Sentiasa berubah secara positif.
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin
adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang rugi. Dan jika hari ini lebih buruk dari kelmarin adalah orang celaka"
(Hadts). .
"DUNIA makin menua, namun tetap cantik dan semakin mempesona untuk dipandang dan dinikmati..." Kalimat itu, menurut sebuah riwayat, diucapkan Malaikat Jibril dalam peristiwa Isra Mi'raj. Hal itu dikemukakannya ketika menjawab pertanyaan Rasulullah SAW, setelah beliau "diganggu" oleh seorang wanita tua namun tetap menampakkan kejelitaannya. Wanita tua yang menunggang kuda dan berteriak, "Ya Muhammad... Ya Muhammad!"
Sekiranya, kisah di atas di jadikan contoh untuk renungan kita untuk membuat perubahan diri dalam mengharuni kehidupan di dunia ini. Kisah itu seharusnya dapat memberi kesedaran kepada kita, betapa masa yang silih berganti, tahun demi tahun berganti merupakan pertambahan usia bagi kita juga bagi dunia ini yang semakin hampir dengan penghujunnya.
"DUNIA makin menua, namun tetap cantik dan semakin mempesona untuk dipandang dan dinikmati..." Kalimat itu, menurut sebuah riwayat, diucapkan Malaikat Jibril dalam peristiwa Isra Mi'raj. Hal itu dikemukakannya ketika menjawab pertanyaan Rasulullah SAW, setelah beliau "diganggu" oleh seorang wanita tua namun tetap menampakkan kejelitaannya. Wanita tua yang menunggang kuda dan berteriak, "Ya Muhammad... Ya Muhammad!"
Sekiranya, kisah di atas di jadikan contoh untuk renungan kita untuk membuat perubahan diri dalam mengharuni kehidupan di dunia ini. Kisah itu seharusnya dapat memberi kesedaran kepada kita, betapa masa yang silih berganti, tahun demi tahun berganti merupakan pertambahan usia bagi kita juga bagi dunia ini yang semakin hampir dengan penghujunnya.
Islam mengajarkan, hari-hari yang kita lalui hendaknya
selalu lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dengan kata lain, setiap Muslim
dituntut untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Rasulullah SAW menyatakan,
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kelmarin, adalah orang yang
beruntung. Bila hari ini sama dengan kelmarin, berarti orang merugi. Dan jika
hari ini lebih buruk dari kelmarin,
adalah orang celaka". Kita harus senantiasa hisbah diri, mungkin selama
ini kitadibuai keseronokan kehidupan dunia, waktu habis untuk mengejar
kesenangan duniawi dengan mengabaikan bekal untuk kehidupan akhirat . .
Oleh karena itu, muhasabah diri harus senantiasa dilakukan
untuk menuju kehidupan yang lebih baik. Kehidupan dunia ini hanyalah
persinggahan sementara untuk menuju alam kekal di akhirat. Di alam persinggahan inilah saatnya mengumpulkan
bekal berupa amal soleh sabanyak mungkin. Imam Hasan Al-Basri mengatakan,
''Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah sebahagian dari hari, apabila satu
hari berlalu, maka berlalu pulalah sebahagian hidupmu". DALAM menjalani
kehidupan di dunia ini kita bergelut dan berpacu dengan waktu. Dan bagi seorang
Muslim, waktu sangat penting baginya. Bahkan dalam QS Al-'Ashr:1-3 Allah SWT
bersumpah dengan waktu. Hal itu menunjukkan betapa kita harus mempergunakan
waktu hidup di dunia ini untuk beriman dan beramal shaleh. Terlebih, dalam ayat
tersebut dinyatakan, semua manusia akan kerugian kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh, serta saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Dalam
proses menghisbah dirii, kita patut mengajukan pertanyaan: apakah waktu kita
yang telah berlalu itu telah kita isi dengan amal ibadah.
.
Apakah yang masih kurang dalam diri kita, sebanyak mana
iman, ilmu, dan amal? Lalu apa yang akan kita lakukan untuk hari-hari mendatang?
