Friday, July 4, 2014

Intipati Khutubah Jumaat - Puasa Ramadan



INTIPATI KHUTUBAH JUMAAT – 6 RAMADAN 1435H
 Masjid Mukim Panji, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ikhwanilmuslimin,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh  melaksanakan segala perintah Allah, samada berupa suruhan atau larangan, ketahuilah bahawa hidup tanpa taqwa adalah sia-sia kerana syurga Allah itu disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Salah satu daripada  perkara-perkara sangat berkesan untuk membentuk manusia yang taqwa menurut ajaran Islam ialah dengan melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah SWT maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu  berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada para hambaNya kita diizinkan bertemu lagi di dalam bulah Ramadan, penghulu segala bulan, didalam bulan ini Allah telah menurukan Al-Quran dan didalam bulan ini juga terdapat Malam Qadar yang terlebih baik daripada seribu bulan. Alllah SWT menjadikan bulan Ramadan sebagai musim dan peluang untuk memperbanyakkan pahala amal ibadat dan kebajikan. Bulan ini sangat berharga bagi orang-orang mukmin yang cerdik dan berwawasan. Kerana dalan bulan Ramadan pahala puasa dan segala amal ibadat yang diakukan dengan betul dan ikhlas akan dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT dan menjadi bekal akhirat yang berkekalan. Sabda Rasulullah SAW : ertinya: “Wajib atas kamu berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiak ada bandingan.”

Allah mewajibkan puasa Ramadan dan menjadikan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Umat Islam sudah bermaufakat mengatakan bahawa puasa Ramadan adalah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang termaklum dengan senangan dan mudah, sesiapa yang meninggalkan puasa atau mempersendakan kefarduannya jadi kafir, Muratad dan terkeluar daripada agama Islam. 

Sesiapa daripada orang Islam yang tidak berpuasa Ramadan bererti ia telah melakukan dosa bersar mencabul kehormatan Ramadan.  Sabda Rasulullah SAW ; maksudnya “ sesiapa berbuka (tidak berpuasa) satu hari (disiang hari Ramadan)  tanpa keuzuran atau sakit maka ia tidak dapat ganti dengan berpuasa seumur hidup senadainya ian berkuasa.

Alangkah ruginya orang yang diberi kesempatan bertemu dengan Ramadan tetapi tidak dapat berpuasa dan berqiam Ramadan dengan amal ibadat dan kebajikan. Para sahabat RA menjadi contoh kepada kita, mereka telah memenuhi tuntutan Ramadan dengan berpuasa, berqiam malam mengerjakan ibadat, beriktikaf di masjid dan  berjuang di medang perang.

Tunaikan lah ibadat puasa dengan menahan diri daripada makan, minum, berjimak dan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa. Bermula daripada terbit fajar hingga jatuh matahari dengan niat berpuasa, jagalah adab-adab berpuasa dengan menahan segala anggota daripada melakukan sebarang maksiat, kawallah hati dan fikiran daripada sifat-sifat tercela dan usahalah dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai puasa yang sempurna. Ia itu pauasa orang-orang soleh.

Lima perkara yang membatalkan puasa; iaitu, berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan penuh bernafsu.

Sabda Rasulullah SAW :” sesiapa yang tidak mahu meninggalkan perkataa dusta dan terus melakukannya, maka bagi Allah tidak ada apa-apa keperluan ia meninggalkan makan dan minum.”
“ Ramai orang yang berpusa sedangkan habuan yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga . Ramai yang berqiam (membuat ibadat Ramadan) sedangkan habuan yang diperolehi ialah kepenatan atau berjaga malam sahaja”.

Jangan lupa  bagi orang-orang yang berpusa melakukan beberapa perkara:

1.       Makan sahur walaupun dengan sedikit makanan atau minuman dengan kadar masa masih sempat membaca 50 ayat daripada Al-Quran sebelu habis wakatu.

2.       Disunatkan berubuka puasa dengan buah tamar atau dengan air sejuk atau benda-benda manis.  Jangan lupa berdoa selepas berbuka puasa kerana masa itu sangat mustajab.

3.       Pastikan solat magharib terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lebih berat kerana ianya adalah sunnah Rasulullah SAW. Cara ini lebih rihat dan menjaga kesihatan.

4.       Pastikan makanan dan minuman adalah dari sumber yang halal, sebaiknya dimasaknan sendiri kerana lebih berkat dan bersih.

Semoga ibadat puasa kita semua pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 

Wallahualam.

0 comments:

Powered by Blogger.