Saturday, September 13, 2014

SURUH ISTERI DAN ANAK-ANAK SOLAT 5 WAKTU DAN LAIN-LAIN AMAL IBADAT..



 Suruh isteri dirikan solat dan ibadah lain.

Suami diamanahkan untuk menjadi ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan kepada para suami sebagai ketua keluarga  untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

Para ulamak semasa mengulas ayat al-Quran ini telah menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar setiap suami  mendidik diri agar terselamat daripada seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seterusnya suami  juga berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada terjebak dalam sebarang perkara maksiat:

‘Nasihatilah mereka serta didiklah mereka supaya kamu dan keluarga kamu terselamat daripada azab api neraka yang besar yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’ (Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, 28/316).

Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.
 Nabi SAW telah bersabda: 
مروا أبناءكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
( رواه أحمد وأبو داود والحاكم)
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka”.

Kesimpulannya,  peranan suami dalam mengemudi rumahtangga adalah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7: Maksudnya: “Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.

2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

 Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama kerana kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas al-Quran, fardhu ‘ain dan sebagainya.

 3) Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:  
كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

 4) Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang bahaya. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6)

5) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang bijaksana bagi 
mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Apabila berjauhan, saya akan telefon atau SMS bagi mengingatkan solat. Wasiatkan isteri untuk solat fardu dan sunat.”Solat adalah amal ibadat yang pertama diadili di padang mahsyar , jika sempurna solat kita, maka amalan lain akan mendapat ganjarannya. Tetapi jika solat kita ditolak, bermakna kita akan menghadapi keadaan yang sukar.

Tindakan sentiasa mengiganti isteri tentang solat telah menjadi amalan saya sepanjang hayat,  kita selaku suami dan ketua keluarga adalah diberi amanah untuk mendidik isteri dan ahli keluraga supaya menjadi manusia yang soleh dan solehah, Itulah yang di ajar oleh Islam yang ditunjukkan oleh Rasullah SAW. Sebagai suami  saya merasa amat takut bila di akhirat nanti saya tidak dapat disegerakan hisabnya di Depan Allah kerana tidak mempastikan semua keluarga di bawah pimpinan dan jagaan kita tidak mendirikan solat, atau solat tidak sempurna.

Oleh itu saya akan cuba mepastikan isteri akan mengerjakan solat pada setiap waktu. Untuk itu saya mebiasakan diri mengerjakan solat  berjemaah bersama isteri di rumah, terutamanya pada masa kami masih baru mendirikan rumah tangga  dahulu dan masa itu kami belum lagi dikurniakan anak. Setelah dikurniakan anak sehingga  memperolehi 7 orang zuriat, telah menjadi kelaziman dalam keluraga kami menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Bagi suami sedaya upaya solatnya akan ditunaikan di masjid. Manakala si isteri akan menunaikan solat di rumah. Bagi anak-anak kami pula menjadi pilihan masing-masing sama ada solat di rumah atau di masjid.

Setelah isteri sakit semenjak 14 tahun lepas, saya terpaksa  membantu isteri untuk mengambil wudud dan memakai telekong solat. Biasanya selepas saya telah selesai menunaikan solat berjemaah di masjid. Bila kawan-kawan menayakan soalan bagai mana saya selaku suami dapat membahagi masa untuk mengambil wudud isteri setiap hari dan tidakkah ianya terasa penat melakukannya sejak 14 tahun lepas.  Saya menerangkan kepada mereka bahawa petua yang paling utama untuk melakukan sesuatu tugas tanpa rasa penat dan jemu ialah dengan memasang niat yang ikhlas dan menaggap segala tugas itu adalah satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh suami apabila isterinya mengalami kesakitan dan sukar untuk melakukan sendiri.

