperiksaan saya dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius. Sehinggalah tiba hari peperiksaan LCE saya terpaksa menjalini peperiksaan di dalam wad hospital. Setelah sampai keputusan peperiksaan LCE, saya telah mendapt keputusan grade A dengan agregrate 29, aggregate yang terakhir untuk grade A adalah 31. Saya tetap bersyukur yang amat sangat kerana Allah telah memeberi kejayaan dalam pepriksaan LCE walaupun tidak cemerlang sebagaimana diharapkan oleh saya dan keluarga.

Setelah tiba masa permulaan penggal sekolah di tahun berikutnya  (1970) saya telah berjaya ke tingkatan 4 sains. Saya hanya sempat bersekolah selama satu minggu sahaja , kerana sakit lutut semakin merebak dan terpaksa mendapat rawatan di hospital. Kaki saya telah di simen POP untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk membolehkan  sendi yang rosak dapat dipulihkan. Sehubungan itu saya telah diberi cuti sakit selama tempoh satu tahun.

Bermula dari tarikh tersebut, satu sejarah baru dalam hidup saya bermula, saya duduk dirumah berihat dengan kaki di simen. Setaip hari ke klinik untuk mendapat suntikan ubat. Dalam suasana kesakitan yang berpenjangan inilah telah mendidik saya menjadi seorang yang begitu tabah dalam menghadapi dugaan Allah.

Oleh kerana  masa depan saya tidak menentu hujung pangkalnya. Saya telah berusaha melengkapkan diri dengan mengimbil kursus membaiki radio dan tv melalui pos, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Saya masih ingat alamatnya di No. 29 Owen Road, Singapura. Namun hasrat  saya itu tidak kesampaian, setelah mengikuti kursus selama tiga bulan, sakit lutut  serius kembali. Terpaksa saya menguburkan hasrat itu.

Sekali sekala saya berlinangan air mata bila memikirkan masa depan  yang begitu suram tanpa menentu kerana tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan penyakit berpanjangan yang di alami, masa berlalu dengan pantas, pada tahun 1972, kawan-kawan di sekolah dahulu, kini telah mendapat keputusan SPM masing-masing. Boleh dikatakan semua kawan sekelas berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran  ke tingkatan enam.

Pada tahun 1973, saya telah bertekad untuk meneruskan perlajaran bagi menduduki peperiksan SPM. Saya memasang hajat  untuk mengambil peperiksaan SPM sebagai calun persendirian. Bermula dari tarikh itu saya telah mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual ulangkaji setiap hari, sehinggalah sampai tarikh peperiksaan sebenar.   Alhamdulillah berkat kesungguhan usaha dan tinggi disiplin diri saya telah berjaya mempoleh SPM dengan pangkat Dua. Keputusan yang agak baik itu telah menjadi kejutan oleh keluarga kerana  hanya belajar seorang diri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tusyen. Semenjak tarikh intu telah memberi pengajaran yang mendalam dalam pemikiran saya , bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu cita-cita kita mesti berubah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kuat berusaha, mendisiplin diri dan sentiasa bergantung kepada kuasa Allah , Bertawakal kepda Allah setelah berusaha sedaya upaya mungkin. InsyaAllah kejayaan akan menunggu di hadapan.

Bermula dari tarikh berkenaan saya telah menjalani satu pembelajaran yang amat berharga dalam kamus kehiidupan. Saya telah menjadai seorang belia yang mempunyai semangat jitu yang tinggi dalam menentukan masa depan  kehiudpan saya. Mempunyai keyakinan bahawa seseorang akan beroleh kejayaan dalam cita–cita hidupnya jika ia mempunyai keyakinan diri untuk berjaya di masa hadapan. Mendisiplin diri, kuat berusaha pasti akan mencapai kejayaan.

Setelah memperolehi SPM dengn Pangkat 2, Ayah telah menghantar saya belajar di Sekolah  Menengah Swasta untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Berbekalkan semangat ingin berjaya yang tinggi, saya telah mendapat kejayaan dalam perperiksaan STPM memperolehi keputusan 4 Prinsipal. Keputusannya adalah di antara yang terbaik di sekolah saya dan diseluruh Negeri Kelantan pada masa itu (1975).

Seterusnya saya telah melanjutkan peljaran ke peringkat Universiti di USM dan setelah empat tahun saya berjaya memperolehi ijazah Sarjan Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Dengan Kepujian.

