APA ITU REZEKI ?
Post ini saya kemukakan
sebagai renungan bersama setelah saya membaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki”
tulisan saudara Faturi Salehuddin. Serta saya bandingkan dengan pengalaman yang
dihadapi sendiri oleh saya dalam menjalani liku-liku hidup dalam mencari rezeki
Allah yang halal untuk seisi keluarga.
Menurut pengarang Tafsir Al-Quran
Asy-Sya’rawy. “Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manafaatnya, samada
halal ataupun haram, samada baik ataupun buruk”.
Sudah tentu tafsiran di atas
mengubah pesepsi kita tentang rezeki. Dalam fikiran kita selama ini, yang
dikatakn rezeki tentulah yang baik-baik sahaja. Justeru kita akan rasa gembira
apabila mendapat perkara yang baik-baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal
yang tidak baik.
Bererti “ apa sahaja yang kita
rasakan manafaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang
tidak dapat kita mengambil manafaat
daripadanya, (walaupun milik kita) bukan rezeki kita, tetapi tezeki orang lain”.
Sebagai contoh, setiap bulan kita
membawa pulang sejumlah wang. Sebahagian pendapatan itu kita gunakan untuk
membeli barang-barang keperluan dapur, serperti membeli ikan di pasar, jadi
jumlah yang dibeli ikan itu adalah rezeki penjual ikan di pasar. Begitulah
seterusnya kita gunakan sebahagian wang untuk membeli minyak kereta, maka
jumalah itu adalah rezeki penjual minyak di Steyen Pam minyak. Begitulah seterusnya
kita gunakan untuk membeli pakaian, ubatan dan sebagainya. Ini bererti dalam
pendapatan kita ada rezeki orang lain. “ Milik kita belum tentu rezeki kita”.
0 comments:
Post a Comment