Strok atau mengikut istilah
perubatan Cerebrovascular Accident
(CVA) terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah.
Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan
penyalur oksigen dan zat pemakanan ke seluruh tubuh.
Akibatnya,
sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh bahagian otak
menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, dan
mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan berapa banyak bahgian otak
yang rosak.
Cara-cara rawatannya:
Sebelum
memulakan bacaan:
1.
Shalawat ke atas Nabi (10x).
2.
Al-Fatihah (1x).
3.
Ayatul Kursi (1x).
4.
Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x).
Sediakan
air di dalam botol yang bersih secukupnya ( air zam-zam lebih baik). Setiap
kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air
tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada
bahagian anggota yang terkena strok. InsyaAllah sakit akan sembuh dengan izin-Nya.
DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK
Maksudnya:
"Dan apakah orang-orang yang kafir
tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu
yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan
segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"
Menjaga
kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan
maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah:
1.
Bersenam atau beriadah.
2.
Mengawal pengambilan makanan.
Tahukah
anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal
berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan
berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan berikut:-
1.
Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2.
Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit.
3.
Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang kurangnya
seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu
kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah
akan mengalir keruang berkenaan.
4.
Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan
laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan
ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam
suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5.
Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat
jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung
di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda berbanding dengan enzime terdapat dalam air liur. (enzime
sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Wallahua A'lam.
0 comments:
Post a Comment