CINTA SUCI SEORANG SUMI
Tip -tip yang ditulis dalam blog ini adalah
berdasarkan pengalaman penulis dalam menghadapi dugaan Allah untuk mengurus dan
menjaga isteri yang ditakdirkan lumpuh sebelah tubuh selepas menjalani
pembedahan kepala pada 2 Mac 2001. Pembedahan yang dilakukan oleh doktor pakar
neurosurgeon adalah satu-satunya ikhtiar yang ada pada masa itu bagi menyelamatkan nyawa isteri saya yang koma
selama dua hari setelah berlaku pendarahan dalam otak. Mengikut doktor,
penyakit yang dihadapi oleh isteri saya ini adalah berkaitan dengan ganetik
yang mungkin berlaku atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia,
seorang yang akan mengalami penyakit ini. mengikut istilah kedoktoran penyakit ini
dikenali sebagai “Arterio-Venous
Malformation” (AVM).
Oleh kerana jalinan cinta dan kasih sayang
kami teramat jitu berdasarkan cinta kerana Allah semenjak kami mula
diikat dengan tali perkahwinan pada 21 Ogos 1980, hubungan suami isteri kami
begitu bahagia, aman damai dan harmoni
sekali
Allah yang Maha Mengetahui telah mencuba kami, mungkin untuk menguji sejauh mana cinta yang dilafazkan oleh kami berdua adalah ikhlas atau sebaliknya. Kami di uji dengan dua ujian besar, Pertamanya saya di uji dengan kesakitan lutut kanan pada usia perkahwinan kami mencapai usia 3 tahun lebih. Kesakitan itu membuatkan saya tidak dapat bekerja hampir enam bulan, kaki kanan disimen untuk tempoh satu tahun. Pada masa itu isteri tersayanglah yang menguruskan segala kerperluan peribadi saya sperti mandi manda, ke tandas samada buang air kecil dan besar. Isteri melakukan semua dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang rungutan dan keluhan. Subahanallah betapa sitianya isteri kepada suami.
Setelah ujian pertama dapat kami tempuhi dengan penuh sabar dan ketabahan, Kami telah berjaya mencapai kebahagiaan berumahtangga hampir 20 tahun. Allah sekali lagi memberi ujian yang lebih getir, dimana isteri yang tercinta pada 2 Mac 2001, telah mengalamani pendarahan dalam otak akibatnya beliu telah koma selama dua hari dan pembedahan kepala terpaksa dilakukanntuk meyeamatkan nyawanya.

Alhamdulillah isteri telah dapat
dipulihkan dari koma, namun kesedarannya dengan kekurangan sifat semulajadi
dimana tangan dan kaki kanan tidak dapat digerakkan dengan sempurna (lumpuh
sebelah tubuh). Sungguhpun begitu saya dan anak-anak tetap besyukur kehadarat
Allah SWT kerana telah dapat menyelamatkan nyawa isteri saya. Beliau mampu
untuk terus hidup di dunia ini sehingga
ke masa kini. Anak-anak kami masih dapat
melihat wajah mamanya dan begitulah juga cucu-cucu kami masih boleh bermanja
dengan “tokma”mereka dari masa ke semasa.
Lebih-lebih lagi bila tiba hari raya rumah kami
masih riuh rendah dengan gelak ketawa anak cucu. Sungguh membahagiakan….. Kami
bersyukur di atas RahmatMu Ya Allah.
Atas kesyukuran itulah saya telah
berjanji pada diri sendiri untuk menjaga isteri yang lumpuh sebaik mungkin, Sehingga membolehkan isteri terus hidup dan
dapat terus memberi kasih sayang kepada anak-anak kami seramai 7 orang dan yang
paling penting bagi saya ialah untuk memberi kesih sayang dan harapan kepada
anak bongsu kami pada masa itu berumur 4 tahun. Peringkat umur kanak-kanak yang
belum begitu mengerti apa-apa dan amat memerlukan belaian kasih sayang seorang
ibu untuk membesar dengan sempurna sehingga dapat berdikari dan berkerjaya.
Atas dasar itulah saya bertekad untuk “BERKORBAN” tenga dan masa bagi menjaga isteri
sebaik mungkin, demi kebahagian anak-anak dan keluarga. Saya rela berkoban
segala-galanya demi menjaga isteri dan
juga tidak mengabaikan peranan saya sebagai ketua keluarga. Oleh itu saya terus
berhidmat sebgai seorang Pengurus Kanan di sebuah syarikat swasta di samping menjaga keperluan isteri dan
anak-anak di rumah. Saya telah menggunakan segala ilmu yang ada di dada, baik
llmu duniawi sperti ilmu pengurusan, ekonomi, psaikologi serta ilmu agama bagi
mencapai cita-cita saya untuk menjadi peneraju keluarga serta mengelakkan saya kecundang di pertengahan
jalan. Ya Allah berilah hidayah dah kekuatan mental dan fizikal kepada hamba-Mu ini untuk
meneruskan khidmat bakti kepada keluarga sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Mu ke atas seorang suami dan bapa.
Alhamduillah, Allah telah kurniakan hidayah kepada insan yang kerdil ini untuk
terus tabah hati dengan menjalankan kedua-dua tugas penting di rumah sebagai “suri rumah” – melakukan
semua kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang sakit dan dua orang ibu yang
sudah lanjut usia. Manakala di pejabat pula sebagai seorang Pengurus Kanan yang bertanggung jawab terhadap kerjaya pekerja dibawahnya yang berjumlah lebih 500 orang.
