Friday, May 16, 2014

MENGHORMATI GURU - intipati khutbah Jumaat:


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,

Khatib solat Jumaat pada hari ini menekankan tentang peranan guru dalam memberi didikan kepada masyarakat adalah amat penting. Guru yang membolehkan masyarakat Islam pada zaman ini mampu mengenal Allah dan rukun Islam yang lain, serta guru jugalah yang mengajar kita semua mengena i pelbagai ilmu keduniaan, seperti ilmu sains, matematik, geografi, ilmu sejarah ban pelabagai ilmu lagi. Oleh itu kita sepatutnya menghormati guru yang telah mengorbankan masa, tenaga dan ilmu untuk mendidik kita semua menjadi insan yang berguna dan juga dapat mengurus dan mentadbir, rumah tangga, mentadbir negeri dan negara.

Guru yang paling ulung dan yang pelu di contohi oleh semua umat Islam ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Bagindalah yang telah mengajar kita untuk mengenal Islam, menjadi  insan yang beriman dan bertaqwa. 

Peranan guru pada zaman dunia tanpa sempadan pada masa kini, amat mencabar, kerana murid dan ibu bapa pada masa ini telah menerima pelbagai maklumat melalui gerbang maya seperti internet, laman sosial seperti faceboook, twitter dan sebagainya. Masyarakat pada zaman IT kini telah didedahkan dengan pelbagai maklumat dari seluruh dunia. oleh itu guru perlu melengkapi ilmunya dan mengemaskini maklumat mutakhir, kerjaya guru pada masa sekarang amat mecabar. Hanya guru yang betul-betul komited dan dedikasi sahaja yang dapat meneruskan kerjaya sebagai seorang guru.

Oleh itu kita semua yang berada dalam masyarakt marilah sama-sama membantu guru dalam usaha mendidik anak-anak kita untuk menjadi insan yang beriman dan bertaqwa untuk meraih kejayaan di dunia dan diakhirat. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak untuk menghoramati guru, kita semua mestilah memberi kerjasama dalam usaha guru untuk mendisiplinkan anak-anak kita di sekolah, jika anak-anak dirotan kerana melakukan kesalahan yang patut di hukum dengan rotan, ibu bapa hendaklah memberi kerjasama, bukanyak memarahi guru dan mengambil tindakan undang-undang, Kita perlu memberi kepercayaan kepada guru dalam usaha membentuk akhlak generasi muda kini yang akan menjadi pelapis pemimpin di masa akan datang. Penghormat kepada guru adalah amat perlu dan ianya juga ada kaintan dengan keberkatan ilmu yang pelajari daripada guru kita. ilmu yang berkat adalah ilmu yang boleh di manafaat dan dapat membentuk pelajarnya menjadi insan yang mempunyai keperibadian yang mulia dan berakhlak dan dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat.

Semoga kita semua mendoakan kepada semua guru agar segala pengorbanan fikiran, tenaga dan masa akan mendapat ganjaran yang setimpal dariada Allah. 

"SELAMAT HARI GURU". kepada semua warga guru.






0 comments:

Powered by Blogger.