Politik Pejabat – satu perkataan
yang lumrah bagi sesetengah pekerja. Ianya satu perkara yang biasa terjadi di
tempat kerja. Dalam kata yang lebih mudah, Politik pejabat adalah perbezaan
dikalangan kumpulan tertentu di tempat kerja dengan percubahan mempengaruhi
pekerja untuk memberi sokongan kepada mereka dalam memperjuangakan sesuatu isu.
Ianya melibatkan komunikasi dan perhubungan dikalangan manusia. Masing- masing
cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan dikalangan staf bagi menegakkan idelogi
dan kepentingan kumpulan masing-masing.
Tindakan
1 : BERHATI-HATI TERHADAP PILIHAN ANDA
Menjadi lumrah tindak balas pekerja
di tempat kerja sama ada berjuang (melawan) atau menjadi pengikut
(flight). Ianya adalah tindakbalas yang
normal bagi pekerja yang perlu untuk terus hidup dalam suasana perubalahan.
Jika dilihat kepada masa pra sejarah dahulu dimana semua insan adalah pemburu
dan pemungut. Sesungguhnya, Pejabat di zaman morden kini tak ubah seperti
sebuah hutan yang perlu untuk penghuninya bermatian untuk terus hidup. Tetapi
ianya lebih kepada bagaimana tindakan seseorang untuk menguasai politik
pejabat. Perlu kepada perjuangn yang hebat untuk mencapai sesuatu matlamat.
Oleh itu berhati-hati dalam sebarang tindakan supaya ianya tidak menjadi
penghalang dalam mencapai cita-cita anda. Anda perlu memilih kaedah terbaik
untuk membolehkan anda terus meningkat naik dalam kerjaya anda.
TINDAKAN
2 – MENGETAHUI APA YANG ANDA INGIN CAPAI
Apabila berlaku konfik, sudah pasti
akan wujud keadaan berpuak-puak dikalangan pekerja. Anda perlu bijak memilih
puak mana yang terbaik demi sevival kerjaya anda. Sebaiknya anda perlu
mengambil tindakan yang membolehkan organisasi terus berjaya dan dapat memberi
kebaikan kepada semua. Jika bisnes
syarikat tidak dapat diteruskan dan mengalami kerugian, akhirnya semua pekerj
akan mendapat kesannya dan berada dalam kesusuhan. Oleh itu anda perlu bijak
mengambil tindakan mengatasi segala halangan yang boleh mudaratkan oragnisasi
atau syarikat dan perlu memihak kepada mereka yang berjuang untuk meningkatkan
prestasi oraganisasi. Hindarkan diri anda dari terlibat dengan puak yang
membawa isu-isu remeh dan negatif.
TINDAKAN
3 – MEMBERI TUMPUAN KEPADA KUMPULAN YANG DIBAWAH PENGARUH ANDA
Jika berlaku isu-isu tertentu yang
membangkitkan ketidak puasan atau kemarahan di kelangan pekerja terhadaap
polisi atau sesuatu peraturan yang ditetapkan oleh organisasi. Meneliti segala
rungutan adalah menjadi kewajiban dan perkara biasa bagi pengurusan atasan.
Jika bantahan itu tidak dapat dikawal, jangan mengambil mudah dan membiarkan
ianya berlarutan sehinggakan ianya akan menjadikan satu isu yang boleh mengugat
keharmonian dalam organisasi.
Anda janganlah mengambil sikap tak
peduli dengan keputusan pihak pengurusan atasan yang tidak dapat diterima oleh
para pekerja dan memberi alasan anda telah menjadi mangsa keadaan. Jika ini
berlaku akan menyebabkan hubungan diantara pekerja semakin meruncing dan boleh
memberi kesan kepada produktivit organisasi. Sebaliknya anda perlu berusaha
untuk mententeramkan keadaan perhubungan diantara pekerja dengan majikan.
Segala halangan dan permasalahan di
persekitaran tempat kerja adalah satu cabaran yang perlu ditangani oleh
pengurusan pertengahan dan perlu mempunyai sikap positif untuk mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dan memberi natijah situasi menang-menang.
TINDAKAN
4 – JANGAN BERTINDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG BERTELAGAH
Kelazimannya suasana politik pejabat yang
sedang memuncak, anda akan tersepit di antara dua kuasa yang sedang bertelagah.
Ia akan menjadi serba salah kepada anda yang tersepit di antara dua kuasa yang
mempunyai pengaruh masing-masing dan sedang berusaha untuk menguasai di antara
satu sama lain.
Situasai sebegini, anda perlu fokus
kepada Objektif dan matlamat yang di tetapkan oleh jabatan atau organisasi.