Bagi saya itu tugas yang wajib saya sendiri selsaikan. Jika anak-anak atau saudara mara lain mahu tolong ianya merupkan satu tugas sampingan mereka. Bukan tugas utama. Dengan memasang niat sedemikan serta dengan izin Allah saya mampu menyempurnakan tugas rutin setiap hari untuk mengambil wudud isterinya untuk solat setiap waktu. Bagi menambahkan lagi dorongan untu melakukan tugas rutin berkenaan dengan lebih bersemangat, saya telah meletakan harapan yang tinggi kepada Allah  swt yang tugasan membantu isteri sakit dalam mengerjakan amal ibidat itu, akan dicatat sebagai salah satu kerja amal soleh yang akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.

Bagi saya ganjaran pahala yang dijanjikan olerh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kebajikan dan amal soleh itu dengan nilai syurga yang tidak ada tolak bandingnya dengan nilai kekayaan dan kesenangan di dunia  ini. Ini mendoring diri saya untuk melakukan dengan cara yang terbaik, semoga ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak juga adalah yang terbaik. Saya juga memasang harap supaya kerja yang dilakukan ini akan menjadi penambahan pahala jika timbagan dosa saya  melebihi timbangan pahala, Ya Allah jauhkan diriku dari situasi sebegini.

Sekali sekala saya selaku bapa yang menjadi ketua keluarga yang diberi amanah untuk mendidik  dan mempasitkan semua keluarga  yang baligh, sempurna akal akan diberi SMS sebagai peringatan bahaw solat adalah wajib dan perlu disempurnakan pada waktu yang ditetapkan. Saya sering kali menghantar SMS kepada semua anak-anak melalui media sms.  Isi SMS yang biasa dihantar : “ Salam, anak-anak yang dady n mama sayangi, solat adalah tiang agama, tunaikanlah pada waktunya semoga kita semua akan mendapat ganjara syurga Allah di ahikrat nanti” .” solat adalah kewajipan yang perlu dilakukan pada awal waktu”.

Selain solat , ibadah lain yang diberaktan oleh saya kepada keluraga ialah menutup aurat, saya selalu mengiganti kepada isteri, anak-anak bahawa kewajipan menutup aurat adalah perkara utama dalam kehidupan seharian. Bila saya menasihati keluraga tentang keperluan menutup aurat dikatakan bahawa jika kita tidak menutup aurat, bermakna kita hidup seharian dalam kemurkaan Allah, bila Allah murka kita bukan sahaja dicatat oleh malikat dengan dosa, tetapi kehidupan kita sehiran juga tidak mendapat keredaan dan keberkatan Allah. Jadi sebagai satu analog yang mudah, jika kita benci atau tidak suka seseorang yang datang ke rumah kita adakah kita layan dia dengan baik atau layan dengan ala kadar sahaja. Sebaliknya jika orang yang berkunjung ke rumah kita itu adalah orang yang kita muliakan dan hormati, atau kita sangat-sangat kasihi, sudah tentu kita akan memberi layanan yang paling istimewa untuk memberi keselesaan dan kesukaan kepada tamu kita itu.  Cuba - cuba kita renungkan.

Satu lagi ajaran agama yang diberi penekanan oleh saya kepada keluraga, Saya juga memberi penekana aspek menjaga amanah, kita mesti sentiasa iklas dan tidak menipu. Bercakap benar dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan masyarakat. Bila sifat-sifat baik ini telah menjadi pakaian dalam pembetukan imej peribadi kita dalam kehidupan bermasyarakat, maka kita akan dikenali sebagai seorang yang mempunyai hati budi yang baik dan mulia.

Satu lagi perkara yang diberi penekan ialah sentiasa menjaga penampilan periabadi dan menjaga maruah dalam pergaulan dengan masyarakta. Mesti berkelakuan baik dan dihormati oleh masyarkat.
Sentiasa memberi bantuan kepada orang yang merlukan bantuan sekadar kemampuan kita.

