Monday, May 12, 2014

SUAMI MITHALI : Tip 32- Suami menjadi Pendorong atau Motivator

Tip 32 : Suami menjadi pendoronga atau motivator.

Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana dengan sidikit ilmu yang saya ada semasa menjadi Penyelaras Projek Kanan di salah satu agensi kerajaan telah memberi pendedahan kepada saya untuk menjadi pendoronga atau mivator.

Sedikit ilmu dan pengalam yang ada itu dapat saya pratikkan dalam eramisteri yang lumpuh lebih 14 tahun lalu. Saya dapat memberi motivasi kepada anak-anak supaya menjaga "mama" yang sakit begitu lama, Kekadang terdapat juga perasaan anak-anak kami yang kurang baik semasa membantu mengurskan keperluan mama mereka. Saya perasaan pada suatu hari seorang anak bercakap dengan suara yang agak tinggi. Ini telah menyentuh hati kecil mamanya. ekoran itu isteri menangis hiba.Bagi mententeramkan keadaan saya memberitahu isteri bahawa apa yang terjadi itu adalah ketetuan Allah, yang mungkin untuk menguji kita, sejauhmana tahap kesabaran kita dalam menerima ujian Allah. Jika kita dapat menahan sabar, Allah telah janjikan dengan balasan nikmat di Syurga, Saya terpaksa memujuk isteri untuk menahan marahnya kepada anak-anak bila sesuatu suruhan isteri tidak di layan oleh-oleh anak-anak.
.
Sebagai motivator kepada keluarga, saya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih paiggang mangkuk, menyapu sampah dan sebagainnya apabila pulang dari tempat kerja. Walaupun pada masa itu telah hampir pukul enam petang, saya tidak pernuh merungut atau mengatakan letih melakukan kerja tersebut. waaupun tubuh terasa letih, saya lebih suka mendiamkan diri dari pengetahuan anak-anak, Ini semu saya lakukan untuk menarik minat anak-anak supaya satu masa nanti mereka akan mengikut jejak saya unuk membantu ibu mereka.

Pernah anak kedua saya yang mengikuti pengajian dalam bidang teknoloigi komputer dan grafik di sebauh kolej swasta di Kuala Lumpur. Setelah memperolehi Diplom, didapatti, bahawa diploma yang
keluarkan oleh kolej berkenaan tidak diiktiraf oleh JPA. status ini kami ketahui setelah anak menghadiri satu temuduga di agensi kerajaan. mengkut pengawai yang menemudugaa memberitahu bahawa diplom yang dimiliki oleh anak saya itu tidak diiktiraf oleh LAM. Semenjak hari itu anak saya menjadi murung, frust kerana dia terasa tertipu oleh Kolej swasta berkenaan.

Untuk memulihkan semangat anak saya yang murung itu, saya beberapa kali berbincang dengannya dan memberitahu bahawa setiap perkara yang kita sepatunya dapat tetapi tidak dapat kita perolehi maka kita harus banyak bersabar kerana ianya bukan rezeki kita, mungkin Allah akan gantikan kepada kita dengan peluang yang lebih baik.  Beberapa bulan berikutnya anak saya telah dapat bekerja di sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membuat kunci pendua. Alhamdulillah sehingga kini telah lebih dua tahun dia berkerja dan kemajuan perniagaan telah meningkat dari masa ke semasa. pada bula April 2001, Pengerusi eksekutif syarikat berkenaan telah membuka cawan baru dan anak saya telah diberi tugas untuk menyelia kedai berkenaan disampping dia juga diberi saham dalam syarikat berkenaan. Ini semua kerana keiklasan dan kejujuran yang ditunjukkan olehnya sebelum ini.


0 comments:

Powered by Blogger.