Kita sepatutnya memulainya dengan melakukan " Mengenali diri"
(ma'rifatunnafsi). Menurut Imam Al-Ghazali, pengetahuan tentang diri adalah
kunci pengetahuan tentang Tuhan. Nabi SAW menyatakan, "Siapa yang
mengenali dirinya sendiri, akan mengenali Tuhannya". .
Mengenal diri berarti mengetahui hakikat hidup dan tujuannya, termasuk mengetahui arti keberadaan kita di alam dunia ini. Orang yang "lupa diri" tentu akan mengabaikan status dan fungsinya di dunia ini.Ia tidak akan peduli tentang hakikat hidup, siapa dirinya, dan mengabaikan perintah dan larangan Tuhannya. MENGENAL diri juga bermakna mengenal siapa sebenarnya manusia. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dimuliakan oleh-Nya, mempunyai kelebihan dibanding makhluk lain yaitu akal. Dengan akalnya manusia dapat memahami segala fenomena alam (ayat kauniyah), menerjemahkan dan mempraktekkan wahyu Allah SWT (ayat qauliyah), dan menciptakan kebudayaan untuk mengatasi persoalan hidup. Agar tidak berlaku sombong dan "sadar diri", salah satu cara adalah menyadari bahwa asal penciptaan kita adalah air mani. Dan, ketika mati tubuh manusia menyatu dengan tanah, tinggal tulang-belulang. Tubuh indah dan wajah tampan atau paras cantik berakhir sudah ketika mati. Sementara ruh kita kembali menghadap Allah SWT untuk mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita, rezeki kita, amanat yang kita terima, termasuk sejauh mana implementasi perjanjian kita dengan Allah di "alam ruh" di mana kita mengakui Allah sebagai Tuhan (QS. 7:172). Maka dari itu, "Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat)" (QS. 59:18).
Mengenal diri berarti mengetahui hakikat hidup dan tujuannya, termasuk mengetahui arti keberadaan kita di alam dunia ini. Orang yang "lupa diri" tentu akan mengabaikan status dan fungsinya di dunia ini.Ia tidak akan peduli tentang hakikat hidup, siapa dirinya, dan mengabaikan perintah dan larangan Tuhannya. MENGENAL diri juga bermakna mengenal siapa sebenarnya manusia. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dimuliakan oleh-Nya, mempunyai kelebihan dibanding makhluk lain yaitu akal. Dengan akalnya manusia dapat memahami segala fenomena alam (ayat kauniyah), menerjemahkan dan mempraktekkan wahyu Allah SWT (ayat qauliyah), dan menciptakan kebudayaan untuk mengatasi persoalan hidup. Agar tidak berlaku sombong dan "sadar diri", salah satu cara adalah menyadari bahwa asal penciptaan kita adalah air mani. Dan, ketika mati tubuh manusia menyatu dengan tanah, tinggal tulang-belulang. Tubuh indah dan wajah tampan atau paras cantik berakhir sudah ketika mati. Sementara ruh kita kembali menghadap Allah SWT untuk mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita, rezeki kita, amanat yang kita terima, termasuk sejauh mana implementasi perjanjian kita dengan Allah di "alam ruh" di mana kita mengakui Allah sebagai Tuhan (QS. 7:172). Maka dari itu, "Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat)" (QS. 59:18).
Bagi saya sememangnya saya mengamalkan sikap buat perubahan
kepada diri sendiri dahaulu sebelum meminta orang lain berubah. Oleh itu saya
sentiasa melihat dan membuat cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat
kelemahan orang lain. Sikap sebegini memang menjadi prinsip hidup saya semenjak
saya berusia belasan tahun lagi.
Lahirnya sifat sebegini dalam kamus kehidupan saya mungkin
kerana di diuji oleh Allah dengan kehidupan yang penuh mencabar semenjak saya
berumur belasan tahun lagi. Pada masa saya
di tingkatan tiga pada tahun 1969 di sebuah sekolah menengah, saya telah
mengalami sakit sendi lutut kanan, menyebabkan terpaksa ke sekolah setiap hari
dengan lutut yang bebalut dengan “cripe bandage”. Malunya tidak terhingga
kerana pada masa itu pakaian seragam sekolah adalah baju kemeja dan seluar
pendek, bagi murid tingkatan empat dan lima sahaja dibenar memakai seluar
panjang. Saya terpaksa menepuhi segala itu dengan penuh sabar dan tabah kerana
cita-cita saya adalah untuk mendapatkan ilmu dan mencapai kejayaan dalam
peperiksaan LCE (sekarang ni PMR).