Daripada rintitan peristiwa yang diceritakan di atas, dapat di ambil iktibar bahawa dengan memiliki sifat yang positif dan tidak mengenal putus asa, serta menganggap segala cabaran dan kepritan hidup yang dialami adalah salah satu ujian yang ditentukan oleh Allah untuk melihat sejauhmana kita mampu menerimanya dan dapat mengatasinya dengan IzinNya. Jika kita mempu mengalami segala dugaan dan cabaran kesukaran itu, maka kita akan membawa obor kejayaan dalam kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Insya Allah kehidupan kita akan beroleh kejayaan di masa-masa hadapan. Kerana Allah berfirman “ sesiapa yang bersabar pasti akan memperolehi kejayaan’ dengan pertolonganNya  dari punca yang tidak diduka sama sekali.


Pengajaran dan iktibar:

1.       Jika kita yakin sesuatu yang berlaku ke atas kita sama ada susah atau senang adalah ketentuan Allah, maka kita tidak akan merasa kekecewaan dalam menempuhi ranjau-ranjua kehidupan.

2.       Mereka yang beriman akan sentiasa sabar menempuh dugaan Allah. Dan pasti berkeyakinaan pada satu masa jika ianya melakukan usaha yang gigih untuk berjaya Allah akan makbulkan doa dan cita-citanya.

3.       Jika suami sebagai ketua keluarga dapat memberi contoh sikap yang positif dan sentiasa memperbaiki diri, saya akan mendapat respek dari isteri dan anak-cucunya. Ini akan memudahkan tindakannya untuk menegur segala kepincangan dalam keluraganya supaya dapat diselarikan dengan kehendak ajaran Islam, dalam apa jua aktiviti kehidupan seharian.

4.       Bila si suami dapat menjadi idola kepada keluarga kerana sikap positif dalam semua perkara,

5.       maka keluarga berkenaan akan memperolehi kebahagian dan pentunjuk dari Allah, kerana Allah menjanjikan kejayaan kepada  orang-orang yang sabar.

6.       Dalam kehidupan kita sebagai ummah Nabi Muhammad SAW, maka kita perlulah sentiasa bergantung harap kepada Allah swt dalam apa jua kebuntuan, kerana jika bermunajat kepada Allah bagi mengatisi sesuatu kesulitan yangd sayalami, Allaj amat menukai umat manusia yang sentiasa memohon pertolongan dariNya,


Sunday, September 14, 2014

KELUARGA BAHAGIA : CINTAILAH ISTERI DENGAN SEPENUH HATI



 Cintai isteri sepenuh hati.
 “Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa”. .Ini akan mejadi realiti jika telah letak niat yang baik semasa mula hasrat hendak kahwin dahulu.

Contoh yang paling baik untuk mendapat tentang bagaimana sesorang suami mencintai sepenuhnya isteri mereka hendakhlah  mencontohi bagaimana Rasulullah SAW mencintai isteri-isteri baginda. Beruntunglah seorang wanita yang mempunyai suami yang mengidolakan Rasululah SAW. Kerana baginda adalah seorang yang sangat sayang terhadap isteri-isteri baginda.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW melihat ada seorang suami yang memukul isterinya. Baginda kelihatan amat marah semasa  melihatnya, sehingga baginda bertanya kepadanya, “Kenapa engkau memukul isterimu itu?” pemuda itu dengan terketar-ketar ketakutan menjawab pertanyaan Nabi SAW, “isteriku itu sangat keras kepala! Sudah berapa kali saya nasihati tapi tetap berdegil juga”. Rasulullah SAW pun berkata lagi, “aku tidak menanyakan alasanmu, tapi aku menanyakan kenapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anak mu”.

Dari cerita ini kita dapat mengambil kesimpulan bahawa banginda adalah orang yang sangat penyayang terhadap siapapun, termasuk kepada isterinya. Seakan-akan beliau ingin menujukan kepada kita bahawa, “Sayangilah isteri kita meskipun melakukan kesalahan untuk yang kali kedua.. Jangan  memukulnya, tetapi nasihatilah dengan cara penuh kasih sayang. Karana semasa e istri kita melakukan kesalahan bukan kerana di sengajakan, mungkin dia terlupa disebabkan  terlalu sibuk mengurus kehidupan keluarga kita.

