Tuesday, September 9, 2014

KELUARGA BAHAGIA : SENTIASA TEGUR KESILAPAN ISTERI DENGAN HIKMAH DAN KASIH SAYANG




Sentiasa tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.

Dalam kehidupan berumahtangga keadaan perhubungaan suami dam isterimya tidak selalunya dalam keadaan baik. Kekadang berlaku kesilapan yang dilakukan oleh isteri yang membuatkan suami marah dan atau sebaliknya. Situasi sebegini menyebabkan berlakunya perang dingin diantara suami isteri, keadaan ini jika tidak diperbetulkan dengan kadar yang segera oleh suami sebagai ketua keluarga, ianya boleh mengakibatkan berlakukan perang besar dan silap-silap boleh menyebabkan mahligai yang dibina bersama oleh suami isteri berpuluh tahun lamanya berkecai dengan sekelip mata. 

Oleh itu suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:

“Sekiranya kamu bencikan mereka mungkin hanya kerana bencikan sesuatu perkara, tetapi Allah ciptakan pada dirinya banyak kebaikan lagi.” (An-Nisa’:19)

Dalam surah An – Nisa ayat 34  Firman Allah yang maksudnya:

“Wanita-wanita yang kamu takuti kedurhakaan mereka, nasihatilah mereka dan tinggalkan mereka di tempat-tempat tidur dan (jika itu pun tidak berhasil, pukullah mereka); tetapi jika mereka taat kepadamu, maka janganlah kamu cari-cari jalan buat menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi, Maha Besar.” (An -Nisa’: 34)

Dua contoh ayat-ayat Al- Quran di atas membuktikan bahawa Islam telah memberi garis panduan kepada suami bagaimana hendak mendidik isteri mereka.  

Suami yang bijak secra hikmah akan menggunakan  akal serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri.. Perasaan wanita sangat mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi kerenah wanita, lelaki atau suami hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Umpamanya isteri sedang berdukacita, suami perlu merancang  untuk mewujudkan perasaan gembira di minda isteri. Di sinilah perlunya kemahiran dan strategi dalam mendidik isteri.



Kaum wanita memang Allah bekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di minda wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.


Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:

“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut 
perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.


‘Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, kebingungan, hiba dan memberontak. Silap strategi menegur boleh meruntuhkan kebahagian rumah tangga, akan  berlaku cerai berai.

Amalan menegur isteri secara hikmah telah saya amalkan sememjak awal perkahwinan kami lagi. Sifat menegur kesilapan isteri dengan hikmah ini dilakukan keranan saya telah mengenali dan memahami jiwa isteri yang amat sensitif dan bila saya marah saya mempunyai perasan dendam yang agak lama untuk dilupai. Jika silap-silap haribulan teguran yang membina terhadap kesilapan kecil yang dilakukan oleh isteri, akan bertukar menjadi satu “perang besar” kepada rumah tangga kami. Jika situasi inilah yang berlaku, boleh di ibaratkan sebagai “tikus membaiki labu”. Oleh itu setiap suami perlulah mempunyai ilmu dalam pelbagai aspek kehidupan jika ingin menjadi suami dan pemimpin keluarga yang Berjaya untuk memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan juga kebahagian di akhirat nanti.

Sikap suami yang sentiasa berfikir panjang dan berhikmah serta berhimah dalam memberi teguran kepada isteri atau juga kepada keluarga, menjadikan hubungan saya sebagai suami dapat bertahan sehingg ke hari ini tanpa sebarang pergaduhan  besar dalam rumah tangga kami. Situasi sebegini hanya boleh berlaku jika suami adalah seorang yang berilmu, terutamanya berilmu tentang saikologi rumah tangga. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam saikologi rumah tangga ialah bagaimana mempunyai kemahiran untuk membolehkan komunikasi berkesan. Iaitu satu kemahiran untuk berkomunikasi dengan isteri dengan mengambil kira suasana persekitaran dan juga keberkesanan komunikasi, lebih lebih lagi semasa suami hendak menasihati Isteri yang telah melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja .

Amalan menegur isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang akan mengelakkan diri si suami untuk memberi teguran secara seborono atau kasar yang boleh menimbulkan ketengan perhubungan sumai dan isteri. Jika tindakan mengur isteri oleh suami yang tidak berhemah , akan menjadikan teguran itu sebagai sebutir bom yang boleh meletup dan membakar kegemilangan dan keutuhan ikatan rumah tangga. Jika silap hari bulan teguran si suami tidak memberi pengajaran untuk si isteri berubah, sebaliknya akan menimbulkan perasaan benci, marah dan dedam kesumat isteri terhadap si suami. Jika situasi ini berlaku a akan memberi kesan yang begitu bersar terhadap perhubungan dan kasih sayang rumah tangga. Kebahagian dan kerukunan rumah tangga boleh runtuh dibuatnya. Mintak dijauhkan Ya Allah.

Alhamdulillah saya memanjat kesyukuran ke hadarat Allah SWT setelah ianya menganugerahkan rahmat dan hidayah  kepada dirinya dan keluarga sehingga membolehkan kami hidup dengan keceriaan dan kebahagian.


Pengajaran dan iktibar:

1.       Jika ingin menegur isteri perlu merujuk kepada sunnah yang di ajar oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW, iaitu menegur secara bijaksana dan berhemah. Jika isteri melakukan kesilapan janga ditegur di kahalayak ramai, kerana ini akan menjatuhkan maruahnya. Ia perlu dilakukan secara bersembunyai dari pengetahun orang lain, terutamanya anak-anak kita.

2.       Sifat berhemah dan berlemah lembut dalam memberi teguran adalah cara yang sayajar oleh  agama Islam.

3.       Memberi teguran secara berjenaka dan sinis adalah lebih memberi kesan kepada orang yang di tegur.

4.       Amalan suami meneger isteri secara berhemah apabila dilihat atau diperhatikan oleh anak-anak, ia akan menjadi satu ikutan kepadan anak-anak apabila mereka besar nanti.

Orang yang mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan akan mendapat rahalammat Allah yang mencurah-curah, Kehidupan yang dipenuhi rahmat dan keredaan Allah akan mendapat kejayaan di dunia dan  di akhirat.


0 comments:

Powered by Blogger.