Selain itu  amalan yang menjadi kebiasaan dalam keluarga saya ialah membaca Al-Quran. Saya dan isteri telah membuat contoh kepada keluraga untuk menjadikan kebiasaan bagi diri saya dan isteri membacara Al-Quran pada setiap hari, sekurang-kurangnya satu muka hingga dua muka surat , jika  pada hari cuti hujung minggu dan cuti am akan diberi ruang masa untuk membaca Al-Quran satu jusuz . Kebiasannya dalam tempoh setahun saya dan isterinya akan khatam Al-Quran dua hinga tiga kali.

Setengah orang memberi alasan tidak begitu mahir untuk membaca Al Quran. Pada mulanya saya dan isteri juga tidak begitu lancar membaca Al-Quran, untuk mengatasinya saya melantik guru Quran datang mengajar isteri dan anak-anak tiga kali seminggu, program ini mengambil masa dua tahun barulah isteri dan anak-anak mengenal dan boleh membaca lebih lancar. Untuk memberi minat yang lebih mendalam kepada isteri supaya mebaca Al-Quran saya telah membeli “Pen Read Quran” yang mampu membaca Al-Quran melalui system touch and read, dan kita boleh mengikuti bacaan sambil menyemak tajwid Al-Quran, dengan cara ini  dari hari ke sehari pembacaan akan menjadi bertambah lancar, apabila kita membaca Quran dengan lancar akan timbul keseronokan dan ketenangan membaca Al-Quran. Sekrang ini saya dan isteri telah menjadi satu tabiat  jika tidak membaca akan timbul perasaan tidak sempurna kehidupan hari berkenaan. Mukingkan ini dikatakan hadayah dari Allah kepada hambaNya yang telah berusaha untuk mengabdikan diri bagi mendapat keredaan Allah. Alhamdulillah kami panjatkan jutaan kesyukuran kepada mu YA Allah Yang Maha Agung di atas kurniaan rahmatmu kepada kami sekerluarga. Amin Ya Rabillalamin.

Pengajaran dan iktibar:               
1.   Sebagai suami dan ketua keluraga adalah menjadi tanggung jawab untuk mengarahkan isteri dan anak-anak supay mengerjakan solat lima waktu. Jika tidak memberi arahan dan isteri dan anak-anak tidak lakukan solat yan wajib 5 waktu sehari semalam. Beban tangung jawab terletak di atas bahu suami. Di akhirat kelak suami akan di soal tentang perananya dalam mempastikan semua ahli keluarga menyempurnakan solat setiap hari.

2.   Suami yang bertanggung jawab akan menasihati semua keluarga supaya solat setiap hari tanpa jemu-jemu. Untuk mempastikan anak-anak kita mengerjakan solat kita perlu beri ingatan kepada mereka tanpa jemu-jemu setiap masa. Di zaman ict sekarang ini kita perlu peka dengan kemajuan teknologi hand phone dan menggunakannya sebagai salah satu media untuk mengigatkan mereka tentang solat dan lain-lain amal ibadat.

3.     Al Quran perlu di baca setiap hari, disamping itu perlu menghayati isi kandungan Al Quran untuk kita terapkan dalam amalan kehiduan seharian. Bagi memudah pembacaan Al Quran kita perlu bijak memilih gajet elektronik yang ada di pasaran sebagai pembatu kepada kita untuk membaca dan memahami Al Quran. Jika kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti pembacaan Al Quran, Allah akan turunkan hidayah kepada kita, dan kehidupan kita menjadi tenang dan tidak stress, yang merupakan salah satu penyakit dihadapi oleh kebanyakan manusia di zaman kini.

4.    Apabila kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti yang di suruh oleh syariah, maka kita akan menjadi manusia yang mempunyai hala tuju kehidupan di dunia dan juga bagi mencapai kebahagian di akhirat yang kekal abadi. Oleh itu sebagai sumai dan ketua keluarga kita mestilah menjadi pemandu yang mahir dalam serba serbi untuk membolehkan kita memanu semua keluarga di bawah jagaan kita menuju distinasi yang diredai Allah di dunia dan diakhirat.



0 comments:

Powered by Blogger.