Suatu hari Rusulullah SAW  pernah tidur di depan pintu rumahnya. Ketika itu Rasulullah pulang lewat malam, mungkin di sebabkan karena ada urusan yang mengharuskan beliau pulang lewat  malam. Ketika Rasulullah SAW mengetuk pintu rumahnya 3 kali, ketukan pertama biasa aja, ketukan kedua dan ketiga menjadi tambah pelan. Ketika Rasulullah Saw tidak mendapati istrinya aisyah membukakan pintu, lantas beliau tidur didepan pintu. 

Rasulullah melakukan hal itu karna beliau sangat menghormati isterinya. Beliau menghargai hak isteri untuk  tidur tanpa mendapatkan gangguan. Padahal waktu itu Aisyah sedang menunggu kedatangan beliau. Waktu itu aisyah terkejut kerana mendapati baginda tiada di dalam rumah, sehinggalah Aisyah keluar membuka membuka pintu rumah, beliau dapati Rasulullah SAW sedang tidur di depan pintu. Aisyah pun beranya “kenapa engkau tidur disini Wahai Rausullah?” Nabi Muhammmad SAW menjawab, “Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan pintu.”

Bagi saya sememangnya saya mencintai isteri sepenuh hati. Kerana saya pada mula-mula melafazkan cinta kepada gadis idaman pada kami mula berkenalan pada tahun 1979 adalah hasrat hati tersangat murni iaitu ingin jadikan gadis pilihan sebagai isteri. Saya  masih ingat dialog pertama kami secara empat mata di sebuah restoran di Kota Bharu;

“ I nak buat your special girl friend” saya meluahkan perasaan. Dia kelihatan agak terperanjat kerana mungkin tidak mengyaka akan keluar perkataan seumpama itu dari mulut seorang pemuda yang baru di kenalinya.
“ Betul ke, apa ada pada saya” dia menjawab dengan suara gugup
“ serious ni” sambil memberi tenungan penuh bermakna.

Ungkapan itu masih terdenggar di telinga ini setiap kali saya memikirkan tentang janji yang telah di lafazkan kepada isteri dahulu.  Ungkapan ini menjadikan sebagai penimbal kepada diri saya apabila saja timbul perasaan marah dan benci terhadap isteri.      

Sebagai menunaikan janji yang cinta saya kepada isteri bukannya cinta main-main sebagaimana lazim dilakukan oleh  sesetengah pemuda pada masa itu (cinta monyet). Sesetengah pemuda kali pertama jatuh cinta hanyalah untuk bersuka dan seronok-seronok sahaja, tiada terlintas dalam hati utuk jadi isteri. Sebab itulah berlaku perkara-perkara yang tidak elok seperti zina, lahir anak luar nikah dan pelbagai perkara maksiat lain lagi.

Saya amat bersyukur kerana dalam sejarah perjalan masa remaja dahulu, saya diselubungi dengan sakit lutut,  menyebabkan saya tidak berkesempatan utuk berfoya-foya. Mungkin Allah memperkenankan doanya selama ini untuk diketemukan seorang gadis, idaman yang akan dijadikan isterinya sampai bila-bila. Lagi pun  saya sememang seorang yang tidak suka bergaul dengan wanita, Pada masa saya belajar di USM dari tahun 1975 hingga 1980 saya tiadak bercouple sebagaimana kebanyakan student U pada masa itu. Situasi ini mungkin saya ada perasan inferior diri kerana lutut kanan saya sentiasa sakit dan tidak dapat berjalan dengan sempurna seperti orang lain. Bila ditanya kenapa saya tiadak bercouple seperti orang lain, jawabnya mudah, belum ada mood dan tidak sampai masanya lagi, kerana saya lebih memberi tumpuan kepada pelajaran.

Oleh kerana cinta saya sepenuh hati terhadap isteri, dengan izin Allah saya tidak pernah terlintas untuk berlaku curang kepada isteri. Kekuatan iman dan semangat inilah membolehkan saya mengelakkan diri dari terjebat dengan sebarang skandal dengan kakitangan wanita di pejabat di sepanjang tempoh saya berkhidmat dengan kerajaan lebih 17 tahun, dan sikap sebegini di teruskan bila saya bersara pilihan dengan kerajaan dan seterunya berkhidmat dengan Syarikat  Swasta lebih 16 tahun.

