BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERMESRA DENGAN ISTERI
Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Ketika kita menempuh bahtera rumah
tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk
melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan
kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan
meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap
isteri mahupun anak.
Dalam menggauli dan memperlakukan
isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. senantiasa menghormati dan menjaga
perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat
malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam
beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau
berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar
penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan
solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah
malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar
kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar
dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah
seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah
yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman
makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah
hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan
makanan yang sama.”
Rasulullah mengecam suami-suami yang
suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat
suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Nabi pun mengecam suami-suami yang
menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara,
dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda,
“Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan
pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita
berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang
mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting
untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut
dengan isteri-isteri baginda.
Tidur dalam satu selimut bersama
isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika
baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah
bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah,
“kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau
begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk,
lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)
Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi
s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya
menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki
bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki
badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan
jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata,
“Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa
bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat
Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata,
“Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah S.A.W. bersabda
bermaksud: Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari
isteri itu mengerjakan haji dan umrah
Minum bergantian pada tempat yang
sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata:
“Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil
cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu
Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup
isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya
pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis
Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
Membelai isteri
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah
setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi
seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga
Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda
bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, “bahawa Rasulullah
s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda
bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a.,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. biasa
meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau
membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil
Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah
(pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan
mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung
Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai
Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku
dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu
Sunni)
Membersihkan titisan darah haid
isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku
pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang
haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada
bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat
itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring
kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda
mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis
Riwayat Nasai)
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh,
ia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,
“Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa
botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah
meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu
memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu
Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan
Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda
memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang
sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri apabila
tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w.
pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk
melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau
menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu
melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri
isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat
Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah
s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan
perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang
antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.
Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar
di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya
seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya
sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”
Kita dapat saksikan para jemaah haji
ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan
sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti
itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha
membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka
haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah
sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah
dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her,
wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh
dengan kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah
tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia,
Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan
rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang
perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di
hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Sabda Rasulullah S.A.W. – Wanita
apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan
serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan
tua ini?” Rasulullah menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah
berkata, “Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya
dengan isteri yang lebih baik.”
Ketika itu marahlah Nabi sampai
bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, “Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan
Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku.
Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah
yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan
pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika
isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. ” Mendengar itu Aisyah tidak dapat
memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain
terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian
Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam
perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh
hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya
dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, “Tidak ada seorang pun yang dapat
menggantikan Khadijah.”
Kepada para isteri, jadilah seperti
Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami.
Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya,
memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam
Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, “Kalau seorang
perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari
rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama
dengan melakukan ibadah satu tahun.” Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan
kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang
sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang
seperti demikian.
APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN
ISTERI
1. Dunia ini ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium
bau harumnya,maka ia adalah perempuan
zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat
Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat
perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana
agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka
masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban,
Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian
dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap
gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari
rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan
menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami,
semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan
bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan
diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di
atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap
wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya
dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia
memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk
turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat
kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman
syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada
suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah
akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan
beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan
baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah
dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Betapa besarnya peranan wanita yang ditetapkan oleh Islam,
wanita solehah yang taat perintah agama dan taat kepada suami pada setiap masa
, dijanjikan syurga oleh Allah SWT.
Sumber: :Kisah
Teladan
0 comments:
Post a Comment