Introducing San Francisco

Friday, December 19, 2014

CARA MEMIKAT HATI MERTUA



Cara Memikat Hati Mertua
Kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga (dah menjadi tunangan orang), baru melangkah ke alam perkahwinan dan yang dah lama berkahwin, mesti ramai yang ingin tahu bagaimana cara memikat hati mertua. 

Menjadi lumrah dalam hidup berumah tangga berlaku sedikit salah faham di antara mertua dan menantu, keadaan ini berlaku kerana untuk meserasikan budaya hidup dari dua keluarga yang kadang kala begitu jauh sekali perbezaanya.  Mahu tidak mahu kita sebagai menantu mestilah pandai 
mengambil hati dan cuba mengubah cara hidup kita untuk di serasikan dengan kehidupan mertua kita.

Di bawah ini ada beberapa cara untuk memikat hati mertua (sama ada ibu atau ayah mertua) yang boleh sama-sama kita diamalkan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya
Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. Tapi perlu diingat jangan terlampu kerap pula kerana boleh menjemukan.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama
Setiap kali berkunjung ke rumah mertua bawalah buah tangan. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua. 

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya
Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya
Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka
Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.


Sumber: homefamilistyle

HUKUM SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK



BERDOSA JIKA SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK.


Tetamu : Datuk Khairul Anuar Rahmat (Peguam Syariah) dan Didie Alias (Artis)


Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yang tidak boleh dinafikan yang dinyatakan dlm al-quran dan hadis.

kalo suami mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kepada Allah, bole didakwa sama ada di dlm dunia @ di akhirat.
Surah Al-Baqarah : 233

Allah berfirman: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. "

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dgn cara yang terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami utk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dlm aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri utk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tido.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kepada para suami, jika suami mberi nafkah kepada isteri, suami akan mendpt ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Jgn susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki utk mereka yang mengeluarkan nafkah utk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan kalo belanjakan harta kepada isteri dan anak2 spt pahala lebih besar drpd fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : 231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di mana Allah pesan jgn buat aniaya kepada isteri. Barangsiapa yang mbuat aniaya thdp isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yang melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan drpd Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri.
1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja.
2. Kekurangan pengetahuan undamg2.
3. Keliru dgn Keutamaan. 

Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kepada isteri adalah lebih utama drpd satu dinar yang disumbangkan ke jalan fisabillah.
4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak2 maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.
Undang2 Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil @ menyeret mana2 suami yang mengabaikan nafkah terhadap isteri.


Hindun, isteri Abu Sufian mengadu pada mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sgt kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yang dia telah mengambil duit drpd kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak2 lelaki hendaklah smp dia bole berdikari (bekerja)
Nafkah anak2 perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak2 tidak mendpt role model yang terbaik drpd bapa mereka.

Kesan bapa yang mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak2
1. Anak2 akan membesar dgn emosi yang tidak stabil.
2. Anak2 lelaki akan membesar terbawa2 sikap tak btanggungjawab bapanya itu.
2. Anak2 perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yang membesar tanpa belaian kasih sayang yang secukupnya dr bapanya, mereka ini benci pd lelaki dan benci pd perkahwinan.
kemungkinan bole dendam pd lelaki @ terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak2 yang menjadi mangsa yang dizalimi oleh suami @ bapa yang tidak bertanggungjawab dlm pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, "Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita."

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;"sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, " Apa yang kita kena buat pada isteri kami." Maka Rasulullah berkata, "Apa yang kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yang kamu pakai, jangan memukul mereka, jgn mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P
1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

Doa agar hbgn menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga : Surah Al-Hasyri Ayat 10

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu"

Sesungguhnya suami yang abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita. 


Sumber : In My Mind

Thursday, December 18, 2014

KESALAHAN SUAMI TERHADAP IISTERI



Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri

Tanggungjawab Suami
Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab suami atau lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka:

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri.
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}
3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri.
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri.
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”
Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.

10. Lemah kecemburuan terhadap isteri.
Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram.
Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.


Sumber: Syahirul
Powered by Blogger.