Tumpuan kepada tindakan harian sebagaimana di tetapkan oleh skop kerja anda
bagi mencapai perlaksanaan projek jabatan.
Elakkan diri anda memihak kepada
mana-mana kumpulan, kerana jika kita terlibat ianya akan melibatkan diri anda
secara langsung dalam kancah politik pejabat. Ini akan memberi kesan kepada
potensi kerjaya anda di masa hadapan. Kebiasaannya jika kita memihak kepada
satu puak ada pihak lain akan menjadi musuh anda di pejabat. Situasi ini boleh
menganggu kelicinan anda dalam menjalankan tanggung jawab yang di amanahkan.
Dengan tidak memihak kepada
mana-mana kumpulan anda akan mendapat respect dari pengikut kedua-dua kumpulan
yang sedang bertelagah. Apabila sampai saat kemeluk politik pejabat telah dapat
di selesaikan oleh Lembaga Pengarah Organisasi. Anda yang tidak memihak akan
mendapat perhatian untuk menjadi penggerak utama dalam membaik pulih
perhubungan di kalangan kakitangan jabatan. Ini merupakan satu kredit yang
amat baik bagi anda dan penumpuan untuk memajukan pencapaian objektif
oraganisasi.
TINDAKAN 5 – JANGAN MELIBATKAN KONFLIK PERIBADI.
Semasa ketegangaan telagah politik
pejabat, akan melibatkan anda akan merasai tersinggung dengan orang-orang
tertentu.Jika ini situasinya anda perlu mengelakkan kemarahan anda itu mejadi
perbalahan peribadi, cukuplah dengan perselisihan pendapat setakat perkara yang
berkiatan dengan tugas dan tanggung jawab sahaja. Kerana apabila anda
melibatkan perbalahan secara peribadi akan memberi kesan perhubungan dan
network anda di dalam oraganisasi.
Kerugian akan dialami kepada anda,
apabila krisis telah selesai mungkin perbalahan secara peribadi yang berlaku akan
memberi kesan kepada reputasi anda dan juga peluang kenaikan pangkat kerjaya
anda. Mungkin anda akan dilabelkan sebagai seorang yang sukar bekerjasama dengan
orang lain.
TINDAKAN
6 – PERLU BERTINDAK MEMAHAMI SEBELUM ANDA DIMINTA UNTUK FAHAMI
Semasa suasana kemuncak politik
pejabat, sudah pasti ada pihak-pihak bertelagah akan mempengaruhi anda untuk
memberi simpati kepada kumpulan mereka dan seterusnya menyokong perjuangan
mereka. Untuk situasi sebegini anda perlu bertindak memahami semasak-masaknya isu
yang menjadi berlakunya pertelagahan di pejabat. Setelah anda memahami secara
medalam tentang isu yang di telagahkan itu, anda perlu menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan anda untuk membuat resolusi sendiri dan berpihak kepada isu
yang mempunyai kiatan dengan pencapaian objektif oranganisasi.
Satu masa nanti pihak pengurusan
atasan akan melihat keperibadian anda
yang rasional dan sentiasa memihak kepada perkara yang dapat memberi kebaikan
kepada organisasi, anda akan menjadi telekan mereka dan bila ada keperluan
kepada mengisi kekosongan jawatan utama di dalam organisasi mungkin anda akan
menjadi pilihan utama kerana intergriti dan kebijaksanaan anda dalam menghadapi
krisis untuk memperkasakan kedudukan oragansasi.
TINDAKAN 7 – FIKIRKAN SITUASI MENANG- MENANG.
Suasana politik pejabat yang berlaku
adalah kerana puak-puak bertelagah mempunyai kepentingan peribadi. Konflik
memuncak apabila setiap puak cuba mendapat pengaruh untuk menangani staf bagi
menyokong kumpulan mereka.
Tindakan bijak yang boleh dilakukan
oleh anda ialah sentiasa memikirkan tentang situasi menang. Dengan kata lain
anda perlu melihat secara rasional tentang sesuatu isu yang di perjuangkan oleh
kumpulan bertelagah, ambil kelebihan kebaikan yang di bangkikan dan ketepikan
segala kelemahan mansing-masing. Situasi ini membolehkan anda menjadi
pengantara untuk mendamaikan mereka yang
bertelagah. Tindakan bijak sebegini akan memberi reputasi yang amat baik kepada
anda. Dalam situasi tertentu mungkin anda di lihat oleh pengurusan atasan
sebagai individu yang berintegriti dan berkemahiran untuk menyelesaikan krisis
demi kepentingan oraganisasi.
Berfikiran untuk menang-menang yang
di amalkan adalah tindakan yang bijak bagi mereka yang menpunyai visi untuk
meningkatkan kerjaya di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment