Dalam kehidupan manusia terdapat satu makhluk halus yang tidak dapat dilihat pada mata kasar tetapi ianya wujud. Kewujudan makhluk halus seperti jin, iblis , syaitan, hantu dan sebagainya telah dinyatakan di dalam Al Quran:
" Dan Dia (Allah) mecipta jin daripada nyala api." {Ar Rahman:12}.
" Dan kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas" {al Hijr:27}
Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh penulis, terkena ganguan makhluk halus ini adalah satu keadaan yang sangat menakutkan dan menyiksakan. Jika tiada kekuatan iman dan ketahanan mental seseorang itu berkemungkinan akan menjadi kurang keyakinan diri, hidup dibayangi oleh prasaan takut dan tidak berkeyakinan diri atau murung. Jika lambat diubati berkemungkinan akan menjadi gila.
Pada tahun 1990, semasa penulis baru sahaja ditukarkan ke sebuah Jabatan Kerajaan, pada hari pertama diminta melapur diri, penulis telah dimaklumkan oleh seorang kakitangan bahawa di pejabat berkenaan sering diganggu oleh makhluk halus, dia menjelama seperti manusia tiada kepala, bunyi seperti dalam kesakitan dan menagis, penulis memberi response bahawa memang jin dan iblis serta lain-lain makhluk hulus ada, tetapi dia tidak dapat memberi kemudaratan kepada manusia yang beriman tanpa izin Allah.
Setelah bertugas di pejabat baru telah masuk hari ke 25. penulis seperti biasa bila balik dari pejabat akan membeli kueh-mueh untuk berbuka puasa (berkebetulan pada mula melapur diri jatuh pada awal bulan Ramadhan). setelah berbuka puasa , penulis bergegas ke masjid untuk menunaikan solat isyak dan solat terawih, semasa sedang solat isyak, tiba-tiba penulis terasa seperti hendak terkentut. Tapi penulis meyakinkan diri bahawa penulis belum lagi terkentut. pada masa itu timbul perasaan was-was. Semasa sedang dalam kiam solat rakaat kedua, sekali lagi penulis terasa macam ada jarum tercucuk di tumit kaki kiri, kemudian di ikuti dengan rasa tercucuk di dada sebelah kiri di kawasan jantung, serta merta jantung berdenyut cepat, kemudian diikuti perasaan cemas dan takut terjatuh dan juga perasaan takut akan mati serta-merta.
Setelah selesai solat isyak berjemaah, penulis bergegas pulang ke rumah tanpa menunaikan solat sunat terawih. Penulis berkejar ke hospital untuk mendapat rawatan. Doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan tekanan darah penulis adalah normal, jumlah gula dalam darah juga adalah terkawal. Doktor mengesahkan secara fizikal penulis pada masa itu adalah normal.Doktor memberi ubat untuk dimakan dan penulis diminta berehat di rumah.
Ke esokan pagi selepas bersyahur penulis pergi ke masjid, semasa mula solat timbul perasaan takut dan was-was di hati penulis, menyebabkan penulis terasa takut dan macam hendak mati semasa dalam mengerjakan solat. selepas pada itu setiap kali tiba waktu solat akan timbul perasaan takut dan penulis terasa macam hendak mati "fear of death". Keanihan ini terus dialami oleh penulis pada setiap kali hampir masuk waktu solat, terutama pada waktu solat subuh, asar dan maghrib.
Semenjak dari peristiwa itu, penulis mula mengalami perasaan cemas, takut, dan tiada keyakinan diri terutama pada masa untuk menunaikan solat. Oleh kerana keadaan yang di alami itu adalah buat pertaa kali penulis merasainya pada masa itu, Untuk kepastian penulis pergi berjumpa ustaz yang tahu mengubati penyakit ganguan oleh makhluk halus. setelah di baca ayat-ayat al Quran, penulis tiba-tiba keluar perkataan yangs menyerupi percakapan Siam. Ustaz memberitahu penulis bahawa diri ini telah terkena sihir yang menggunakan bomoh Siam.
Setakat ini sahaja penulis berkongsi pengalaman semasa terkena sihir atau digangu oleh makluk halus.... posting akan datang akan diceritakan bagaimana penulis mengubati gangguan itu......Insya Allah.
2/5/2014. 10.58pm.
0 comments:
Post a Comment