Thursday, May 29, 2014

PUASA TIDAK MENGURANGKAN PRODUKTIVITI KERJA



Kedatangan Ramadan semamangnya dinantikan oleh setiap umat Islam. Kerana pada bulan Ramadan Allah akan melipat gandakan segala amal ibadat kita, di bulan Ramadan juga terdapat satu malam paling istemewa  iaitu “Malam Al Kadar “ (lalilatulkadar) yang   mempunyai nialai amal ibadat sama dengan amalan selama  seribu bulan (bersamaan 83 tahun 3 bulan 3 hari).

Bagi pekerja yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan akan mempertingkatkan produktiviti kerja di sepanjang bulan Ramadan kerana ianya memahami bahawa Allah akan melipat gandakan ganjaran pahala di sepanjang bulan Ramadan. Mereka akan menggunakan masa bekerja sepanjang hari dengan sebaik mungkin atau dengan kata lain menjadikan masa kerja sepanjang hari adalah masa yang berkualiti. Mereka mempunyai lebih masa memandangkan masa minum tea pagi  dan makan tengah hari telah digunakan untuk membereskan kerja mereka disamping mengerjakan solat zohor yang memakan masa dalam lingkungan 20 -30 minit sahaja.

Sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadan yang hanya tinggal 30 hari sajaha lagi, disini diutarakan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk membolehkan kita meningkatkan peroduktiviti di sepanjang bulan Ramdan ini, insyaallah.

Petua 1: Pasang Niat Untuk Mendapat Keredaan Allah di bulan Ramadan.

Apabila kita telah memasang niat untuk mendapat keredaan Allah dari kerja kita di sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti kita akan meletakkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah dalam menyempurnakan amanah sebagai pekrja yang dilantik oleh majikan kita. Dengan ini setiap hari kita akan melakukan kerja berdasarkan hukum Islam yang meliputi wajib, haram, sunat, harus dan makruh. Apabila meltekkan niat atas dasar ini, kita tidak akan tersasar disepanjang hari semasa menjalankan tugas. Dengan itu tidak akan berlaku perbuatan mungkar seperti rasuah, curi masa kerja, salah guana kuasa dan beberapa sifat mungkar yang lain. Pekerja yang meletakkan niat untuk mendapat keredaan Allah akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Petua 2: Manafaatkan Masa Rehat.

Masa rehat yang masih diberikan oleh majikan sepanjang bulan Ramadan hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mendapat masa rehat yang berkualiti. Pada masa rehat boleh melaksanakan solat dan juga membaca Al Quran, mendengar kuliah agama dan juga merehatkan badan (tidur sekejap selepas solat zohor – mengikut sunnah). Masa yang rehat jika digunakan secara berkualiti akan membolehkan kita meneruskan kerja dengan penuh tenga dan bersemangat. Mudah-mudahan kita akan mendapat hidayah Allah untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi mendapat keredaanNya. InsyaAllah. 

Petua 3: Sentiasa Aktif.

Disepanjang Ramadan kita mestilah mengekalkan sifat aktif setiap masa. Tanggapan yang biasa dibuat oleh setengah orang bahawa di bulan Ramadan badan kita cepat letih dan mengatuk adalah satu tanggapan yang sengaja diadakan untuk mecari alasan bagai mereka yang cuba mengambil kesempata di bulan Ramadan.

Untuk mengekalkan keatifan fizikal di sepanjang hari pada bulan Ramadan, kita perlu merancang dan mengatur aktiviti kita bermula dari masa bangun makan sahur lagi. Atur masa sahur di akhir malam iaitu lebih kurang satu jam sebelum masuk wakttu solat subuh, setelah selesai makan kita boleh rihat seketika untuk terus ke masjid bagi menunaikan solat subuh, selepas solat subuh adakan aktiviti senaman ringan dan diikuti dengan bacaan Al Quran. Kemudian bersiap untuk ke tempat kerja. Jangan amalkan tabiat suka tidur selepas makan sahur, kerana badan yang  dipenuhi makanan apabila terus tidur kita akan terasa letih dan malas. Amalan sebegini boleh menyebabkan kita tidak atif dan menjadi pemalas.

Semasa di pejabat apabila beberapa jam melakukan tugas, mungkin akan terasa letih dan mengantuk, kita perlu berihat seketika dan membuat sedikit senaman ringan atau berjalan-jalan disekitar pejabat. Setelah dapat recover tenaga mulakan kerja kembali. InsyaAllah kita akan menjadi aktif semula dan dapat teruskan kerja dengan penuh bertenaga semula.

Petua 4: Amalkan Pemakanan Seimbang.

Disepanjang bulan Ramadan kita perlu amalkan pemakanan yang seimbang supaya segala zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita adalah mencukupi untuk samapi ke waktu berbuka puasa di petang nanti. Kita perlu sediakan menu makan sahur terdiri daripada jenis kabohidrat  kompleks  semoga ianya dapat menahan lapar dan rasa letih. Sebaik-baiknya atur waktu makan sahur di waktu pagi hampir dengan waktu solat subuh. Elakkan makan sahur waktu tengah malam sebelum tidur kerana ianya akan menyebabkan badan menjadi letih dan lena tidur. Berkemuungkinan akan menyukarkan untuk bangun pagi untuk solat subuh.

Semasa berbuka puasa juga perlu memakan makan yang sesuai untuk memulihkan tenga selepas sehari suntuk berlapar kerana berpuasa. Makan semasa berbuka seadanya jangan terlapau kenyang kerana boleh menyebabkan badan menjadi letih kerana terpaksa berkerja kuat untuk menghadamkan makanan. Sebaik-baik amalan semasa berbuka, mulakan dengan sedikit buah kurma, minum segelas air dan seditik kueh mueh, kemudian teruskan solat maghrib, setelah selesai solat barulah makan nasi, makan secara sederhana jangan terlampu kenyang, kerana akan membuatkan badan terasa letih dan sukar untuk mengerjakan solat terawikh. Sebaik-baik amlan pada malam bulan Ramadan, tunaikan solat terawith pada setiap malam kerana ianya akan menyihatkan tubuh badan disampin memperolehi pahala yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Petua 5 : Kekalkan Penampilan.

Di bulan Ramadan penampilan diri perlu dikekalkan seperti datang berkerja di hari-hari biasa. Jangan jadikan alasan tidak berhias dan penampilan tida smart kerana barada pada bulan Ramadan. Islam amat menganjurkan supaya umatnya sentiasa kemas dan bersih di sepanjang masa. Penampilan yang kemas dan semart membuatkan kita bersemangat tinggi untuk ke pejabat dan dapat kekalkan prestasi kerja seperti hari-hari biasa.

Rumusan:

Dapat dirumuskan bahawa pada  bulan Ramadan  prestasi dan kualati kerja sepatunya lebih baik berbanding dengan bulan-bulan lain, ini adalah kerana kita dapat  bekerja dengan sebaik mungkin tanpa digangui oleh masa minum tea pagi dan makan tengahari. Mereka yang menunaikan puasa dengan penuh ikhlas kerana Allah akan mempastikan semua kerja di bulan Ramadan dilakukan lebih baik bagi mendapat ganjaran pahala yang lebih berganda di sepanjang bulan Ramadan.







0 comments:

Powered by Blogger.