Mengendalikan sifat Amarah Menurut Islam
Perasaan
amarah merupakan salah satu sifat semulajadi manusia. Ianya berbeza dari
seorang ke seorang bergantung kepada bagaiman ianya dapat mengawal perasaan
marah dalam dirinya. Bagi insan yang tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan akan
mengawal perasaan amarahnya kerana ianya salah satu sifat yang tidak disukai
Allah, sifat amarah yang melampau adalah sifat syaitan. Oleh itu jika kita
mempunyai sifat amarah yang melampua bermakna diri kita telah dipengaruhi oleh
hasutan syaitan yang telah menjadi tugasnya untuk mengadu dumba manusia supaya
bertelagah diantara satu sama lain .
Junjungan
besar Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang
siapa yang dapat menahan amarahnya, sementara ia dapat meluapkannya, maka Allah
akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk. Setelah itu, Allah menyuruhnya
memilih bidadari surga dan menikahkannya dengan siapa yang ia kehendaki.”
(HR Ahmad).
Begitu
istimewanya ganjaran yang diberikan bagi orang yang dapat mengwal amarahnya,
sehingga Allah pun mempersilahkan ia
untuk memilih bidadari surga yang ia suka. Oleh itu mengawal perasaan amarah
adalah satu sifat yang terpuji dan Islam telah meletakkan keadah untuk mengawal
persaan amarah sebagaimana berikut:-
Mengikut Syekh Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada dalam kitab Mausuu’atul
Aadaab al-Islamiyah mengungkapkan hendaknya seorang Muslim memperhatikan
adab-abad yang berkaitan dengan marah. Berikut adalah cara mengendalikan amarah
mengikut Islam.
- Jangan marah kecuali karena Allah SWT.
Marah karana Allah merupakan sesuatu yang disukai
dan mendapatkan pahala. Seorang Muslim yang marah karana hukum Allah diabaikan,
merupakan salah satu contoh marah karena
Allah, misalnya marah ketika menyaksikan perbuatan haram. Ibu bapa marahkan
anak-anaknya kerana tidak solat atau melenggah-leggahkan solat.
- Berlemah lembut dengan urusan dunia.
Menjadi matlamat muslim yang tinggi tahap
keimanan dan ketaqwaan untuk memperolehi kejayaan di dunia dan kejayaan di
akhirat. Bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhrat kita mestilah mempunyai
ilmu. Islam telah mengariskan tatasusila perhubungan dengan manusia, diantara
lain kita perlu hubungkan saliurrahim. Untuk mengeratkan saliurahim sesama
manusai perkerti kita mestilah peramah, pemaaf, sukan memberi sedekah kepada
yang memerlukan, berbuat baik kepada ibu bapa, jiran tetangga dan sahabat
handai.
Salah satu faktor utama untuk mendapat
perhubungan baik dengan semua manusia kita mestilah bersifat sabar dan tidak
peramah. Jika kita tidak kawal sifat marah maka kita akan dibenci orang dan
akan dapat ramai musuh. Ini akan menjadikan kita dalam suasana dijauhi oleh
masyarakat bak kata Pepatah Melayu- “Kera Sumbang”.
Sesungguhnya semua kemarahan itu buruk, kecuali
karena Allah SWT. Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada mengingatkan, kemarahan
kerap berakhir dengan pertikaian dan perselisihan yang dapat menjerumuskan
manusia ke dalam dosa besar dan dapat pula memutuskan silaturahim.
- Mengingat keagungan dan kekuasaan adalah milik Allah ketika sedang marah.
Kelazimannya orang yang kuat amarah adalah
mempunyai sifat ego yang tinggi, dia merasakan dirinya adalah lebih baik
daripada orang yang dimarahinya itu.Sedangkan dalam kehidupan sebenarnya
manusia tida ada apa-apa kelebihan dan
keagungan kerana sumua itu adalah milik Allah.
Kita menjadi ketua adalah kuasa yang diberikan
oleh Allah, Kita kaya adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah, Kita berilmu
dan alim adalah semua pemberian Allah, Kita cantik atau handsome juga adalah
anurgerah Allah. Jika Allah mahu semua kelebihan dan kebesaran yang ada pada
diri kita akan ditarik balik pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh jika
kita seorang yang hartawan mempunyai rumah besar dan mahal harganya Allah boleh
tarik balik segalam kenikmatan itu sekelip mata sahaja, umpamanya rumah kita
terbakar dan segala harta benda kita hangus di jilat api dalam bebera jam
sahaja. Sedangkan untuk memperolihi kekayaaan sebanyak itu kita telah berusaha
bartahun-tahun lamanya.
Ketika mengingat kebesaran Allah SWT, maka
kemarahan jiwa sesorang dapat dipadamkan. Bahkan, mungkin tak jadi marah sama
sekali. Itulah adalah satu keadah yang
paling bermanfaat dapat menolong
seseorang untuk merendah diri dan sabar
ketika sedang marah, Kita digalakkan beristighfar banyak-banyak ketiga sedang
marah.
- Mengawal dan menahan kemarahan.
Ketika perasaan marah sedang membara di jiwa
kita, kita perlu mengawal kemarahan itu kerana ianya sifat syaitan yang
dimurkai Allah. Allah SWT amat menyukail
orang yang dapat mengawal amarahnya seperti firmah-Nya: ” … dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memberi maaf orang lain, dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebaikan.” ( Ali Imran:134).
Apabila sedang marah maka kita hendaklah
mengigati Allah dan segala kebersaran
kuasa Allah. Cara ini dapat mengawal kemarahan kita dapat menjadi seorang yang
penyabar. Bila cara ini selalu kita amalkan maka syaitan tidak dapat
mempengaruhi seorang yang sedang marah.