Kemuncak kepada dugaan Allah terhadap saya apabila hampir 2
bulan untuk menduduki peperiksaan saya telah dimasukkan ke hospital kerana
sakit lutut semakin serius, terpaksa berulang alik dari asrama ke hospital
setiap hari untuk mendapat suntikan, setalah saya di discaj dari hospital. Nasib
baik pada masa itu Pengetua sekolah yang juga seorang warder asrama sangat baik
hati menghantar saya mendapat suntik di
hopistal setiap hari. Alhamdulillah,
bersyukur kehadrat Allah yang memberi kemudahan melalui seorang pengtua yang
begitu perihatin dan baik hati. Mungkin Allah ingin menguji saya lagi kerana
pada saat hampir tarikh peperiksaan saya
dimasukkan ke hospital kerana sakit lutut semakin serius. Sehinggalah tiba hari
peperiksaan LCE saya terpaksa menjalini peperiksaan di dalam wad hospital.
Setelah sampai keputusan peperiksaan LCE, saya telah mendapt keputusan grade A
dengan agregrate 29, aggregate yang terakhir untuk grade A adalah 31. Saya
tetap bersyukur yang amat sangat kerana Allah telah memeberi kejayaan dalam
pepriksaan LCE walaupun tidak cemerlang sebagaimana diharapkan oleh saya dan
keluarga.
Setelah tiba masa permulaan penggal sekolah di tahun
berikutnya (1970) saya telah berjaya ke
tingkatan 4 sains. Saya hanya sempat bersekolah selama satu minggu sahaja ,
kerana sakit lutut semakin merebak dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.
Kaki saya telah di simen POP untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk
membolehkan sendi yang rosak dapat
dipulihkan. Sehubungan itu saya telah diberi cuti sakit selama tempoh satu
tahun.
Bermula dari tarikh tersebut, satu sejarah baru dalam hidup saya
bermula, saya duduk dirumah berihat dengan kaki di simen. Setaip hari ke klinik
untuk mendapat suntikan ubat. Dalam suasana kesakitan yang berpenjangan inilah
telah mendidik saya menjadi seorang yang begitu tabah dalam menghadapi dugaan
Allah.
Oleh kerana masa
depan saya tidak menentu hujung pangkalnya. Saya telah berusaha melengkapkan
diri dengan mengimbil kursus membaiki radio dan tv melalui pos, yang dianjurkan
oleh sebuah syarikat swasta. Saya masih ingat alamatnya di No. 29 Owen Road,
Singapura. Namun hasrat saya itu tidak
kesampaian, setelah mengikuti kursus selama tiga bulan, sakit lutut serius kembali. Terpaksa saya menguburkan
hasrat itu.
Sekali sekala saya berlinangan air mata bila memikirkan masa
depan yang begitu suram tanpa menentu
kerana tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan penyakit berpanjangan yang di
alami, masa berlalu dengan pantas, pada tahun 1972, kawan-kawan di sekolah
dahulu, kini telah mendapat keputusan SPM masing-masing. Boleh dikatakan semua
kawan sekelas berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.
Pada tahun 1973, saya telah bertekad untuk meneruskan
perlajaran bagi menduduki peperiksan SPM. Saya memasang hajat untuk mengambil peperiksaan SPM sebagai calun
persendirian. Bermula dari tarikh itu saya telah mendisiplinkan diri untuk
mematuhi jadual ulangkaji setiap hari, sehinggalah sampai tarikh peperiksaan
sebenar. Alhamdulillah berkat
kesungguhan usaha dan tinggi disiplin diri saya telah berjaya mempoleh SPM
dengan pangkat Dua. Keputusan yang agak baik itu telah menjadi kejutan oleh
keluarga kerana hanya belajar seorang
diri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tusyen. Semenjak tarikh intu
telah memberi pengajaran yang mendalam dalam pemikiran saya , bahawa untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu cita-cita kita mesti berubah, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, kuat berusaha, mendisiplin diri dan sentiasa
bergantung kepada kuasa Allah , Bertawakal kepda Allah setelah berusaha sedaya
upaya mungkin. InsyaAllah kejayaan akan menunggu di hadapan.