Dalam drama kehidupan saya, pernah  juga mengalami satu dugaan yang amat besar  berkaitan dengan prinsip ini, dimana pada bulan Jauari 2001 isteri yang dicintai telah menjalani pembedahan otak kerana berlaku darah beku didalam saraf otak. Kesan kepada pembedahan itu, isterinya telah mengalami lumpun sebelah tubuh. Tangan dan kaki sebelah tangan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.  Pada peringkat awal isteri memerlukan pertolongan dari saya sepanjang masa untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian.

Setelah hampir setahun saya mendapatkan rawatan sama ada dari hospital dan juga dari tukang urut tradisional, pergerakan kaki kanan dapat dilakukan sedikit, dimana isteri telah dapat berjalan perlahan-lahan tanpa memakai tongkat. Namun begitu tangan kananya masih tidak dapat digerakkan, oleh kerana kekurangan inilah menyebabkan saya terpaksa membantu isteri untuk mandi, mengabil wudud dan memakai telekung sembahayang. Saya masih boleh bersabar kerana saya menganggap itu semua adalah anugerah Allah yang ingin menguji kesarabaran dan kekuatan imannya.

Setelah hampir lebih 5 tahun isterinya sakit, terdapat beberapa orang rakan sepejabatnya memberi nasihat supaya saya berkahwin seorang lagi bagi membantu kehidpan seharian saya, Walau bagaimanapun saya dengan penuh keikhlasan memberi tahun bahawa saya perlu berfikir panjang untuk menilai kemampuan berkahwin satu lagi,  diantara faktor-faktor  yang perlu saya ambil kira ialah:

1.       Adakah saya mampu berlaku adil dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isteri. Jika tidak mamapu Islam tidak menggalakan seorang lelaki itu berkahwin lebih daripada satu. Allah telah memberi ingatan kepada manusia supaya kahwin lah satu, dua, tiga dan empat jika kamu mempunyai kemampuan, tetapi jika kamu khuatari tidak dapat berlaku adil maka lebih baiklah kahwin satu sahaja.

2.       Saya merasakan tidak setia kepada janji yang diberikan semasa saya mengenali isteri dahulu bahawa dia  merupakan wanita pilihannya dan tidak berbelah bagi kasih sayang saya kepadanya. Jadi jika saya berkahwin satu lagi dalam keadaan isteri saya sakit lumpuh sebegini, bolehlah diibaratkan saya ini adalah seorang yang hipokrit, yang berjanji setia sehidup semati dengan isteri semasa mula berkenalan dahulu, tiba-tiba bila isteri yang dicintai dan disayangi dahulu itu telah sakit dan menjadi orang OKU, cinta mula berubah dan mula mendapatkan kasih sayang dari wanita lain yang lebih cantik dan sempurna. Saya cuba buat andaian jika saya yang sakit dan isteri mengalih kasih kepada lelaki lain. Apakah perasaan saya, sudah tentu hancur berkecai dan menjadikan seorang yang frust dan berdukacita. Oleh itu atas dasar sifat kemanusiaan dan keikhlasan hati, tidak samapai hati saya untuk mengalih cinta yang telah kami sama-sama lafaz sebelum ini. Biarlah saya sama-sama bersusah senang denga isteri dalam melayari bahtera rumah tangga kami sebagi cinta suci dan abadi kami yang akan membawa ke syurga.InsyaAllah.


3.       Adakah adil bagi saya untuk  berkahwin seorang lagi sedangkan isteri yang sakit itu perlu dijaga hati dan perasaanya, jika tidak sakitnya akan bertambah dan mungkin akan berlaku pendarahan kali kedua, dan mengikut pandangan doktor jika berlaku  pendarahan kedua isteri saya akan koma seperti yang pernah berlaku dan yang paling membimbangkan ianya berkemukinan isteri tidak dapat dipulihkan lagi dan akan berkesudahan dengan kematian. Jika ini berlaku apa akan jadi  kepada anak-anak saya yang memerlukan kasih sayang dari ibunya untuk memberi rangsangan kepada mereka dalam menempuh kehidupan yang penuh carabaran dan ranjau ini.Oleh itu lebih baik saya mengambl keputusan untuk tidak kahwin lagi bagi menjaga keharmonian keluarga kami yang sedia terjalin sekarang ini.

