Saturday, May 3, 2014

BERFIKIRAN POSITIF



Apa yang kita alami hari ini adalah natijah dari fikiran kita kemarin. Apa yang akan kita alami besok adalah ntijah dari fikiran kita  hari ini. Fikiran yang sedang kita bayangkan saat ini sedang menciptakan kehidupan masa depan kita.

Kita  berfikir bisa atau luar biasa, dua-duanya adalah benar. Bila kita  berfikir bisa, insya 
Allah kita jadi orang bisa. Tetapi bnla lkita berpikir luar bisa, insya Allah kita jadi luar bisa.
Jika kita mengubah cara berfikir kita, kehidupan kita pun ikut berubah. Jika fikiran kita berubah ke arah positif maka kehidupan kita menuju arah yang positif. Sekali kita dapat merangkul sepenuhnya kekuatan fikiran kita, kekuatan itu akan mengubah cara kita menjalani kehidupan.

Tak akan ada yang dapat menghentikan orang yang berfikiran positif untuk mencapai tujuannya. Sebaliknya, tak ada sesuatu pun di dunia ini yang dapat membantu seorang yang sudah berfikiran negative untuk berubah menjadi positif, kecuali dirinya sendiri.

Semua orang mempunyai potensi kekuatan fikiran. Tapi tak semua tahu dan mampu mengaktifkannya untuk mendapatkan manfaat yang luar biasa.


Orang yang berfikiran positif tidak akan menyalahkan orang lain apabila ia gagal mencapai sesuatu matlamat. Sebaliknya ia akan menganlisa apakah punca kegagalan itu dan akan cuba mencari alternatif penyelesaian bagi sesuatu masalah. 

Orang yang berfikiran positif ada orang yang tidak kenal putus asa. Dia akan mencuba untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Dia akan mencari iktiar melalui pelbagai tindakan untuk menuju ke puncak kejayaan. Masalah yang di hadapai di annggap sebagai satu peluang untuknya menguji kebolehanya untuk menangani masalah tersebut. Dia akan mencari formula terbaik untuk mengatasinya.

Sentiasa berfikiran positif akan menjadikan seseorang itu hidup dengan aktif dan dinamik. dia akan mencari pelbagai formula untuk menjada penyelesaian terhadap apa jua halangan dan rintangan yang di hadapi nya.  Oleh itu mereka yang berfikiran positif akan menukar perkara negatif kepada positif. Contohnya seorang suami yang diduga oleh Allah dengan memberi kesakitan kepada isterinya ( seperti stroke) ia akan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin dan akan mencari pelbagai alternatif kaedah utnuk mengubati kesakitan isterinya.. Hasil kekegigian dirinya itu dia akan ketemui suati formula atau remedi untuk membantu pesakit stroke. Seterusnya dia akan menggunakan pengalaman yang diperolehi memalui penjagaan isterinya yang stroke itu akan dibukukan untuk dihebah kepada orang lain dan boleh dijadikan panduan bagi mereka yang menhadapi masalah yang sama di masa hadapan.

Kesimpulannya orang yang berfikiran positif akan sentiasa dinamik dalam kehidupan dan akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengatasi sebarang masalah yaang dihadapinya.Dengan usaha dan dedikasi tanpa kenal jemu itu membuatkan orang yang pimikiran positif selalunya mencapai kejayaan dalam kerjayanya.


0 comments:

Powered by Blogger.