- Berlindung kepada Allah ketika marah.
Sifat Amarah adalah sifat syaitan, jadi jika
seseorang itu mempunyai sifat amarah yang melampau dia sebenarnya telah
dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu untuk menghindarkan diri kita dipengaruhi
oleh syaitan semasa hendak marah, maka kita disarankan supaya membaca ‘A’uudzu
Billah Hirminassyaiton Nirojim” (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan
yang di rejam).
Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang yang marah
mengucapkan; ‘A’uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT) niscaya akan
reda kemarahannya.” (HR Ibu ‘Adi dalam al-Kaamil.)
- Diam adalah satu teknik yang berkesan mengawal marah:
Siatuasi marah berlaku apabila orang yang
berkuasa merasakan arahanya tidak diikuti atau dipatuhi. Keadaan ini akan
melibatkan dua orang di satu-satu masa, iaitu orang yang sedang marah dan orang
yang kena marah. Keadaan marah akan berada di kemuncak ketegangan apabila
diantara mereka berlaku keadaan di mana orang yang marah menyatakan sebab-sebab
kemarahannya, manakala yang kena marah akan mempertahankan dirinya. Dalam situasai
sebegini ada satu makhluk lagi yang tidak dapat kita pandang dengan
pengelihatan normal iaitu syaitan. Dia akan menghasut keduaa-dua pihak untu
terus bertegang leher untuk menegakkan kebenaran masing-masing.
Dalam situasai sebegini jika yang marah diam maka
yang kena marah juga akan diam. Bila berlaku situasi “diam” api yang membara
kerana marah di ibaratkan sebagai sedang malap dan tidak kuat lagi. Bila
berlaku keadaan diam marah akan mula reda.
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah,
permudahlah, dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kamu marah,
hendaklah ia diam.” (HR Ahmad).
- Pergi Mengabil Wudud ketika amarah sedang memuncak.
Semasa seseoran sedang kemuncak perasaan amarah
ianya pada masa itu dipengaruhi oleh syaitan. Syaitan yang memasuki dalam jiwa
manusia melalui urat saraf dan pada masa memuncak amarah darah seserorang akan
mendidih didalam urat saraf, oleh itu kita yang sedang marah akan terasa panas
dalam badan dan akan megeluarkan peluh, didalam saraf dibawah kulit akan teasa
seperti ada elektrik begerak-bergerak,
sebenarnya itu adalah pergerakan syaitan.
Salah satu cara yang di ajar oleh Isalam ialah
apabila seusana amarah memumcak, untuk mengawalnya ilah dengan pergi mengambil
wudud. Apabil kita berwudud ia akan menyejukkan badan dan syaitan akan lemah.
Bila syaitan lemah iman akan mengatasinya dan suasana amarah dapat di kawal.
Lebih berkesan lagi apabila sesali mengambil wuddud dilakukan solat sunah wudud
dua rakaat.
- Mengubah posisi ketika amarah memuncak.
Mengubah posisi ketika marah merupakan petunjuk
dan perintah Nabi SAW. Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kamu
marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang
juga, maka hendaklah ia berbaring.” (HR Ahmad).
Dengan mengubah posisi ketika marah akan mengubah
perjalanan dara dalam tubuh pemarah. Bila ini berlaku ia dapat meredakan tahap
kemarahan di dalam mindanya. Bila berlaku pertukaran aliran darah dari segi
kelajuan dan juga jumlahnya akibat perubahan posisi pemarah. Dia akan dapat
mengawal marah dan digantikan dengan sikap sabar. InsyaAllah.
- Memberi Kemaafan dan banyak bersabar.
Orang yang sedangan memuncak amarahnya sememanya
dia mempunyai perasan marah yang teramat sangat kepada orang yang dimarahinya
oleh kerana melakukan seusatu kesilapan. Oleh itu untuk mengarah perasaan marah
kita hendak lah memberi kemafaan kepada orang yang kita marahi itu. Untuk
membolehkan kita memberi kemaafan ialah dengan cara membuat satu andaian bahawa
dia melakukan kesipalan menungkin tidak disengajakan, atau kerana tidak arif
dalam hal berakitan sebab itu dia melakukan kesilapan. Bila tanggapan ini dapat
diujudkan dalam minda kita perasaan marah dapat dikurangkan dan untuk lebih
baik lagi mengawal marah ialah dengan bersabar. Bila kita dapat melahirkan
perasaan sabar terhadap sesuatu kejadian menyebabkan kita dapat mengawal
perasaan marah.
Orang yang marah sudah sepatutnya memberikan keampunan
kepada orang yang di marahinya. Allah SWT memuji para hamba-Nya “… dan jika
mereka marah mereka memberi maaf.” (QS Asy-Syuura:37).
Sifat amarah adalah satu sifat yang tidak disukai
oleh Islam, oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengawal perasaan marah yang
ada dalam minda kita dan juga perlu mengendalikan kemaharan dengan sebaikanya
supaya kita dapat menjadi seorang yang sabar dan pemaaf.
Nabi s.a.w.
bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk,
tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada
sifat marah." (HR Bukhari & Muslim).
Sunggupun
begitu untuk mengawal perasaan marah tidak semudah seperti dikata, pada
realitinya bila ada perasaan marah kita seringkali sukar mengawalnya dan
kebaisaannya bila dah marah samapai kemuncaknya barulah sipemarah sedar yang
dia telah marah melampau…
Allah
berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu
sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan
kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran :
133-134)
Nabi bersabda:
"Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu
melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk
hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang
dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
Wallahu 'alam.
0 comments:
Post a Comment