Bermula dari tarikh berkenaan saya telah menjalani satu
pembelajaran yang amat berharga dalam kamus kehiidupan. Saya telah menjadai
seorang belia yang mempunyai semangat jitu yang tinggi dalam menentukan masa
depan kehiudpan saya. Mempunyai
keyakinan bahawa seseorang akan beroleh kejayaan dalam cita–cita hidupnya jika
ia mempunyai keyakinan diri untuk berjaya di masa hadapan. Mendisiplin diri,
kuat berusaha pasti akan mencapai kejayaan.
Setelah memperolehi SPM dengn Pangkat 2, Ayah telah
menghantar saya belajar di Sekolah
Menengah Swasta untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam Rendah dan
Enam Atas. Berbekalkan semangat ingin berjaya yang tinggi, saya telah mendapat
kejayaan dalam perperiksaan STPM memperolehi keputusan 4 Prinsipal.
Keputusannya adalah di antara yang terbaik di sekolah saya dan diseluruh Negeri
Kelantan pada masa itu (1975).
Seterusnya saya telah melanjutkan peljaran ke peringkat
Universiti di USM dan setelah empat tahun saya berjaya memperolehi ijazah
Sarjan Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Dengan Kepujian.
Daripada rintitan peristiwa yang diceritakan di atas, dapat di
ambil iktibar bahawa dengan memiliki sifat yang positif dan tidak mengenal
putus asa, serta menganggap segala cabaran dan kepritan hidup yang dialami
adalah salah satu ujian yang ditentukan oleh Allah untuk melihat sejauhmana
kita mampu menerimanya dan dapat mengatasinya dengan IzinNya. Jika kita mempu
mengalami segala dugaan dan cabaran kesukaran itu, maka kita akan membawa obor
kejayaan dalam kehidupan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Insya Allah
kehidupan kita akan beroleh kejayaan di masa-masa hadapan. Kerana Allah
berfirman “ sesiapa yang bersabar pasti akan memperolehi kejayaan’ dengan
pertolonganNya dari punca yang tidak
diduka sama sekali.
Pengajaran dan iktibar:
1.
Jika kita yakin
sesuatu yang berlaku ke atas kita sama ada susah atau senang adalah ketentuan
Allah, maka kita tidak akan merasa kekecewaan dalam menempuhi ranjau-ranjua
kehidupan.
2.
Mereka yang beriman
akan sentiasa sabar menempuh dugaan Allah. Dan pasti berkeyakinaan pada satu
masa jika ianya melakukan usaha yang gigih untuk berjaya Allah akan makbulkan
doa dan cita-citanya.
3.
Jika suami sebagai
ketua keluarga dapat memberi contoh sikap yang positif dan sentiasa memperbaiki
diri, saya akan mendapat respek dari isteri dan anak-cucunya. Ini akan
memudahkan tindakannya untuk menegur segala kepincangan dalam keluraganya
supaya dapat diselarikan dengan kehendak ajaran Islam, dalam apa jua aktiviti
kehidupan seharian.
4.
Bila si suami dapat
menjadi idola kepada keluarga kerana sikap positif dalam semua perkara,
5.
maka keluarga
berkenaan akan memperolehi kebahagian dan pentunjuk dari Allah, kerana Allah
menjanjikan kejayaan kepada orang-orang
yang sabar.
6.
Dalam kehidupan kita
sebagai ummah Nabi Muhammad SAW, maka kita perlulah sentiasa bergantung harap
kepada Allah swt dalam apa jua kebuntuan, kerana jika bermunajat kepada Allah
bagi mengatisi sesuatu kesulitan yangd sayalami, Allaj amat menukai umat
manusia yang sentiasa memohon pertolongan dariNya,
0 comments:
Post a Comment