4.    Saya juga pernah memberi andaian bahawa, jika apa yang dihadapi pada masa ini adalah ujian dari Allah, berkemungkinan jika saya berkahwin satu lagipun, jika Allah hendak menguji saya, ditakdir isteri kedua saya juga mengalami penyakit menyebabkan dia juga lumpuh atau sakit yang kronik yang memerlukan kepada penjagaan rapi. apakah saya dapat mengursunya dengan baik.

Oleh hal itulah saya telah membuat keputusan sendiri bahawa saya tidak akan kahwin lagi selagi isterinya sekarang ini masih hidup dan dapat menjalinkan hubungan suami isteri dengan sempurna. Cuma fizikal sahaja memgalami kecacatan.

Lagipun  apa yang  saya dihadapi sekarang ini adalah ujian dan dugaan Allah terhadapat keimanan dan ketaqwaan saya. Alhamdulilah sehingga kita telah melebihi 14 tahun saya mempu mengurus kehidupan isteri dan keluraga dengan sempurna. Malah saya anggap satu kelebihan kerana Allah menganugrahkan kekuatan kepada saya utnuk menjalankan kerja-kerja rumah untuk keluarga. Semoga segala kerja  yang dilakukan dengan iklas akan menjadi satu ibadat kepada Allah dan moga akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak. InsyaAllah Bagi saya setelah mengalami kepayahan hidup lebih 14 tahun, kini ia telah menjadi satu tugas rutin harain. Malah saya sentiasa besyukur kepada Allah yang memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menghadapi segala dugaan dengan tabah dan sabar. Malah saya mengubah set minda saya  dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa dugaan Allah yang diberikan kepada diri ini adalah satu peluang bagi saya untuk meningkatkan keimanan, ketaqwaan kepada Allah. Masalah yang dihadapi telah diubah sebagai satu peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Insya Allah.

Pengajaran dan Iktibar:

1.       Jika telah dipasang niat mengawini isteri adalah kerana cinta yang sepenuh hanti, dengan izin Allah, kita akan mampu mengekalkan niat kita itu sehingga selama-lamanya.

2.       Apbila mempunyai niat yang ikhlas dan jujur oleh suami terhadap isterinya, Allah akan melindungi padangan suami isteri berkenaan daripada berlakunya sifat kecurangan atau main kayu tiga. Perhubungan rumah tangga akan sentiasa terjaga daripada gangguan orang ketiga kerana masing-masing telah mepunyai niat ikhlas, dan pada saban masa akan menjaga diri masing-masing daripada terjebat dalam cinta tiga segi. Memang tepat kata pepatah Melayu lama “ Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”.


3.       Cinta suami dan isteri mestilah sepenuh hati, kerana ianya merupakan satu ikatan kukuh sayantara sumi dan isteri. Ikatan yang kuat dengan mencatumkan hati naluri suami dan isteri akan menjadikan perubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang serasi, ianya akan meberi impak yang amat ketara untuk melahirkan rumah tangga bahagi “ Rumahku Syurgaku”

4.       Suami isteri yang hidup dengan belaian kasih sayang yang jitu akan melahirkan pesekitaran hubungan kekeluargaan yang amat utuh, Suasana sebegini akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap proses pembesaran anak-anak. Anak-anak yang mebesar dalam suasana perhubungan yang akrab sayantara ibu dan bapa akan melahirkan anak-anak yang berkeperibasayan yang mulia. Mereka sentiasa mencotohi perhubungan ibu bapa mereka yang sentiasa ceria dan berkasih sayang.


Kebanyakan kes-kes percerian yang berlaku di akhir-akhir ini adalah disebabkan pasangan sumi dan isteri tiadak  menjaga adat pergaulan mereka di luar rumah. Disamping itu setengah suami mudah diperngaruhi oleh wanita diluar sana, kerana ianya tidak memasang niat bahawa isternya adalah satu-satu wanita yang dicintai dan sayangi. Akibat daripada sikap kurang ikhlas dalam perhubungan suami isteri, Si suami kebiasaanya mudah dipengaruhi oleh wanita miang di luarg sana, serta di hasut oleh iblis latnatullah, maka akan berlakulah keretakan rumah tangga dan akhirnya akan membawa peceraian. Musibah ini akan menyebabkan kebajikan anak-anak terabai memberi kesan kepada pembelanjaran dan pembesaran mereka. Kesan yang terakhirnya akan melahirkan keluraga yang porak peranda dan menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat.

5.        
Powered by Blogger.