Oleh kerana saya begitu komited dengan
niat cinta suci kami yang dilafazkan sebelum ini, dan juga komitmen saya untuk
menjadi ketua keluarga yang terbaik sebagaimana di anjurkan oleh Islam. Pejam
celik-pejam celik saya mengharungi segala kepayahan dan kesusuhan hampir 15 tahun.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini keadaan isteri bertambah baik dan saya tidak merasa sebarang masalah dan tidak juga timbul perasaan jemu. Malah timbul satu perasaan seronok melakukan kerja-kerja rumah setiap hari dan kini telah menjadi rutin kehidupan saya seharian. Mungkin semua ini adalah kerana Allah telah memberi hidayah kepada hamba- Nya yang kerdil ini atau mungkin juga kerna adanya sikap ikhlas untuk melakukan semua itu sebagai satu tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada saya sebagai seorang suami, bapa, ketua keluraga dan juga ketua jabatan.

Bila difikirkan kembali bagaimana saya
mampu melakukan ini semua, saya sendiri tidak terfikir ianya dapat dicapai. Namu suasana dan masa telah
membuktikan bahawa Allah Yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Adil, tidak
akan memberi sesuatu musibah atau ujian
kepada seseorang insan sekcuali dianya
mampu untuk menghadapinya.” Allah HuAkbar……….”
Sebagai tanda kesyukuran yang tidak
dapat saya huraikan dengan perkataan dan tulisan dengan pena terhadap anugerah Allah kepada
saya insan yang kerdil ini, sehingga mampu menjadikan diri ini sebagai seorang
suami yang sabar, tabah dan ikhlas untuk meneruskan cinta yang dilafazkan
bersama isteri semenjak kami mula berkenalan dahulu sehinggalah kami berkahwin
dan beranak cucu. dan dapat terus
memupuk jalinan cinta suci dan kasih
sayang kami sehingga ke hari ini walapun isteri telah lumpuh hampir 15 tahun. dalam tempoh perkahwinan kami berusia 35 tahun……
Alhamdulillah. Kini saya dan isteri
telah mencapai umur warga emas ( saya 61 tahun lebih dan isteri 56 tahun). Semoga
cinta suci kami ini akan berkekalan sehingga ke syurga. InsyaAllah.
Beberapa orang kawan yang rapat dengan
saya, yang mengetahui cerita pengorbanan saya
menjaga isteri yang lumpuh, telah memberi cadangan
supaya saya membukukan segala pengalaman yang dilalui serta amalan yang
dipratikkan dalam kehidupan seharian yang membolehkan saya melakukan semua
kerja rumah dan juga tugasan di pejabat sehingga dapat bertahan dalam tempoh
yang lama. Untuk itu saya telah membuat rujukan kepada dua orang ustaz tentang
hukum menulis cerita peribadi sebegini, saya dimaklumkan bahawa ianya patut dirakamkan
dalam bentuk buku supaya dapat dirunjuk oleh orang lain pada masa-masa hadapan.
Mereka berpendapat tidak ramai suami yang mampun melakukan tugas sebagai “suri
rumah” apabila isteri sakit lumpuh berpanjangan dan juga terus berbakti sebagai
seorang bapa dan juga ketua jabatan di tempat kerjanya.
Oleh itu dengan penuh rendah dirinya
saya merasakan amat penting bagi saya untuk berkongsi sama pengalaman suka - duka
dan jerik- getir kehidupan kami berdua dalam meneruskan cinta ulung kami sehingga
ke Syurga……
InsyaAllah. Semoga dapat ianya di kongsi bersama oleh masyarakat
sebagai satu teladan atau sempadan terutama kepada bakal suami dan isteri.
Ianya juga mungkin dapat dijadikan garis
sempadan kepada suami atau isteri yang pasanganya menghadapi penyakit kronik
yang memerlukan penjagaan rapi sepenuhnya setiap hari dalam tempoh yang lama. Mudah-mudahan
kegembiraan dan pahit maun yang kami lalui itu boleh di jadikan pedoman dan sempadan.
Mana-mana kelemahan dan ketidak sempurnaan yang telah kami lalui itu dapat
dijadikan sempadan supaya saudara se Islam lain tidak akan terjerumus ke kancah
masalah atau penderitaan yang telah kami tempuhi.. Semoga cerita tentang liku-liku
kehidupan yang kami alami ini dapat dijadikan sebagai satu sumbangan dari
hambanya dalam melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai kebahagia di sepnjang
kehidupan berkelurga mereka.
“Ya Allah engaku teruskanlah memberi
hidayah kepada ku untuk terus istikomah dalam menjalankan tanggung jawab ku
sebagai seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anak ku. Dan Engkau
jauhkanlah diri ku dari sifat riak takkabur dan
membangga diri, kerana sifat sebegitu akan menghalang habamu dari memasuki Syurga Mu yang penuh nikmat. Amin
Ya Rabil Alamin.”
Selamat Membaca.
RAIHAN
PAHIMI
1 Septemberl 2014.
Panji, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Malaysia.
Malaysia.
0 comments:
Post a Comment